'Somersault berpusing'! Mungkin ada peminat yang masih mengingati slogan bola tampar dalam drama bersiri Jepun, Moero Attack ini.
Ketika kejayaan pasukan wanita China menewaskan Thailand 3-0 di perlawanan akhir bola tampar Sukan Asia 2018 baru-baru ini, kelibat salah seorang jutawan terkaya di China, Jack Ma dilihat antara penyokong yang datang untuk memberi semangat. Menurut akhbar Sina, selepas wisel penamat dibunyikan, pemilik syarikat gergasi Alibaba Group itu telah menemui pasukan negaranya dengan senyuman kegembiraan. Jack Ma kemudiannya memberikan kejutan dengan mengumumkan akan memberi hadiah lumayan kepada pasukan itu dan mereka boleh menuntutnya melalui Taobao, sebuah laman membeli-belah online yang terkenal di China. Maksudnya, mereka boleh membeli apa sahaja di laman web milik Alibaba Group itu asalkan dalam bajet yang telah disediakannya. Mendengar pengumuman itu, pasukan bola tampar China menjerit kegembiraan dan Jack Ma kemudiannya berlalu pergi. Berita pemberian hadiah itu menjadikan ramai pasukan lain yang turut mendapat pingat emas cemburu dan tertanya-tanya mengapa Jack Ma hanya melebihkan pasukan bola tampar wanita? Siasatan media China kemudiannya mendapati, jutawan tersebut adalah peminat tegar siri bola tampar Jepun, Moero Attack yang sangat popular pada penghujung tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an. Media mendedahkan bahawa sebelum berjaya dengan empayar Alibaba, Jack Ma mengharungi kegagalan demi kegagalan dan hampir berputus asa. Ketika itu, siri Moero Attack sangat popular di China dan lagu tema 'Never Give Up' serta kecekalan heroinnya, Kojiko Joon (Chun) lakonan Yumiko Araki benar-benar memberikan motivasi kepadanya untuk meneruskan perniagaannya. Setelah berjaya menjadi jutawan pada 2004, Jack Ma menjemput pelakon itu untuk melawat pejabatnya di mana beliau menyatakan penghargaan dan rasa terima kasihnya kepada pelakon dan siri itu yang telah menjadi sumber inspirasi kepada kejayaannya. Siri drama Moero Attack mengisahkan seorang gadis Jepun (Chun) yang bercita-cita untuk mewakili negaranya dalam sukan bola tampar di Sukan Olimpik. Beliau yang telah kehilangan ibunya sejak kecil diwasiatkan dengan sebuah buku yang penuh dengan teknik akrobatik permainan bola tampar. Dengan bantuan jurulatihnya, Chun banyak berlatih menggunakan buku itu untuk memenangi setiap perlawanannya. Drama berkenaan telah dialih suara ke Bahasa Malaysia dan ditayangkan di RTM sekitar 1989. Susulan popularitinya, rakyat Malaysia telah dilanda demam bola tampar penangan drama itu! Nampaknya, seperti rakyat Malaysia, jutawan Jack Ma juga adalah peminat tegar siri Televisyen yang penuh inspirasi dan nostalgia itu. Bukan itu sahaja, beliau mengecapi kejayaan kerana benar-benar mencontohi keazaman watak dalam cerita tersebut. - CARI
|
14
Bagus |
16
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
buragazz replied at 20-12-2018 12:18 PM
Ya ampun Moero Attack aku sanggup tak gi KoKo sebab nak tgk citer ni.. and the reason aku main bola ...
ADVERTISEMENT