Rakyat Malaysia memang mempunyai standard kecantikan yang sempit di mana seseorang itu dianggap cantik sekiranya berkulit cerah, ramping, tinggi dan sebagainya. Pun begitu, Sharifah Haneesya, 18 membuktikan bahawa kulit gelapnya bukanlah penghalang untuk dia menceburi bidang seni di Malaysia.
Kalau anda perasan gadis ini memegang watak Zaza dalam drama bersiri Cik Reen dan Encik Ngok Ngek di Astro Ria selain merupakan finalis untk pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.
Hanee pernah berkongsi bahawa semasa kecil dia sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakannya kerana kompleksi kulitnya yang gelap. Dia pernah dipanggil negro, keling, arang, muka ahli neraka, nuka macam b**i malahan dia pernah diugut pukul jika ada yang berjumpa dengannya depan-depan. Terbaru, gadis manis ini memuat naik status di laman Instagramnya dengan menceritakan perihal seorang budak sekolah yang menghantar direct message dan mencacinya dengan mencemuh dirinya hitam seperti orang Afrika. Pun begitu dia tak cepat melenting. Ramai netizen yang meninggalkan pendapat di ruangan komen dia dan mengatakan bahawa kulit putih bukan segalanya. Ada juga yang mempersoalkan kenapa orang Melayu dan rakyat Malaysia seakan-akan obses dengan kulit putih sehingga menghina orang yang berkulit gelap. |
10
Bagus |
18
Marah |
8
Terkejut |
35
Sedih |
19
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT