Pelakon Jackie Chan, 64, mengaku beliau sering melanggan pelacur, mengabaikan anaknya dan kerap mengecewakan keluarga dengan kelakuan buruknya. Bagaimanapun, beliau berkata sudah insaf dan berubah demi keluarganya. Beliau membuat pendedahan berani itu dalam edisi terbaru buku terjemahan biografinya ‘Never Grow Up’ yang mula dipasarkan 4 Disember ini.
Dalam buku tersebut, Jackie Chan mendedahkan kehidupan peribadinya yang kucar kacir, suka berganti-ganti pasangan , tabiat pemarah dan kegagalannya sebagai seorang bapa. Beliau juga mengaku sejak muda beliau suka menghabiskan wang gajinya dengan melanggan pelacur, mabuk, berjudi dan hidup berpoya-poya. Malahan, beliau mengaku pelanggan tetap kepada seorang pelacur top digelar ‘Number Nine’.
Memetik laporan Daily Mail, sebelum mengecapi kejayaan di Holywood, Jackie Chan mempunyai seorang kekasih bukan artis yang mengasihinya sepenuh hati tetapi beliau melayannya dengan buruk sehinggakan hubungan itu tidak berkekalan. Beliau kemudian bercinta dengan artis Taiwan, Teresa Teng tetapi kerana sering merasa rendah diri atas kejayaan Teresa, beliau mula berkelakuan kurang ajar dan hubungan itu juga tidak berkekalan. Selepas Teresa, Jackie berkahwin dengan Joan Lin selepas Joan mengandung anak pertamanya, tetapi Jackie meninggalkanya apabila terlibat skandal dengan Elaine Ng, bekas pemenang Miss Asia 1999 sehingga Elaine hamil luar nikah. Jackie berkata ada mulut-mulut yang memporak-porandakan perkahwinannya dengan Joan Lin dengan menyebarkan cerita kononnya Joan sengaja mengandung untuk menjeratnya. Selepas skandalnya dengan Elaine terbongkar, peminat mula mencemuh Jackie Chan. “Masa itu saya sangat sombong kerana mula mengecapi kekayaan, saya tinggalkan Joan Lin yang banyak berkorban dan anak lelaki saya Jaycee juga tidak menerima kasih seorang bapa’ tambahnya. Jackie Chan yang mengaku pernah ketagihan alkohol dan mempunyai masalah mengawal kemarahan kini menginsafi semua tindakan masa lalunya. ‘Saya betul-betul menyesali tindakan saya dahulu’ katanya. Walaupun Jackie bersikap sangat terbuka dalam bukunya itu, beliau tidak menulis sebarang cerita tentang anak gadisnya dengan Elaine, Etta Ng, 19, yang juga tidak mempunyai hubungan baik dengannya. Etta, seorang lesbian, kini sudah berkahwin dan hidup miskin susulan tidak diterima ibunya yang menentang gaya hidupnya. ‘Saya sering menolong kawan-kawan saya sedangkan keluarga sendiri terabai, saya bukan ayah dan bapa yang baik tetapi saya kini cuba menebus kesilapan lampau dengan membantu anak lelaki dan bekas isteri saya’ kata Jackie Chan lagi. Nampaknya di sebalik pesona lakonan Jackie Chan yang sempurna di mata peminat, beliau bukanlah hero sejati di luar filem. -CARI
|
24
Bagus |
23
Marah |
21
Terkejut |
23
Sedih |
27
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 3-12-2018 11:45 AM
Cerita peribadi dia jarang kena jaja
Ke dalam media bahasa Cina sahaja?
manjalara_01 replied at 3-12-2018 12:07 PM
ha ah...dan masuk 2018...baru la tahu sisi peribadi die mcm mana..
knp media x minat nak dedahkan ...
Sang_Pencinta replied at 3-12-2018 12:08 PM
Media cina tak suka membawang kot???
abangadek replied at 3-12-2018 03:42 PM
bukan dia ada wife nama sizuka ke? i ingat nama wife dia ni sbb nama mcm watak katun doraemon
ADVERTISEMENT