Membeli barang secara dalam talian sememangnya tinggi risiko ditipu terutama jika dibeli melalui individu tidak dikenali. Seperti yang belaku kepada Muhammad Fariz baru-baru ini apabila dia menerima sabun dan biskut sebagai 'ganti' telefon bimbit yang dibelinya menerusi laman web jual beli terbesar di Malaysia, Mudah.my.
Sebuku sabun dan sebungkus biskut berharga RM690? Perkongsiannya mendapat perhatian ramai yang simpati dengan nasib malangnya itu. Ramai yang turut menasihati supaya tidak terlalu mempercayai Mudah.my kerana ramai 'kaki kencing' mengambil kesempatan dan berharap semua pihak tidak bertanggungjawab ini menerima balasan setimpal. Difahamkan, Fariz sudah membuat laporan berhubung kejadian dan ramai netizen turut berkongsi perasaan marah terhadap si penipu itu. Tak lama hidup kena sumpahan orang... Menurut Fariz, dia sudah memeriksa maklumat pengirim dan dipercayai semuanya palsu. Berhati-hatilah sekiranya anda ingin membeli sesuatu secara online. Jangan mudah percaya dengan barangan yang dijual pada harga murah. - CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
1
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT