Salah satu aktiviti wajib bersama anak-anak di musim cuti sekolah ialah membawa mereka mandi di kolam renang, laut, sungai dan sebagainya.
Namun, pernahkah anda atau anak-anak jatuh sakit selepas bercuti akibat daripada mandi di kolam renang? Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, ada beberapa panduan untuk mengelakkan anak-anak daripada jatuh sakit akibat mandi di kolam renang atau mengunjungi tempat rekreasi. Recreational water illness (RWI) merujuk kepada pelbagai penyakit yang disebarkan oleh tempat rekreasi seperti kolam renang, kolam air panas, spa, sungai, danau dan lautan.
1. Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, ia akan menyebabkan anak-anak mengalami gejala muntah dan cirit birit. 2. Mata akan berasa pedih dan kemerahan jika kuman masuk ke dalam mata atau telinga. 3. Batuk, sakit tekak dan selsema boleh terjadi apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan, sekali gus ia boleh menyebabkan jangkitan paru-paru. Klorin yang diletakkan ke dalam kolam renang bertujuan untuk membunuh kuman. Ya, memang benar. Namun, sekiranya kolam renang di cemari najis, air kencing dan kotoran, bahan kimia ini tidak mampu berfungsi dengan sempurna. Malah, sekiranya anda menghidu bau bahan kimia yang kuat di dalam kolam renang, ia sebenarnya bau kotoran seperti najis dan air kencing yang bercampur dengan klorin! Oleh itu, kita perlu peka dengan bau dari kolam renang kerana ia boleh menjadi punca penyakit berjangkit. Peranan semua pihak sangat diperlukan untuk sama-sama menjaga dan memastikan kolam renang bersih. Fakta penting! 1. Jangan kencing atau membuang air besar di dalam kolam renang 2. Jangan benarkan anak yang tidak sihat mandi di dalam kolam renang 3. Bersihkan badan sebelum masuk ke dalam kolam renang. 4. Jangan mandi di dalam kolam renang sekiranya ada penyakit kulit atau sebarang luka terbuka 5. Jangan minum atau berkumur di dalam kolam Air biru yang tenang jangan disangka tiada kuman. Jadi, marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan peka pada persekitaran kita. - CARI
|
21
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT