Seorang Youtuber, Brad Holmes bertindak kejam apabila sanggup menggosokkan cili pada yang akan dipakai oleh teman wanitanya. Hanya kerana ingin mendapatkan 'like' yang banyak, dia bertindak merakam tindak balas kekasihnya, Jenny yang menjerit kesakitan.
Dia kemudiannya hanya ketawa ketika Jenny berusah keras untuk membasuhnya. Brad memang terkenal dengan videonya yang sering memalukan Jenny. Antaranya dengan memanggilnya gemuk, memotong segumpal rambutnya semasa tidur dan berpura-pura membuat lamaran kemudian membuat rakaman reaksi sedih. = Media melaporkan, ini adalah salah satu contoh trend baharu yang dikenali sebagai 'cloutlighting', yang mana lelaki melakukan gurauan melampau terhadap pasangan mereka dan kemudian merakamkan reaksi sedih semata-mata mahu meraih 'like' di media sosial. Antara klip lain yang terbaharu termasuklah seorang wanita diberitahu kucingnya telah mati. Sementara itu seorang lagi wanita dipanggil hodoh oleh teman lelakinya yang kemudian mengaku kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Bercakap kepada Sun Online, Ammanda Major dari badan amal perhubungan berkata: "Meletakkan sesuatu dalam vagina tanpa izin adalah penyalahgunaan dan seorang wanita boleh mempersoalkan tentang keselamatan mereka dalam hubungan." -CARI |
14
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
6
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cHimo replied at 5-12-2018 06:48 PM
Biasa youtuber kuat berlakon... sama macam yang kunun2 prank padahal orang2 tuh kena bayar berpura2 ...
ADVERTISEMENT