CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

3 Peraturan Queen E Ketika Buka Hadiah Krismas, Lebih Murah Lebih Bagus!

6-12-2018 05:05 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 4492| Komen: 12|Original author: Oleh: Ain

Bila bercerita mengenai sebarang isu bersangkut paut dengan keluarga diraja Britain, pasti kita menjangkakan protokol dan peraturan ketat.


Begitu juga dengan sambutan Hari Natal atau Krismas di mana Ratu Elizabeth, 92, mempunyai tiga peraturan ketat apabila keluarga diraja itu membuka hadiah pada Malam Krismas.


Kredit foto: Mirror/Getty Images

Memetik Mirror, tradisi yang telah ditetapkan berpuluh tahun lalu itu turut 'mewajibkan' setiap ahli keluarga menyediakan barangan lucu atau jenaka sebagai hadiah Krismas.


Apa saja yang tidak dimiliki keluarga diraja? Mereka sudah memiliki segalanya. Jadi, mereka memerlukan sesuatu yang berlainan. Barulah lebih meriah, kan?

Difahamkan, ahli keluarga akan berkumpul seawal jam 6 petang pada hari sebelum Krismas (Christmas Eve) untuk membuka hadiah di dalam bilik tamu di Sandringham.


Kredit foto: TBK

Pada petang itu, setiap ahli keluarga perlu menyelinap masuk ke dalam bilik berkenaan dan meletakkan hadiah mereka tanpa disedari sesiapa.


Peraturannya adalah:

1. Tiada siapa boleh membuka hadiah sebelum mendapat kebenaran daripada Putera Philip yang mengawasi proses membuka hadiah.

2. Setiap hadiah mestilah barangan yang melucukan sebagai jenaka.

3. Lebih murah hadiah itu, lebih bagus!


Antara hadiah paling tidak boleh dilupakan adalah topi mandi dengan kapsyen "Ain't life a bitch" yang diberikan Putera Harry kepada Queen E. Nakal ya, Harry!


Kredit foto: The Sun/Getty Images

Hadiah diterima Harry daripada Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga tidak kurang hebatnya. Kate yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Harry memberikannya boneka Grow Your Own Girlfriend yang boleh membesar hingga enam kali saiz asal sebelum Duke of Sussex itu dating dengan Meghan Markle.


Kredit foto: The Sun

Manakala, Puteri Anne pernah memberi tempat duduk tandas kulit putih kepada Putera Charles yang kini sering dibawanya ketika melakukan siri lawatan ke luar negara.

Keluarga Diraja Britain juga memiliki beberapa tradisi Krismas unik termasuk memberi 1,500 puding Krismas kepada kakitangan istana dan mengenakan tema 'Black Tie' pada makan malam keluarga.

Queen E juga menegaskan bahawa hiasan Krismas tidak boleh dikemas sebelum dia meninggalkan Sandringham.

Bagaimana agaknya sambutan Krismas keluarga diraja kegemaran ramai pada tahun ini ya? - CARI
9

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearlady 6-12-2018 10:20 PM
Fuhhh..sambut Raya pun kena ikut protokol{:question{:question
Quote CiliPadiSedap 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus buat salji dan naik van rusa turun kt malaysia.. kalau hari raya dapat hadiah kan best?? Budak2 bg coklat gula2.. masa kaka raya kt russia bukan serambi moscow budak2 sana raya dapat coklat gula2..
Quote Spicymami 7-12-2018 09:28 AM
Klu sesama dorg bg hadiah lucah merepek2 boleh plak ek  klu si meghan tu x ikut protokol sikit terus menggelupur satu istana.
Quote hotmak 7-12-2018 10:06 AM
jenuh fikir hadiah yg kelakar ni, dahlah tiap tahun rutin sama
Quote hotmak 7-12-2018 10:07 AM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

ada tgk instafamous tu, family dia buat tradisi tukar hadiah pagi raya, best jgk, hadiah nya pun takde mahal2 biasa2 je yg penting bagi
Quote kucingitam 7-12-2018 11:49 AM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

tak suka betoi kalau org bagi bebudak gula2, coklat semua..
especially yang bagi kat budak kecik2 ni..
coklat/gula2 pula yg jenis color2, china/thialand mari punya...aiyyoo...halal ke idok?


Quote meow_tompok 7-12-2018 12:17 PM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

ok gak bagi gula2.... lagi budget
manja sgt dah bebudak sekarang RM1 tak pandang

Quote jazaa100 7-12-2018 01:50 PM
CiliPadiSedap replied at 6-12-2018 11:48 PM
Asal ek orang melayu bagi angpau ikut orang cina. Bagilah hadiah masa hari raya.. minta santa claus  ...

Iya lah tu.....

Klu dulu, suka lah bebudak dpt coklat & gula gula...skrg tak de pandang nya....

Salah gaya kau kena balut ipad & iphone....
Quote jazaa100 7-12-2018 01:53 PM
kucingitam replied at 7-12-2018 11:49 AM
tak suka betoi kalau org bagi bebudak gula2, coklat semua..
especially yang bagi kat budak kecik2 ...

Bagus lah kauu....

Aku pn tak suka klu org bg doorgift ada coklat & gula gula..
Biskut timbang tu semua.

.takut tak halal
Quote cik-jaja 7-12-2018 01:55 PM
Drama apa plk akan timbul masa Krismas nanti? Tah2 Meghan tak join...
Quote CiliPadiSedap 7-12-2018 02:05 PM
hotmak replied at 7-12-2018 10:07 AM
ada tgk instafamous tu, family dia buat tradisi tukar hadiah pagi raya, best jgk, hadiah nya pun t ...

Ok tunggu kaka jadi instafamous nanti kaka raya handbag letak atas kepala mohon viralkan sambil bagi hadiah
Quote kucingitam 7-12-2018 03:06 PM
jazaa100 replied at 7-12-2018 01:53 PM
Bagus lah kauu....

Aku pn tak suka klu org bg doorgift ada coklat & gula gula..

yerla..pi bagi kat budak, kita lak kena hadap anak punya rengek nak makan juga.
haihla..dr bagi gula2 pe sume, bagi je la duit singgit kat bebudak..lebih kurang je kosnya dgn gift gegula tu...


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054434 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top