Seorang sami di sebuah kuil di Semenyih ditahan polis pagi semalam selepas disyaki mendera anaknya berusia 10 tahun, lapor Harian Metro.
“Semalam (Rabu), pada jam 10.30 malam, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan daripada seorang doktor Jabatan Kecemasan Hospital Serdang selepas menerima seorang kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Pemeriksaan lanjut oleh doktor kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia, terdapat kecederaan fizikal iaitu kesan luka di bahagian kepala, badan serta kaki dan tangan, selain terdapat kesan lebam di seluruh badan si mati," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tumpul berganda pada seluruh tubuh. Difahamkan, mangsa merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang berada di bawah jagaan suspek selepas isterinya keluar daripada rumah sejak dua bulan lalu. “Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kajang, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Azlinda Abtu di nombor 012-6853281,” katanya. - CARI
|
2
Bagus |
12
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 7-12-2018 08:46 AM
baru aku tau sami malaysia bole kawen n ada anak
DollahRepek replied at 7-12-2018 11:48 AM
Oleh kerana sami tu dah kena tangkap maka eloklah sekiranya kuil itu dirobohkan jika ia dibina bukan ...
mr_cool5885 replied at 8-12-2018 01:55 PM
Betul ke dia dera anak dia?? Ke anak dia dilanggar kereta dari belakang?? Mungkin ada bukti video bo ...
ADVERTISEMENT