CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Haha... Hebat Mencari" - Ini Respons Siti Nurhaliza Bila Dituduh Pakai Busana Ciplak

7-12-2018 11:40 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 27059| Komen: 175|Original author: Oleh: Ain

Jika orangnya cantik, tidak kisah pakaian apa yang disarungkan sekalipun pasti kelihatan meletup!



Ditambah pula bakat dan auranya sebagai penyanyi tersohor negara, memang bertambah-tambah kejelitaannya. Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Gaun elegan dan mewah yang disarungkannya pada majlis Nona Superwoman Award 2018 baru-baru ini mendapat pujian peminat dan orang ramai. 

Kelihatan elok dan cantik saja terletak pada tubuhnya. Namun, busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini itu mencetuskan kontroversi kerana dikatakan meniru rekaan pereka fesyen antarabangsa Ziad Nakad.


Kredit foto: Twitter/IG CTDK


Kredit foto: Astro GEMPAK

Perbandingan rekaan fesyen itu dimuat naik menerusi akaun Instagram @fash_observer yang sering membincangkan isu fesyen terkini.

Perkongsian itu mendapat perhatian Siti Nurhaliza dan lihat apa responsnya berhubung perkara itu!

"Memang saya beri rekaan ini sebagai rujukan untuk Rizman sesuaikan dengan imej bertudung saya," jelasnya dengan penuh hemah.

Sementara itu, Media Hiburan melaporkan Siti Nurhaliza mendapatkan kepastian terlebih dahulu daripada Rizman sama ada beliau mampu melakukannya atau tidak.



"Apabila ditunjukkan konsep atau teaser majlis untuk malam ini, hati saya kata 'wow' dan mengapa tidak untuk melakukan 'extra persiapan'.

"Jadi saya ada terlihat satu rekaan dari pereka antarabangsa, lalu saya hantarkannya pada Rizman Ruzaini.


Kredit foto: Luxsure

"Kata saya 'mampu ke'? Rizman Ruzaini kata 'boleh'. Jadi itulah, Rizman pun reka mengikut caranya.

"Dan kalau ada yang kata saya cantik pada malam itu, terima kasih pada Rizman juga sebab berjaya menghasilkan sesuatu yang saya mahukan," katanya kepada MH.



Alahai, penuh santun jawapannya. Langsung tidak melatah dan melenting dengan dakwaan orang ramai yang menuduh beliau memakai busana ciplak. - CARI
8

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 7-12-2018 11:49 AM
Tokti ni sejenis yg takleh pakai bling bling la. Nmpak kg dot com. Dia kena pakai pakaian yg simple n elegan bru nmpk sesuai
Quote jin_lampu 7-12-2018 11:49 AM
itu pun nak kecoh
Quote Cicisweets 7-12-2018 12:12 PM
Kalau x ciplak bukan RR
Quote miznora 7-12-2018 12:16 PM
congrats!! baju pun cantik{:love
Quote suduseno 7-12-2018 12:18 PM
Fesyen ct ni mostly hauk je .Ada je retis pakai tudung cantik je berfashionnnnnn
Quote multinicky 7-12-2018 12:27 PM
Orix replied at 7-12-2018 11:49 AM
Tokti ni sejenis yg takleh pakai bling bling la. Nmpak kg dot com. Dia kena pakai pakaian yg simple  ...

masalahnye penyembah2 tokti puji2 dkt twitter cantik katenye even meols sndr pon tgk kampung dot com je.. xtaw la klu dkt mate org lain nmpk mcm buk peri ke hape..
Quote HujanBatuTiga 7-12-2018 12:33 PM
Cicisweets: Kalau x ciplak bukan RR

Reti membaca ke tidak?
Quote virgo19 7-12-2018 12:46 PM
rizman tu kenapa muka dia macam tu? dah macam patung pulak, geli aku tengok.
Quote putehkundor 7-12-2018 12:46 PM
oh..ct la yg suruh tiru...bukan salah RR 100% la
Quote AshkieLa 7-12-2018 12:47 PM
Edited by AshkieLa at 7-12-2018 12:54 PM
multinicky replied at 7-12-2018 12:27 PM
masalahnye penyembah2 tokti puji2 dkt twitter cantik katenye even meols sndr pon tgk kampung dot c ...

u r not alone.. meols pun tengok nampak biasa sangat..
gambar sebelah2 dgn yg ori.. lagi terserlah tokti punya nampak grade AA...
macam yang kiri tu gambar dalam online seller.. yang kanan.. lepas dapat bungkusan yang real...
Quote buapakperut 7-12-2018 12:49 PM
baju tak secantik yang houte couture tu. nmpk murah sikit. mungkin rhinestone murah kot
Quote mohdcrow 7-12-2018 12:49 PM
Search guna google image x der la susah mana...apa yg hebat mencarinya
Quote annadonna 7-12-2018 12:49 PM
suduseno replied at 7-12-2018 12:18 PM
Fesyen ct ni mostly hauk je .Ada je retis pakai tudung cantik je berfashionnnnnn

Tapi retis tu bukan siti nurhaliza,  malangnya
Quote annadonna 7-12-2018 12:50 PM
Siti mengaku dia yg suruh ciplak.  So netizen checkmate!  
Quote besarkecik 7-12-2018 12:55 PM
Kg.. Serious!
Quote Spicymami 7-12-2018 01:31 PM
Dah kalo nk camtu kenapa x beli yg ori pastu alter je.  
Quote edoraixora 7-12-2018 01:37 PM
sebenarnya dalam dunia fesyen, dikira beretika ke tak, buat baju ikut references designer lain?
contoh kalau local people berkenan dgn design orang luar, dan amatlah mustahil nak suruh pereka asal tu yg buat, tak boleh ke pereka local buat yg seakan2 sama?

soalan lurus bendul ni
Quote cocokerunch 7-12-2018 01:45 PM
Kenapa instinct i rasakan yg ct cuba cover RR? Entah lah.. mmg byk design RR copy designer luar kan? Even RI pun ada ja copy. Cuma x penah dgr lagi artis lain ckp kt RR mcm ct ckp tu. I mean, nk design exactly mcmtu. Entah lah.. knowing fashion sense ct agak hauk, i doubt her statement. Ampun mak iti kalau salah ya
Dear RR, pls come out with fresh and new idea.
Quote September14 7-12-2018 01:49 PM
Dah tokti yg suh buat mcmtu nak kata apa jer... elie saab tu kn klu nk beli mau nya cecah ratusan ribu

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.248669 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top