Suspek kes bunuh pencuri pisang berdepan hukuman gantung sampai mati, lapor Sinar Harian. Ismail Mohd Don, 38, dari Kampung Tebakang, Marang, Hulu Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Berang, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, hari ini.
Mengikut pertuduhan, pemilik kebun itu didakwa membunuh Salahuddin Ismail, 46, antara jam 3.15 hingga 3.45 petang pada 3 Disember lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan. Mahkamah menetapkan 21 Januari depan bagi sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam sementara menunggu laporan kimia.
Terdahulu, media melaporkan mayat seorang lelaki ditemui di belakang rumah seorang penduduk dipercayai seorang peniaga pisang di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang. - CARI |
13
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT