CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Fesyen Mendiang Puteri Diana, Yang Tidak Bertepatan Dengan Etika Dan Pemakaian Keluarga Diraja British

14-12-2018 03:50 PM| Diterbitkan: Mrs_barn| Dilihat: 11309| Komen: 27|Original author: Oleh: Mrs_Donut

Foto: Hello Magazine

Umum tahu yang anak kedua kepada mendiang Puteri Diana, Putera Harry baru sahaja berkahwin dengan selebriti Meghan Markle yang dihebahkan sering tidak mematuhi etika berpakaian atau penampilan sebagai Royal Family British (BRF) setaralah dengan statusnya seorang selebriti yang memang tidak berprotokol sangat.

Tidak hairanlah juga jika Putera Harry memilih Meghan sebagai suri hatinya sebab sedikit sebanyak aktres itu memiliki karakter yang dimiliki oleh ibunya iaitu tidak mengikut beberapa protokol istana dan tak hirau pun apa orang cakap.


Berikut adalah beberapa penampilan mendiang Princess Diana yang tidak selaras dengan etika pakaian atau penampilan Keluarga Diraja British.


1.  MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA HITAM

Foto: Google

Warna hitam adalah warna rasmi bagi upacara pengebumian bagi Keluarga Diraja yang menyebabkan jarang-jaranglah nampak Keluarga Diraja pakai warna tersebut. Tetapi tidak bagi Puteri Diana yang pernah memakai evening dress berwarna hitam tak kira waktu siang atau malam dan antaranya sewaktu beliau membuat lawatan ke hospital di Moscow.


2. MEMAKAI EYELLINER BERWARNA BIRU

Foto: Google

Dah macam tradisi juga Keluarga Diraja bila berpenampilan akan mengenakan make up yang nampak natural. Tradisi ini walau bagaimanapun tak diikuti sangat oleh mendiang. Beliau pernah pakai eyeliner warna biru bila ada acara-acara rasmi termasuklah masa lawatan rasminya ke Perancis.


3. MENGGUNAKAN PEWARNA @ PENGILAT KUKU 

Foto: Google

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Queen Elizabeth II, peraturan yang utama sekali adalah penggunaan pewarna atau pengilat kuku yang natural bagi mengelakkan wanita dalam keluarga diraja ini tidak kelihatan murah dengan pengilat kuku yang pelbagai. Contohnya macam pink pucat atau beige. Namun, Puteri Diana pernah pecahkan tradisi dan langgar peraturan itu dengan pakai pengilat kuku warna merah semasa acara Diraja.


4. PILIH CINCIN TUNANGNYA SENDIRI

Foto: Google

Dah namanya keluarga diraja, haruslah serba serbinya custom made. Tapi Puteri Diana pilih cincin tunang beliau daripada katalog sahaja. Mendiang yang bertunang dengan Prince Charles pada umur 19 tahun pada tahun 1981 telah memilih cincin pertunangan dengan berlian berwarna biru daripada Garrad. Boleh tahan juga citarasanya walaupun bukan custom made. Cincin tersebut sekarang diwarisi kepada Duchess of Cambridge, Kate Middleton.


5. BELI DRESS YANG DISPLAY di RAK 


Foto: Google

Puteri Diana pilih dress dia untuk dipakai semasa pengumuman pertunangannya daripada rak gedung pakaian beli belah Harrods je. Mula-mula mendiang cari di butik High Class, Bellville Sassoon tapi memandangkan tidak dilayan, terus niatnya dibatalkan. 


6. MEMAKAI PERHIASAN YANG CHUNKY

Foto: Google

Sebelum Puteri Diana, dah jadi kebiasaan kerabat diraja memakai perhiasan rantai yang ringkas sahaja. Namun puteri kesayangan rakyat ni selamba sahaja memakai rantai yang agak tebal.


7.    MEMAKAI SKIRT ATAS LUTUT


Foto: Google

Macam dah dinyatakan, wanita dalam keluarga diraja kenalah nampak sopan sahaja termasuklah kena pakai skirt bawah lutut. Puteri Diana pula sebaliknya pakai skirt pendek yang menampakkan lutut.


8.  TIDAK MEMAKAI SARUNG TANGAN


Foto: Google

Kalau Queen Elizabeth II terkenal dengan pemakaian sarung tangannya terutama bila nak bersalam dengan rakyat biasa. Puteri Diana pula sangat kontra sebab mendiang lagi memilih untuk tidak menggunakan sarung tangan semasa bersalam atau beramah mesra tak kira lah dengan rakyat atau tidak sebabnya mendiang sukakan direct contact.


9.  TIDAK MEMAKAI TOPI

Foto: Google

Kalau biasa kita tengok memang tradisi yang bertahun-tahun yang pemakaian topi oleh golongan wanita menyerlahkan kesopanan dan kesederhanaan. Sebab tu Queen Elizabeth II memang selalu mengenakan topi. Puteri Diana tidak mematuhi peraturan tersebut dengan menghentikan pemakaian topi kerana mendiang tidak merasakan suasana yang mesra bila bertemu rakyat.


10.  MEMAKAI PAKAIAN YANG OFF SHOULDER


Foto: Google

Dalam menetapkan peraturan atau tradisi dalam keluarga Diraja, adalah penting sesuatu tradisi tersebut berasaskan kesopanan dan kesederhanaan. Apabila Puteri Diana mengenakan dress pendek off shoulder dengan bahagian bawah dress yang terbelah menampakkan pehanya yang gebu semasa majlis di  Serpentine Gallery, London pada tahun 1994, golongan tradisionalis diraja memang memandang berat perkara tersebut. Sebab itulah bila menantunya Meghan buat perkara yang sama, dia mendapat kritikan yang hebat. -CARI

7

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 14-12-2018 12:33 PM
Oh, kikiki. X complete pun leh publish ke min ahaksss
Quote CARI-MRO 14-12-2018 12:35 PM
Ferr_Remy replied at 14-12-2018 12:33 PM
Oh, kikiki. X complete pun leh publish ke min ahaksss

Publish tadi dah complete. Ada problem sikit dgn sistem so dia terpotong. Tengah betulkan
Quote Ferr_Remy 14-12-2018 12:36 PM
CARI-MRO replied at 14-12-2018 12:35 PM
Publish tadi dah complete. Ada problem sikit dgn sistem so dia terpotong. Tengah betulkan

Ok da complete. Bru puas baca.
Quote Ferr_Remy 14-12-2018 12:39 PM
Buat penulis, byk lg kesalahan ejaan. Nice article tp lepas ni kena byk double check spelling. Sekian komen iols.
Quote EvieWanKenobi 14-12-2018 12:40 PM
hazab ye macam2 protokol..
dari hujung rambut sampai hujung kaki..
Quote fliphair8 14-12-2018 01:12 PM
Dah mati pun duk pertikai protokol baju....nasib ko ler D
Quote DeeHanania 14-12-2018 04:27 PM
Mendiang Lady D pkai apapun cantik...
Quote Orix 14-12-2018 06:08 PM
Lady D ada lah nmpak jiwa rakyat n tak terpalit dgan kontroversi dari darah daging sendiri. Meghan pulak sebaliknya....
Quote 234126 14-12-2018 07:43 PM
No.10 tu dia pakai lepas dia berstatus janda hehehe. So tak terikat protokol lagi. Cubaan nipis nak legalkan meg yang ala2 memberontak kena kongkong ke ni {:run to me lady D layak rebel. Sebab charles buat hal. Meg? Sendiri crave attention.
Quote armin 14-12-2018 09:37 PM
And see how did she end up? Tapi sheols very likeable unlike meghan.
Quote armin 14-12-2018 09:37 PM
And see how did she end up? Tapi sheols very likeable unlike meghan.
Quote makita 14-12-2018 10:40 PM
Edited by makita at 14-12-2018 10:50 PM

Gambar 1,6,7 & 10 tu masa diana da single.
Setahu meols lepas berpisah baru diana ni 100% x ikut protokol tang baju. Tu yg leh nmpak dia pkai bikini suma tu.
Quote Spicymami 14-12-2018 11:55 PM
just " accident" kan je la meghan tu baru puas hati boleh bernafas lega sume royal protocol expertise sekalian.

Quote inspiro92 15-12-2018 08:21 AM
234126: No.10 tu dia pakai lepas dia berstatus janda hehehe. So tak terikat protokol lagi. Cubaan nipis nak legalkan meg yang ala2 memberontak kena kongkong k ...


Yup. I called that arevenge dress. Hamik ko charles main kayu dua dgn camilla; tgk aku lg meletop katanya.haha.
Quote cleopatralady 15-12-2018 02:30 PM
idola ramai ni
Quote pearlady 16-12-2018 04:39 PM
Lady D ttp princess di hati rakyat Brits{:love{:love
Quote Jorja 17-12-2018 07:04 AM
Siapa yg byk duit tu kalau tiba tiba teringin nak pakai baju mcm mendiang, bole aja beli kt ebay
Quote miemiecha 17-12-2018 09:31 AM
lawa je mendiang ni, lau ade lg, camne lah ek
Quote CrowneGlory 17-12-2018 10:02 AM
kesahhh plak dia dr dlm kubur khennn

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.242313 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top