Polis menahan lelaki dipercayai meliwat dua anak perempuannya sejak tujuh tahun lalu selepas bercerai dengan isterinya, lapor Harian Metro. Penahanan itu susulan laporan dibuat salah seorang mangsa yang kini berusia 16 tahun.
“Selepas bercerai dengan isteri, suspek menjaga dua anak perempuan yang ketika itu masing-masing berumur sembilan dan lapan tahun. “Mangsa mendakwa, dia dan adiknya diperlakukan demikian sejak 2011,” kata Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar. Mohd Nor mengesahkan pihaknya menahan suspek berusia 37 tahun itu yang tidak bekerja di rumahnya.
“Soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tidak bermoral itu. “Kali terakhir, suspek melakukan perbuatan itu adalah pada Jun lalu,” katanya. Difahamkan, selepas kejadian terakhir, mangsa berpindah ke rumah nenek mereka sebelum menetap semula bersama ibu kandung di Ampang. Suspek direman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - CARI
|
13
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT