CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Khidmat Bomoh Anak Masih Belum Ditemui

18-9-2013 01:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7386| Komen: 20


PASIR MAS 18 Sept:  “Sudah puluhan bomoh saya temui, namun sehingga kini anak gadis saya masih gagal ditemui. Semoga anak saya ditemui selepas disiarkan akhbar,” kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti, 43, mengenai kehilangan anak gadisnya, Nur Arlis Amanina, 14, sejak 21 Mac lalu. 


Siti berkata, kehilangan anaknya, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim Satu itu disedari suaminya yang mahu mengambilnya dari sekolah pada  jam 2 petang.

Katanya, selepas menunggu lebih satu jam, suaminya menghubungi pihak sekolah, namun dimaklumkan anaknya tidak masuk kelas.

“Menyedari keadaan itu, saya bersama suami  mencari di merata tempat termasuk rumah saudara-mara dan kawan-kawannya, tetapi gagal lalu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada hari sama,” katanya.

Ibu mangsa juga berkata, kali terakhir anaknya keluar rumah dilihat memakai pakaian sukan sekolah ungu dan kuning, berseluar biru serta tudung putih.

Katanya, anaknya juga dipercayai  membawa dua helai baju yang  disembunyikan dalam beg sekolahnya sebelum menghilangkan diri.
“Saya bimbang jika dia ditimpa sebarang kejadian tidak diingini kerana usianya masih mentah dan mudah diperdaya orang yang berniat jahat.

“Orang ramai yang pernah melihatnya atau mengetahui lokasinya  diminta untuk menghubungi saya di talian 014-6078011,” katanya.- Harian Metro


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epysha 18-9-2013 07:40 AM
pg seberang agaknye..
Quote redz85 18-9-2013 07:45 AM
bukan hilang lah makcik.. dia sedang hooray hooray...
Quote shonen 18-9-2013 07:48 AM
Gambo mana gambo...kot2 aku jumpa tgh lepak kat shopping complex..boleh aku cepuk sekali bdk ni..
Quote mieraAdriana 18-9-2013 08:03 AM
hehehehehe ...
caye ke bomoh lag dr pulis ...
Quote fifie_olin 18-9-2013 08:07 AM
makcik ni islam ke hape....yg gi mintak ngan bomoh penipu tu buat pe...
mintak ngan Allah jek...usaha tawakal....nmpk la hasil nya...
Quote kucen_miang 18-9-2013 08:08 AM
Dah bawak baju dalam beg tu lari ikut jantan/pengkid lah.
Quote ad_hoc79 18-9-2013 09:06 AM
xde gambor ke?
Quote nordiana87 18-9-2013 10:54 AM
die bkn mintak dgn bomoh..die dh buat report..pastu korang ingat ble ank ilang die blh goyang kaki tggu polis buat keja?die p jumpa bomoh dgn hasrat dukun/bomoh tu blh bgi klue mna anak nye tu..dgn izin allah la..cube anak korang yg hilang..bkn bomoh je aku rsa..habis bapak dukun pn korang akn p carik..semua nye demi anak..bkn nye die p ngangkung kat kubur pn..yg tu blh la ckp syirik..
sob..sob..makcik..wa paham cik..
Quote biskutsusu 18-9-2013 11:24 AM
kang budak ni dah hidup melarat
dah pregnant
baru la nak carik mak bapak

semoga budak ni diberi kesedaran untuk balik rumah
dan harap2 budak ni tak kena culik, tapi menculikkan diri sendiri
Quote cik.ijaw 18-9-2013 11:28 AM
dah bawak baju bagai tu maknanya memang nak lari rumah
Quote akughi 18-9-2013 11:45 AM
nik aziz sebok nak berdakwah dlm DAP, tapi rakyat sendiri mengamalkn syirik
Quote fatehana 18-9-2013 11:50 AM
dah bawak baju sesiap mmg budak ni ada niat nak larikan diri
cuma hrp budak ni tersedar akan kesilapan besar yg dia dah buat
Quote mjla 18-9-2013 11:51 AM
Dah sampai lombok kot..
Quote nurfariezza 18-9-2013 02:38 PM
ntah2 p lari ikut jantan r ni...
da t'boyot nnt bru nk mnyesal..
Quote purpledesire 18-9-2013 03:31 PM
pelik btol makcik nie..Islam ke tidak??
tak tau ker perbuatan dia dok g jumpa dgn bomoh2 nie boleh mengundang syirik??
Allah s.w.t kan ada..berdoa jer la kpd-Nya pastu buat solat hajat sekali..Insya'Allah..mudah2an jumpa anak makcik tu..

Quote kairouseki 18-9-2013 06:32 PM
Korang tau tak kat kelantan perawat dipanggil dengan nama bomoh??? Tak kisah la islam ke hape ke... Perawat islam pon diorang tetap panggil dengan nama bomoh. Dah memang gitu cara panggilannya. Jgn la main tuduh makcik tu wat syirik lak. Korang pon tak tau makcik tu jumpa bomoh macam mane... Fitnah tu....
Quote chewan 18-9-2013 06:35 PM
puluhan kali kena tipu :lol
Quote ushioz 18-9-2013 06:50 PM
anak dalam botol budu.
Quote Modngengade 18-9-2013 07:03 PM
Jgn2 dah ada kat lombok...demi cinta katanya

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.079010 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top