Setelah dilanda demam 'Ddu Ddu Ddu', memang ramai peminat BlackPink di Malaysia teruja dengan konsert mereka yang bakal diadakan pada 23 Februari akan datang di Stadium Indoor Malawati, Shah Alam.
Tiket yang dijual secara atas talian itu memang laku keras dan telah pun diumumkan habis dijual. Ramai peminat melahirkan rasa sedih kerana tidak berjaya mendapatkan tiket kumpulan K-pop pujaan mereka tersebut. Disebabkan populariti BlackPink di Malaysia ini, ramai ulat tiket mengambil kesempatan dan menjual kembali tiket tersebut dengan harga yang tidak masuk akal menerusi laman sesawang StarHub dan Viagogo. Bayangkan harga tiket untuk zon BLINK yang berharga RM693 telah dijual kembali dengan harga mencecah RM3000, bahkan ada seorang penjual yang meletakkan harga sehingga mencecah RM11,000! Ramai peminat mereka yang sedih kerana musnah harapan untuk melihat mereka secara langsung. Ada yang sampai mengeluh mengatakan harga tersebut dah seperti untuk membayar hantaran ahli BlackPink sekali. Amboi pandai ulat tiket nak ambil kesempatan ya! - CARI |
10
Bagus |
11
Marah |
24
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT