Teringin nak dapat bayi kembar? Mempunyai anak kembar merupakan satu anugerah Tuhan yang cukup hebat. Namun begitu, tak semua orang sanggup menjaga dua bayi serentak. Kita semua sedia maklum akan cabaran yang harus diharungi oleh ibu yang melahirkan anak kembar.
Jom baca apakah faktor-faktor penentu kehamilan bayi kembar. 1. UMUR Wanita berusia 30 tahun ke atas lebih cenderung untuk hamil kembar. Ini kerana semakin meningkat usia, semakin meningkat hormon FSH iaitu hormon perangsang folikel. Hormon ini berperanan dalam perkembangan telur di dalam ovari sebelum dilepaskan. Hormon FSH ini penting dalam badan wanita yang lebih berusia kerana pembentukan telur di dalam ovarinya juga memerlukan lebih rangsangan berbanding badan wanita yang lebih muda. Justeru, hasil tindak balas dengan hormon FSH yang tinggi ini, maka dua atau tiga telur dilepaskan, yang menyebabkan terjadinya hamil kembar. 2. SEJARAH KELUARGA Individu yang mempunyai sejarah keluarga kembar seiras tidak begitu cenderung melahirkan anak kembar. Ini berbeza bagi yang mempunyai sejarah keluarga kembar tak seiras kerana peluangnya untuk hamil kembar lebih tinggi. 3. BERAT BADAN Jangan risau jika anda obes kerana wanita obes yang memiliki BMI 30 ke atas lebih berpotensi hamil kembar. Ini kerana faktor lemak berlebihan yang merangsang peningkatan estrogen. Apabila estrogen tinggi, lebih banyak telur dilepaskan oleh ovari lalu terhasil hamil kembar. 4. KETINGGIAN Wanita yang tingginya melebihi purata ketinggian wanita lebih cenderung hamil kembar. Sebuah kajian telah membuktikan wanita dengan purata ketinggian 164.8 cm lebih berpotensi hamil anak kembar berbanding ketinggian purata 161.8 cm. Tiada penjelasan khusus mengapa ini terjadi, namun terdapat satu teori yang mengaitkannya dengan pemakanan yang sihat (yang menyebabkan seseorang itu tinggi). 5. BILANGAN ANAK Biasanya, anak kembar lahir dalam kalangan wanita yang mempunyai bilangan anak yang ramai serta keluarga yang besar. 6. BANGSA Mengikut kajian, bangsa Afrika-Amerika lebih cenderung hamil kembar berbanding bangsa Eropah/kaukasian. Wanita Asia dikategorikan paling sedikit hamil kembar. 7. MENYUSU Ibu yang aktif menyusu serta hamil pada masa yang sama lebih berpotensi mendapat anak kembar. Ini terjadi walaupun kadangkala fasa menyusu menyebabkan badan ibu itu kurang subur dan kemungkinan untuk hamil menjadi rendah. 8. PEMAKANAN Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat, wanita yang banyak mengambil produk tenusu lebih mudah hamil kembar. Ini mungkin disebabkan oleh tindakbalas dengan hormon tumbesaran yang diberikan kepada lembu, kemudian masuk ke dalam badan wanita tersebut. 9. RAWATAN KESUBURAN Rawatan kesuburan membuatkan ovulasi meningkat secara mendadak. Ini akan menghasilkan kembar dua, tiga, empat atau lebih. Bagaimana? Anda rasa anda berpeluang dapat anak kembar? Apa-apa sekalipun, semuanya berlaku dengan izin Tuhan. Selamat berusaha! Jom layan foto-foto anak-anak kembar yang comel! -CARI |
13
Bagus |
12
Marah |
16
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kakyungpilah85 replied at 19-12-2018 08:53 AM
aku belum lagi dikurniakan anak walaupun dah 3 tahun kawen...umur pon dah 33..huhuhuh...aku doakan s ...
ADVERTISEMENT