CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Awas! Penjual Makanan Online Didakwa Tipu Pelanggan, Pancing Artis Buat Review

19-12-2018 01:37 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 6741| Komen: 14|Original author: Oleh: M&M

Dalam arus teknologi moden kini, jumlah peniaga atas talian semakin lama semakin ramai bagai cendawan tumbuh. Ada yang jujur, ada yang menipu.

Apa yang menakutkan ialah golongan artis dan instafamous kini menjadi sasaran penjual penipu ini. Ini kerana para mereka mempunyai puluhan ribu pengikut di instagram.


Ada artis yang mengenakan bayaran kepada penjual yang ingin beliau mempromosikan barangan jualan mereka melalui instagram. Ada juga yang tidak mengenakan bayaran, tetapi dengan syarat produk itu diberikan kepada artis tersebut secara percuma. Ini sangat-sangatlah bahaya! Bererti sesiapa sahaja termasuk scammer boleh memperdayakan golongan artis ini hanya dengan memberi makanan percuma!



Beberapa bulan lepas, pengasas produk kosmetik terkenal Nur Sajat telah membuat satu IG review untuk sebuah perniagaan delivery makanan popular di Kuala Lumpur. Laman ini dikatakan mempunyai lebih 40 ribu pengikut! Kalau sekali imbas, semua pasti beranggapan laman ini boleh dipercayai kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Namun, sebenarnya tidak! Individu yang terlihat video yang dimuat naik oleh Nur Sajat itu segera menyuruhnya memadam video tersebut agar orang lain tidak terpedaya dengan penjual penipu itu.







Rupa-rupanya sudah ramai yang terkena. Penjual tersebut bukan sahaja tidak menghantar makanan yang dipesan, tetapi turut memblok pelanggan-pelanggan di whatsapp.

Terkini, terdapat individu meninggalkan komen tentang hal sama di laman instagram Tiz Zaqyah walaupun posting beliau tidak berkaitan penjual tersebut. 



Nampaknya, memang ramai rakyat Malaysia yang sudah tertipu. Semoga para artis dan instafemes selepas ini lebih berhati-hati sebelum bersetuju membuat IG Review untuk mengelakkan penipuan sebegini berterusan. Adakah anda pernah terkena? - CARI 
10

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 19-12-2018 01:58 PM
masih aktif walau dah report polis? how come?
Quote nisako 19-12-2018 02:28 PM
wow wpun byk report masih tipu lagi??
Quote Beautifulliar. 19-12-2018 02:41 PM
Muffin kl ni rsnye meols pnh gk tgok yatie kitchen n sheila rusly promote kt ig deme
Quote chinta89 19-12-2018 03:23 PM
dah tu polis x wat kije ke?

patutlah kalau setakat kita rakyat marhein nii setakat kena tipu sekali dua ngn penjual lahanat, polis wat dunno je. lagikan kes besar dia xleh settle inikah pula kes kita yg sekali dua tertipu RM10 je terbang???
Quote kucingitam 19-12-2018 03:38 PM
yg tukang promote kat atas tu pun pelesu...apalah yang nak diharap..
Quote munchkin 19-12-2018 04:00 PM
Oh yes si muffin kl ni. Ramai dah yg komen dah terkena.
Quote Artemesiaa 19-12-2018 04:04 PM
Tak minat nak beli kalau buat promosi guna cara ni sebab tahu bukan betul2 sedap atau scam je
Quote hasniey 19-12-2018 08:25 PM
Muffin.kl ni dulu sentap sana sini prg tuduh tipu kan.dia ckp spe tah guna nama dia menipu org.ai xfollow sgt,tau pon sbb dia baik dgn yatie.kitchen
Quote salmon-suki 19-12-2018 10:13 PM
Food delivery y sy bleh percaya few of them only:
Kepci,mekdi,foodpanda,tabaogo,domino,pizzahut..dan y dibuat oleh kwn sendiri ataupun y mmg direkemen oleh kwn y penah try order drpd prg2 tersebut..
Y lain2 xpenah try..hihi~
Quote anony-mous 20-12-2018 08:20 AM
chinta89: dah tu polis x wat kije ke?patutlah kalau setakat kita rakyat marhein nii setakat kena tipu sekali dua ngn penjual lahanat, polis wat dunno je. lagika ...


Utk online scammer, i jarangggg sgt nampak polis buat keje. In 100 cases, 2 je kene dakwa. Xpercaya u scam org. Dah byr u diam je. Dont worry, polis xkn tgkap
Quote anony-mous 20-12-2018 08:21 AM
myakayina: masih aktif walau dah report polis? how come?



Sbb hanya report. Polis tak kan tgkap. Dah byk kes scammer tp masih wujud
Quote fushimi 20-12-2018 08:53 AM
myakayina replied at 19-12-2018 01:58 PM
masih aktif walau dah report polis? how come?

kalau isu cam ni bukan ke kena report kat orang yang jaga harga telur ayam ke
Quote EncikRhoma 21-12-2018 08:38 AM
Beautifulliar. replied at 19-12-2018 06:41 AM
Muffin kl ni rsnye meols pnh gk tgok yatie kitchen n sheila rusly promote kt ig deme

pernah baik. sekarang tak baik dah sebab kes scam org la. Lama dah kot rasanya diorang tak ngam. rasanya macam dah bertahun kot
Quote BabyOnEarth 21-12-2018 03:50 PM
promo biz makanan pun mcm promo produk sampah, bg kat retis utk review nampak kemain sedap, portion byk.
Tapi bila order, nan hado presentation hauk, rasa hauk, kuantiti ciput tp rege kemainnnn

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071872 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top