CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Lambakan Filem "Remake" Dari Hollywood, Malaysia Bila Lagi?

4-1-2019 11:57 AM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 14023| Komen: 92|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Seperti sudah menjadi trend bukan sahaja di Hollywood, malah di negara-negara jiran, filem klasik lama dari era 50an sehinggalah ke tahun 1990 diolah dan dilayarkan semula samada menjadi sebuah filem baru yang mengekalkan plot dan jalan cerita yang sama mahupun diolah menjadi sebuah karya yang segar dan berbeza tetapi masih menggunakan judul dan watak yang sama. Setakat ini, hanya filem XX RAY dikhabarkan akan dikitar semula menjadi sebuah karya baru.

Lambakan filem Melayu yang acapkali menghidangkan jalan cerita yang berulang-ulang seperti kisah-kisah cinta dua darjat, kisah kehidupan mat motor, rempit, bohsia, gengster, mafia dan sebagainya sangat menjemukan untuk ditonton. Apatah lagi dengan adegan-adegan klise yang kerap kali diguna pakai di dalam filem-filem tempatan. 

Sekiranya benar penerbit-penerbit kita semakin ketandusan idea untuk memikirkan jalan cerita yang berkualiti, nah, ini dia senarai filem-filem lama yang mungkin boleh dikitar semula untuk menjadi sebuah karya baru seiring dengan peredaran zaman. 



Ali Baba Bujang Lapok

Image result for ali baba bujang lapok
(kredit: Carian Internet)


Pendekar Bujang Lapok

Related image
(kredit: Carian Internet)


Batu Belah Batu Bertangkup

Related image
(kredit: Carian Internet)


Bawang Putih Bawang Merah

Image result for Bawang Putih Bawang Merah filem melayu
(kredit: Carian Internet)


Pontianak Gua Musang

Image result for PONTIANAK GUA MUSANG
(kredit: Carian Internet)


Raja Bersiong

Related image
(kredit: Carian Internet)


Misteri Rumah Tua

Image result for misteri rumah tua
(kredit: Carian Internet)


Puteri Impian

Related image
(kredit: Carian Internet)


Main Main Hantu

Image result for Main Main Hantu filem
(kredit: Carian Internet)

Bukan itu saja, terdapat banyak lagi filem-filem Melayu lama yang boleh dikitar semula untuk menjadi karya baru. Pasti ramai yang akan ke pawagam untuk menontonnya kerana kebiasaannya filem-filem ini sudah mempunyai pengikut mereka yang tersendiri. Lihat saja karya terbaru dari Indonesia, Bernafas Dalam Kubur yang merupakan remake kepada filem-filem seram lakonan Suzanna yang mencatatkan kutipan box office yang sangat tinggi! -CARI
10

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orglama 4-1-2019 12:12 PM
nak Ali Setan remake
Quote Suchi 4-1-2019 12:21 PM
Sebut pasal filem FFM dah lepas ke ye? Tak perasan plak.
Quote SissySembah 4-1-2019 12:30 PM
hollywood boleh la buat remake sis...
ini setakat negara miskin dunia ketiga ekonomi merundum nk dpt berapa banyak sgt kutipannya tu?

yg munafik 2 tu pun kemain lg mereka dh anggap kutipan 42 juta tu byk... padahal di hollywood $10 million tu baru budget utk buat filem jah.. itu pun dlm kategori budget filem paling cikai... belum kira kutipan lagi
Quote lovelytouch 4-1-2019 12:30 PM
Puteri Impian pleasee! Tapi akaq still nak Amy Mastura! Buat dia smpai laa ni masih stuggle dalam kehidupan gitttewww
Quote coolie83 4-1-2019 12:55 PM
mohon pengarah yang nk buat remake tu biarla serious sikit buat keje..remake tu biar betul2 remake yang berbaloi penonton nak bayar tengok..ini janganla citer ntah apa2 syok sendiri
Quote umbut 4-1-2019 01:05 PM
SissySembah replied at 4-1-2019 12:30 PM
hollywood boleh la buat remake sis...
ini setakat negara miskin dunia ketiga ekonomi merundum nk d ...

Kann.. yg munafik tu ntah apa2 cerita boleh juta2.. buta hati betul yg tengok..
Quote lina21 4-1-2019 01:15 PM
tak payah buat....msti hasilnya nnt buwuk
Quote sokmogitu 4-1-2019 01:17 PM
Aku nak astro shaw buat remake A Star Is Born berdasarkan kisah centa tak menjadi antara Zamani & Siti. Kisah a star is born tu ala2 kisah centa diorg je.. sorg tgh kemuncak ke alam kejatuhan...sorg baru nak naik.
Quote MiaQaisarah 4-1-2019 01:28 PM
Buat Remake filem Bara je lah,nak tahu apa kesudahan cerita cinta Ziman dan Arni,ke jinjang pelamin atau tidak...hehe..yang penting mesti Abg Adek @ Zamani yang berlakon,yg heroin carilah yang sesuai kalau Arni Nazira yg lakonkan balik pun okay gak..
Quote Levespa 4-1-2019 02:04 PM
lovelytouch: Puteri Impian pleasee! Tapi akaq still nak Amy Mastura! Buat dia smpai laa ni masih stuggle dalam kehidupan gitttewww


tu kira sequel dah tu you.. kalau remake ni exactly the same movie
Quote Levespa 4-1-2019 02:05 PM
tak payah la remake2.. hollywood tu pun sebab takde idea dah..
Quote putehkundor 4-1-2019 02:06 PM
Edited by putehkundor at 4-1-2019 02:09 PM

mak teh dari tahun 1981 lagi tunggu sambungan filem anita dunia ajaib....kemain masa ending kak aznah hamid terbang ke angkasa katanya tunggu sambungan anita dunia ajaib bhg 2... dah hampir 40 tahun dah pun tunggu...nan hadooo

*berbalik kpd topic, mak teh harap ada remake filem seram perjanjian syaiton lakonan arwah kak yan
Quote buragazz 4-1-2019 02:58 PM
Aku bukan apa agak sceptic sikit klu Malaysia buat remake maybe aku leh setuju klu Aziz M Osman yang direct

Ambik contoh Adik Manja Remake ya Allah... mual aku menonton nya..
Filem komedi P.Ramlee tolong jgn remake aku confirm hancusss

Filem2 seram seperti Misteri Rumah Tua / Rahsia tu ok la klu nak remake

Puteri Impian masih relevan hokay tak yah nak ngengada remake begitu juga bintag hati

Ali Setan yesss tolong remake dan jgan modernize kan sangat...
Quote debab76 4-1-2019 03:32 PM
mostly remake cerita malaysia hauk yach. takda satu pon lg yg betul2 berkesan. gaya pengarahan, penceritaan n hasil akhir semua masih tersekat di zaman masing2 gitew!
Quote akumak 4-1-2019 03:40 PM
hollywood remake di tambah teknologi2 terkini, kebaboom CGI.
filem kita remake aku takut kompang je lebih tp sendu nanti.
tapi kalau buat jadi drama, ok jugak
Quote dekmieDandy 4-1-2019 04:04 PM
bestnye puteri impian

nak tengok balik lar, esok cuti
Quote AshkieLa 4-1-2019 04:04 PM
Edited by AshkieLa at 7-1-2019 01:41 PM

hollywood punya remake pun byk yg tak best...
contohnya total recall, jumanji, judge dredd,...etc
remake yang best sikit pun the italian job..

so kalu msia buat remake ali setan ke.. seniman bujang lapok ke.. lagi aku tak nak tengok..
nanti jadi ala2 lagu raya yg berapa kali diperbaharui melodi nya.. dan macam2 artis baru nyanyi..
tetap jugak cari dan nak dengar yg original version...
Quote greantea 4-1-2019 04:09 PM
plsssss jgn buat remake filem p.ramlee. x sanggup rasanya nak rosakkan memori indah tgk filem p.ramlee. tkt nnt lepas tgk remake, terus x nak tgk dah citer p.ramlee
Quote chicozinn 4-1-2019 04:18 PM
MiaQaisarah replied at 4-1-2019 01:28 PM
Buat Remake filem Bara je lah,nak tahu apa kesudahan cerita cinta Ziman dan Arni,ke jinjang pelamin  ...

meollss harap abg adek kalu nk berlakon balik biar la fizikal dia sihat cm dedulu..la ni meollss xsmpai hati nk tatap lelama muka dia tkot meollss terkutuk rupa mat pot pon leh jadi hero yachh..heheh

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.070979 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top