CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penemuan Misteri 400 Bangkai Ngeri Kucing Terungkai, Tetapi Betulkah Ini Puncanya?

21-12-2018 12:23 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3851| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Penyiasatan kejadian penemuan misteri 400 bangkai kucing dalam keadaan mengerikan di Croydon, selatan Kota London sejak awal 2014 lepas kini ditamatkan apabila pihak polis mengumumkan bahawa kematian kucing-kucing itu berpunca daripada insiden dilanggar kereta kemudian bangkainya dimakan oleh musang liar.


Kredit foto: DailyStar
Bagaimanapun orang ramai meragui pengumuman pihak Metropolitan Police Service kerana bangkai-bangkai kucing yang ditemui berada dalam keadaan seperti dibedah oleh manusia dengan pisau yang tajam.

Kredit foto: Buzzfeed

Kes yang ganjil itu bermula beberapa tahun lepas apabila ratusan bangkai kucing yang seakan-akan dibedah dijumpai di seluruh UK, dari London ke Mancester. Media menggelar pembunuhnya ‘The Croydon Cat Killer’ yang dikatakan memenggal dan mencacatkan bangkai kucing. Berikutan aduan pencinta haiwan, polis telah melancarkan sebuah operasi penyiasatan yang dinamakan Operation Takahe.

 
Kredit foto: DailyMail
Siasatan yang berlangsung lebih tiga tahun itu kini ditutup dan polis merumuskan kucing-kucing itu terbunuh kerana dilanggar kereta kemudiannya bangkainya disiat-siat oleh binatang liar seperti musang. Bedahsiasat terhadap 6 bangkai juga menemui DNA musang. Kajian terhadap CCTV juga menemui satu insiden di mana seekor musang dilihat memakan kepala kucing.

 
Kredit foto: Reddit
Bagaimanapun, orang ramai tidak percaya dengan kesimpulan polis tersebut. Mereka mendakwa polis ingin menutup kes tersebut kerana kekurangan sumber. Ramai netizen mempersendakan pengumuman itu dan mempersoalkan ‘bagaimana musang-musang itu tahu menggunakan peralatan membedah’?


Kredit foto: Revisesociology.com
‘Bagaimana pula dengan insiden kucing dicuri dan bangkainya dipulangkan 6 bulan kemudian?'

Seorang lagi netizen menyindir bahawa ‘polis perlu mencari di Universiti mana musang-musang ini belajar memegang peralatan tajam dengan tepat supaya kita boleh membedah dengan cekap seperti mereka’.

Persoalannya, dengan tamatnya siasatan ini adakah kes kematian kucing secara misteri akan terus berlaku. -CARI
12

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 22-12-2018 05:46 PM
cat killer
Quote noor2 22-12-2018 05:51 PM
Kejamnya. ..kucing ni bukan reti serang orang tiba2. ...depa jenis manja. ...
Quote Foxey 22-12-2018 05:56 PM
Kejamnye pembunuh kuceng ni. Moga dapat ditangkap akhirnya. Serial killer dah dia nih
Quote Otaku85 22-12-2018 07:02 PM
Tak dapat jumpa nanti macm Jack The Ripper
Quote batmana 22-12-2018 09:01 PM
pprt juge driver sana

dtgla sini, tiap hari ada je bangkai binatang, kucing anjing kene langgar

Quote putehkundor 23-12-2018 08:15 PM
mungkin utk testing beauty products kot
Quote Sang_Pencinta 24-12-2018 08:01 AM
putehkundor replied at 23-12-2018 08:15 PM
mungkin utk testing beauty products kot

Jadi bahan ujikaji kosmetik ke?
Quote kelapaparut 24-12-2018 08:12 AM
Ni mesti transplant organ..
Quote makkenits 24-12-2018 08:19 AM
probably a psycho killer in the making.... biasanya dia akan buat pd binatang dulu sebelum dia aim manusia plak... beware lah org sana..
Quote Supersirap 24-12-2018 11:17 AM
Semoga berita sebenar berkenaan kematian-kematian kucing tersebut dapat dimaklumkan dan jika ada unsur-unsur jenayah, kebenaran perlu ditegakkan
Quote ultra78 24-12-2018 05:37 PM
Kesian kucing
Quote sukacactus 24-12-2018 05:44 PM
Jadi kucing pun xselamat

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.120790 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top