CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Lelaki Diikat Dengan Motosikal, Dijumpai Dalam Sungai

20-12-2018 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7531| Komen: 53|Original author: Oleh: Myra Rozi

Mayat lelaki ditemui di dalam Sungai Kinta kawasan Sungai Galah, Kampung Gajah dalam keadaan sebelah kakinya diikat pada sebuah motosikal.

Mayat tanpa baju dan hanya memakai seluar jeans berwarna biru itu tersangkut pada pokok dan ditemui kira-kira pukul 6 petang pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata,

“Selepas dibawa naik ke darat, mayat didapati diikat dengan tali pada kaki kanannya dan tali tersebut diikat pula pada sebuah motorsikal jenis Yamaha yang dipercayai dijadikan sebagai pemberat bagi menenggelamkan mayat. 

"Identiti mayat dipercayai berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun, bertinggian 153 sentimeter dengan berat 50 kilogram itu belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan di kawasan sekeliling."

Gambar Hiasan

mStar Online melaporkan, lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia dua hari lepas berdasakan keadaan mayat yang bengkak.

Hasil pemeriksaan juga menemukan kesan kelar pada leher dan dua kesan luka di belakang kepala mangsa.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pemilik motosikal tersebut telah meninggal dunia,  jadi polis tidak pasti sama ada motosikal itu ada kaitan dengan mangsa atau tidak."

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI
11

Bagus
7

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 20-12-2018 07:41 AM
Dulu pun kalau rasa nak berat, ikat batu je.
Ni ikat dgn motorsikal lagi.

Esok? Ikan ngan peti ais ker?

Alih2 ingat ikat ngan motor, ingat terus tenggelam lama ke
Quote besarkecik 20-12-2018 08:32 AM
Syd replied at 20-12-2018 07:41 AM
Dulu pun kalau rasa nak berat, ikat batu je.
Ni ikat dgn motorsikal lagi.


Aku dok fikir macam mana nak ikat ikan dengan peti ais tu. Aku punya imaginasi, ikan beku sedia ada dalam peti ais tu penambah berat je. Rupanya ikat.
Quote Syd 20-12-2018 08:48 AM
besarkecik replied at 20-12-2018 08:32 AM
Aku dok fikir macam mana nak ikat ikan dengan peti ais tu. Aku punya imaginasi, ikan beku sedia ad ...

Nak carik pic mayat ni la sat lg.
Kalau ada.
Quote meklalala 20-12-2018 08:52 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Quote FOTHER-MUCKER 20-12-2018 08:55 AM
Syd replied at 19-12-2018 04:48 PM
Nak carik pic mayat ni la sat lg.
Kalau ada.

BARU ni saya ada tengok satu documentary kes pembunuhan, sebenarnya untuk tenggelamkan mayat tak perlu menggunakan pemberat pun utuk tengelamkan mayat si mati.
cuma perlu buat beberapa tikaman pada bahagian anggota badan mayat sebelum dibuang kedalam air supaya mayat tu tak boleh menjadi kembong seperti baloon lagi kerana tissue dan kulit mayat telah dibocorkan.

Quote besarkecik 20-12-2018 08:56 AM
Syd replied at 20-12-2018 08:48 AM
Nak carik pic mayat ni la sat lg.
Kalau ada.

Boleh lepas ke pos dalam ni?
Quote Remyda 20-12-2018 08:57 AM
Quote Remyda 20-12-2018 08:58 AM
besarkecik replied at 20-12-2018 08:56 AM
Boleh lepas ke pos dalam ni?

Alamak tak boleh ke
Aku dah ter tepek
Quote FanTasyCreaTioN 20-12-2018 08:58 AM
besarkecik replied at 20-12-2018 08:32 AM
Aku dok fikir macam mana nak ikat ikan dengan peti ais tu. Aku punya imaginasi, ikan beku sedia ad ...
hahahahades
baru nak nyakat @Syd

nak ikat ikan dengan petias?

Quote Syd 20-12-2018 08:59 AM
besarkecik replied at 20-12-2018 08:56 AM
Boleh lepas ke pos dalam ni?

Lepas. Takde hal. Nanti i edit tajuk thread.
Quote Syd 20-12-2018 09:00 AM
Remyda replied at 20-12-2018 08:58 AM
Alamak tak boleh ke
Aku dah ter tepek

Its ok lah.
Quote xtahumenahu 20-12-2018 09:02 AM
btol ke ketinggian 153?
keciknyaaaaaaaa

tapi pic mayat cam besar
xtau laaa kalau dah kembung
Quote ctaz 20-12-2018 09:02 AM
ini mesti geng kongsi gelap ni...tak pun kaco bini orng....

Selepas dibawa naik ke darat, mayat didapati diikat dengan tali pada kaki kanannya dan tali tersebut diikat pula pada sebuah motosikal jenis Yamaha Kriss yang dipercayai dijadikan sebagai pemberat bagi menenggelamkan mayat.



wartawan bangang mana la ni....
Quote FanTasyCreaTioN 20-12-2018 09:04 AM
FOTHER-MUCKER replied at 20-12-2018 08:55 AM
BARU ni saya ada tengok satu documentary kes pembunuhan, sebenarnya untuk tenggelamkan mayat tak p ...
kira nya mayat timbul sebab  "pengapungan"

tikaman tu kira macam "membocorkan" belon la gtu?

Quote FanTasyCreaTioN 20-12-2018 09:05 AM
nampak dah jadi macam patung kat kedai

Quote FOTHER-MUCKER 20-12-2018 09:06 AM
FanTasyCreaTioN replied at 19-12-2018 05:04 PM
kira nya mayat timbul sebab  "pengapungan"

tikaman tu kira macam "membocorkan" belon la gtu?

betul tu.

.......
Quote sensa 20-12-2018 09:06 AM
motor yamaha ke kriss?
Quote besarkecik 20-12-2018 09:21 AM
Remyda replied at 20-12-2018 08:58 AM
Alamak tak boleh ke
Aku dah ter tepek

Mana aku tau.. Aku bukan mod. Aku forumer berhemah. Dah tepek ke belum tu? Tapi aku tak nak tengok, sebab aku tak berani sangat
Quote besarkecik 20-12-2018 09:23 AM
FanTasyCreaTioN replied at 20-12-2018 08:58 AM
hahahahades
baru nak nyakat @Syd


Tak baik nyakat manja...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066492 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top