CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Selalu Pelik, Tak Percaya Nama Saya 'S'

21-12-2018 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6539| Komen: 43

"Kalau kita tulis borang, ada gelak ketawa kerana nama macam pelik. Kalau tengok reaksi pelik, kita sudah gelak, saya cakap memang nama saya macam itu."


Berbeza dengan ibu bapa hari ini yang gemar memberi nama panjang kepada anak hingga berbelit lidah menyebutnya, seorang wanita hanya diberikan abjad 'S' sebagai namanya.


Kredit foto: mStar

"Kadang-kadang kita beritahu orang nama, tetapi dia ingat itu nama samaran. Jadi saya kena keluarkan kad pengenalan.

"Ayah saya bagi nama mcm itu tetapi saya gembira, tidak ada masalah semasa sekolah. Ada juga yang mengejek S nama Superman tetapi tidak apalah, simbol S ok," katanya kepada mStar.


Walaupun sering mendapat perhatian, S yang memegang Diploma Teknologi Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, bagaimanapun sangat selesa dengan nama pendek pemberian ayahnya.

Malah, adik-adiknya juga diberikan nama ringkas walaupun tidak sependek namanya iaitu Liz, 29, Maz, 18, dan Hani, 15.

Menceritakan pengalaman hidupnya, S Rusli, 32, juga seorang pelukis pelan berkata, ramai tidak percaya ketika dia memperkenalkan diri dengan nama ringkas itu hingga menjadi perbualan dari zaman belajar hingga ke alam pekerjaan.

S juga mengakui nama pendeknya itu sering kali menimbulkan kesukaran dari segi kepercayaan terutama ketika mengisi borang membuatkan dia terpaksa membawa kad pengenalannya ke mana saja walaupun ketika beriadah bersama anak di taman permainan.

"Pernah ketika di klinik gigi dahulu, doktor memarahi jururawat kerana tidak mengisi nama penuh dalam borang pendaftaran.

"Sekali lagi ketika akad nikah, suami (Nuzrul Hasan, 38 tahun), lafaz tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri," jelasnya.

Dikelilingi ahli keluarga bernama ringkas, S memilih untuk memberi nama pendek kepada anak-anaknya iaitu Yani, 10, Dani, 4, dan Wani, 1 tahun.

Menurut bapa S, Rusli Ahmad Abdul Karim, 57, berkata tindakannya memberi nama seringkas itu berikutan nama datuk S, Ahmad Abdul Karim yang terlalu panjang.

"S itu bermakna senang kalau hendak dihuraikan. InsyaAllah, senang sampai bila-bila. Kehidupan S pun Alhamdulillah senang," ujarnya. - CARI
8

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alais 21-12-2018 10:17 AM

makin ringkas makin bagus
Quote jengkoil 21-12-2018 10:19 AM
S ...sayang,suka,senyum,seksi, .... jgn gi tambah perkataan lobang kat blkg nama kaka ..
Quote Alais 21-12-2018 10:19 AM

kajian - makin ringkas nama makin tinggi pendapatan

https://www.forbes.com/sites/lau ... -more/#770f0cf572ea
Quote Alais 21-12-2018 10:21 AM

Short First Names Lead To Higher Salaries: Study

https://www.huffingtonpost.com/2 ... ries_n_3223658.html
Quote besarkecik 21-12-2018 10:22 AM
jengkoil: S ...sayang,suka,senyum,seksi, .... jgn gi tambah perkataan lobang kat blkg nama kaka ..


Sangkak
Quote Alais 21-12-2018 10:24 AM

makin panjang nama makin tak menarik - something tingtong
Quote Alais 21-12-2018 10:26 AM

The Advantages of Choosing Short Names for Children

https://youaremom.com/advantages-choosing-short-names-children/
Quote edee_91 21-12-2018 10:27 AM
kalau kat amerrreeka, dia jadi 'ass'.
Quote bobo_beck 21-12-2018 10:28 AM
kwn ak penah cerita dia pnah knal satu keluarga ni yg adik bradik nya nama hanya abjad.. z,d dan n je.. ak ingat s ni dr kluarga tu gak tp ble nama adik bradik dia bkn abjd so mmg bkn satu family la..
Quote meklalala 21-12-2018 10:29 AM
hye s
Quote kibodwatriuh 21-12-2018 10:30 AM
Hahaha aku pun ada kawan nama S. Tapi nama penuh dia S. Faiz bin X. Orang selalu tanya S tu Syed ke? Dia kata taklah, S jah.  Memang peliklah.
Quote vanilacup 21-12-2018 10:37 AM
My name also start from S what...
No big deal pun janji maksud dia baik ...
Quote Dovahkiin 21-12-2018 10:40 AM
"I love you, my s".
Quote BlueRose99 21-12-2018 10:40 AM
Biar betul?!
Quote haryatie 21-12-2018 10:51 AM
alahai pendek sgt la pulak..satu huruf..agak2 la kan
kurang2 letak sikit yg ringkas2 xde la sampai  satu huruf jerk..
tp ok la jugak dr nama yg pelik2, yg pjg berjela smpai semput nak sebut
Quote Alais 21-12-2018 10:51 AM

kerajaan mungkin boleh buat sistem tukar nama seperti :

1 kali tempoh 10 tahun
RM1000 tukar nama - kerajaan dapat duit

jadi rakyat dapat nama yg mereka suka
rakyat happy kerajaan happy
Quote dekmieDandy 21-12-2018 10:52 AM
anak famous blogger, cikeps tu Han je, nama ig dia seketul Han, sebab nama dia seketul je
Quote Artemesiaa 21-12-2018 10:56 AM
Ok le tu senang nak isi borang tak perlu ambil masa lama untuk mengisinya
Quote hawk77 21-12-2018 10:59 AM
Less is More

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045540 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top