CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mereka Memang Biadab, Tak Akan Bekerjasama Lagi!"-Ayda Jebat Bengang Dengan Pereka Fesyen Mana Tu?

21-12-2018 05:23 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8551| Komen: 20|Original author: Oleh: Saiful

Ayda Jebat bengang bila ada pereka fesyen yang mengatakan bahawa dia tidak meletakkan kredit kepada pakkaian yang dipakai dalam gambar poster single terbaharunya.

"Saya tidak pernah bertemu bertentang mata dengan pereka fesyen itu dan bagi saya, tindakan mereka memuat naik status sebegitu adalah biadap!"


Tambah penyanyi ini lagi, penata gayanya sudah pun memaklumkan kepada pereka fesyen tersebut yang kredit tidak akan diletakkan  untuk promosi awal lagu yang berjudul temberang itu.

"Saya sudah maklumkan kepada penata gaya saya dan dia sendiri pun sudah memaklumkan kepada pereka fesyen tersebut bahawa untuk promosi awal, saya tidak akan meletakkan kredit dalam gambar di Instagram.

Foto: IG Ayda Jebat
"Bukan saja nama pereka fesyen atau jenama fesyen mereka tapi saya juga tidak meletakkan kredit untuk jurusolek, penata gaya dan jurukamera.

"Mereka sudah faham strategi promosi saya kerana saya akan letakkannya dalam muat naik selepas itu," katanya kepada Harian Metro.


Ayda,26 tidak akan mengambil tindakan untuk menukar gambar poster, sebaliknya berkata, 

"Sejujurnya, saya sangat sukakan rekaan pereka fesyen itu. Namun, tak sangka pula begini sikap mereka.

"Saya akan terus bersikap profesional dan akan terus menggunakan gambar poster sedia ada. Lagi pula, itu semua adalah hasil kerja keras jurugambar, penata gaya dan jurusolek juga."



"Selepas apa yang berlaku, rasanya saya tidak akan bekerjasama lagi dengan mereka. Lagi pula, banyak pereka fesyen lain yang ada di Malaysia.

"Kalau mereka nak gunakan saya sebagai tempias untuk memperkenalkan jenama fesyen mereka, saya tak marah tapi biarlah caranya betul.


"Lagi pula, saya pun bukan gunakan pakaian rekaan mereka untuk gambar yang tidak penting, tapi sebagai gambar poster promosi utama untuk lagu ini dan itu adalah satu penghargaan buat mereka."-CARI
7

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xhyd 21-12-2018 05:30 PM
cantik kasut dlm pic last tu
Quote Spicymami 21-12-2018 06:09 PM
Acah2 gado nk promot lagu letu cam la org bodoh sgt
Quote kroit92 22-12-2018 04:37 AM
  ape-ape je la Ayda..
Quote armin 22-12-2018 07:06 AM
Bajet diva nya. Org lain blh dia kredit kenapa pereka baju tu dia tak kredit?
Quote cicicumel 22-12-2018 07:14 AM
X Best pon lagu baru dia
Quote dewi_rina 22-12-2018 08:41 AM
Gedik betul dia nie

Dulu ko sendu kejar2 job

Nie dah naik banyak hal pulak
Quote cruisekeanu 22-12-2018 10:17 AM
Ini drama dia untuk popularkan lagu
lepas ini pereka fesyen itu balas
dia pula akan balas
orang akan teruja nak dengar lagu dia
Quote rosmahisham 22-12-2018 01:21 PM
Bkn dh ade ke benang psl ni..x suka minah ni..
Quote RatuDunia94 22-12-2018 02:50 PM
Amboi putihnya kaki kat last pic tu.. salin kulit betul yer..
Quote stargazer20 22-12-2018 08:18 PM
Memang tak minat dia...tunggu 5-6 tahun lagi,masih tak org ingat..hmmm..biar lah ikut resmi padan,jangan jadi lalang..
Quote RooneyMara 23-12-2018 12:04 PM
Amboi dia punya respond!   She sounds so ungrateful! Nnt dah takde org nak sponsor baru tau
Quote biskut_milo 23-12-2018 12:22 PM
Dia ni famous sbb  lagu Moana kan?  Lagu dangdut dia  tak best langsung.. Dahla muka tak commercial, senang to forget..  Jgn  berlagak  la  .
Quote Guccibamboo 23-12-2018 04:13 PM
Ada iras muka sajjat yg khunsa
Quote rayray28 23-12-2018 04:44 PM
Lepas lagu dh kuar rasanya ini semua drama nak naikkan rating lagu temberang je nii...kang org xmau amik tau plak psl lagu ni
Quote bedahmenjuyah 23-12-2018 04:48 PM
Garang jugak sinayda ni ya. Ingatkan jenis manja2 gitu
Quote damian_lee 24-12-2018 08:23 AM
bedahmenjuyah replied at 23-12-2018 08:48 AM
Garang jugak sinayda ni ya. Ingatkan jenis manja2 gitu

Kat twitter sarcasm and merempan gak dia ni ...
Xdelah seperti disangka awak
..
Aku syak nak naikkan lagu baru dia yang menari ala2 service handjob ...

Koserrr la
Quote melinda_kerr 24-12-2018 08:29 AM
Laaa apa salahnya.. nyampah betul aku dgn dia ni. Dr dulu tak pernah suka. Siapa pereka nya? Yg i tahu penata rias si abu kot..
Quote AshkieLa 24-12-2018 09:26 AM
hujung2.. semua kena temberang dengan permainan dia dengan designer tu bikin havoc utk promosi lagu... koser nak layan minah bajet ni...
Quote unguaurora 24-12-2018 09:43 AM
Skrg kan drama gaduh2 benci membenci..tu pun ada lg rakyat yg tertipu..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.175098 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top