CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siapa Sangka Penumpang Tetap Kereta Api Musim Krismas Ialah Ratu Elizabeth Sendiri!

24-12-2018 10:05 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7797| Komen: 20|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Setiap individu yang menyambut Hari Krismas pasti meluangkan masa pada hari istimewa tersebut untuk berkumpul bersama ahli keluarga. 

Keluarga Diraja Britain juga tidak terkecuali daripada adat sambutan Krismas yang diraikan di Sandringham House pada setiap tahun, di mana terletaknya rumah ladang milik Ratu Elizabeth. 


Sambutan Krismas terdahulu 
Kredit foto: Carian Google

Kali ini, seperti biasa Queen E seorang sahaja dari keluarga Diraja Britain yang menaiki kereta api menuju ke destinasi sambutan Krismas. Queen E menaiki gerabak kelas pertama ditemani pengiringnya yang membantu membawakan beg yang terselit tag 'The Queen'. 



Kredit foto: harpersbazaar

Kelibat Queen E yang memakai skaf kepala jenama Burberry di King's Lynn Station, Norfolk memberi kejutan kepada orang awam yang turut menggunakan khidmat pengangkutan tersebut. 


Kredit foto: harpersbazaar

Setiap tahun, ratu itu akan menggunakan pengangkutan kereta api bagi tujuan menyambut Krismas bersama keluarga di rumah ladang tersebut.

Kali ini Putera Philip, suami kepada Queen E, akan bertolak ke sana dengan keretanya. 

Sejak Putera Philip bersara dari tugasnya, pasangan suami isteri itu hanya berkesempatan bertemu pada hujung minggu sahaja atau hari-hari tertentu memandangkan Queen E masih sibuk dengan tugas hariannya. 

Ratu yang kini berusia 92 tahun itu menegaskan tidak akan bersara dari tugasnya selagi masih sihat. 


Kredit foto: carian Google

Sehari sebelum Ratu bertolak ke Norfolk, golongan kerabat telah pun sama-sama berhimpun pada majlis makan tengah hari di Istana Buckingham. 

Mengikut tradisi, semua ahli keluarga Diraja akan berkumpul di Sandringham House untuk sambutan Krismas bersama Queen E. Para tetamu akan tiba pada petang sebelum malam Krismas. Sesi membuka hadiah dilakukan menjelang malam Krismas dan bukan pada hari Krismas seperti kebiasaan. 


Foto Sandringham House
Kredit foto: Thedailybeast

Dah nama pun keluarga Diraja. Cara sambutan pun mestilah tidak sama dengan orang kebanyakan. 

Jom tengok gambar Queen E masa muda-muda dulu! 






Kredit foto: Google

Apa-apapun, salut pada Queen E sebab suka menggunakan pengangkutan awam. - CARI
26

Bagus
27

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
17

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote r_innalif 24-12-2018 12:10 PM
Cantiknye Queen Elizabeth.. kalah Lady D, Kate dn seumpama dgnnye.. classy in her own way
Quote SweetShera 24-12-2018 03:43 PM
cantik gila QE
Quote meisapoya 24-12-2018 07:48 PM
Sama cantik, sama padan. Lawo sgt queen e & prince philip.
Quote fazamania 24-12-2018 09:28 PM
Cantiknya Queen E.  

Patutlah dia kontrol segala aspek pemakaian,  mekap semua menantu sbb nak nampak classy mcm dia muda2 dulu.

Menantu baru si jalang tu ehemm jauh bertiang lah nak nampak classy.
Quote pearlady 24-12-2018 09:31 PM
Gong sambut krismas kat mana tahun ni{:question{:question{:question
Quote moonbug 24-12-2018 09:40 PM
Syoknya naik train balik sambut perayaan. Baru terasa meriah
Quote HannahMontana 24-12-2018 11:45 PM
muda...siapa pun cantiklah


cuba sudah kertu .....cantik lagi tanah kubur.
Quote aijinmisaki 25-12-2018 11:31 AM
Cantik queen elizabeth tapi kenapa charles tu, huduh yayang?
Quote hyie 25-12-2018 11:43 PM
rupanya umur sheols baya2 chedet je...
Quote ninjago 26-12-2018 10:23 AM
musim down to earth skarang eh?
Quote makita 26-12-2018 10:32 AM
aijinmisaki replied at 25-12-2018 11:31 AM
Cantik queen elizabeth tapi kenapa charles tu, huduh yayang?

Charles tu kacukan kuda so xleh buat apa dah.
Quote faraway1 26-12-2018 11:20 AM
buka hadiah tengah malam tu normal aje. . kat sini camtu juga... bukan buka pagi chrismas.  dan kami, sebab my daughter toddler aje lagi, so dia buka hadiah chrismas eve sebelum masuk tidur .   
Quote chinta89 26-12-2018 12:01 PM
omg dia paling cantik dari Puteri D, Kate n sape eh retis yg blagak tu lupa dh nama.
Quote miemiecha 26-12-2018 02:37 PM
lawa weyh masa muda...
Quote afie_m 26-12-2018 04:47 PM
lawa QE muda2...
Quote puanbintang 27-12-2018 11:30 AM
tua pun nampak cantik, nikan masa mudanya..memang cantik!
Quote ciksom 27-12-2018 09:57 PM
Seronok balik kg raya naik keretapi sambil nyanyi lagu balik kg.
Quote bulan_gerhana 28-12-2018 10:14 AM
ni kira ala2 balik kg la ni.. rasa ade 1 batalion sb/spy leman x jaga train yg dia naik.. ye la QE ni kat supe duper VVIP kot..
Quote Paiya 28-12-2018 11:43 AM
setuju
Queen E lebih cantik dari Lady D, Kate, Meghan apatah lagi Camilla..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.086558 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top