Sekiranya anda terdampar di sebuah pulau, anda sebenarnya boleh hidup beberapa lama dengan hanya produk jenama Kardshian-Jenner. Selain siri realiti televisyen (TV), mereka sebanarnya ada banyak jenama lain termasuk produk kesihatan, makanan, mekap, stoking, tuala, pakaian, minyak wangi dan banyak lagi.
Sehingga kini, Kendall dan Kylie Jenner, Kim, Kourtney, Khloé, Kris dan Rob Kardshian mempunyai aset bernilai jutaan dolar. Apa sahaja produk yang mereka sentuh dan promosikan bakal laris kerana mereka mempunyai peminat golongan fanatik yang sanggup berbelanja besar untuk hidup seperti bintang realiti pujaan mereka ini.
Bagaimanapun, tahun 2018 nampaknya mula menunjukkan kejatuhan empayar Kardashian apabila sentuhan magik mereka seakan-akan hilang dengan kegagalan beberapa perniagaan mereka. Antaranya; 1. Aplikasi Kardashian-Jenner Dimulakan pada September 2015 dengan kerjasama Whalerock Industries, aplikasi Kardashian-Jenner ini menampilkan lima kandungan berbayar daripada keluarga itu berupa gambar-gambar, cerita peribadi, rekomendasi muzik, tip diet dan luahan perasaan mereka. Untuk langganan aplikasi tersebut, peminat perlu membayar ASD179.40 (RM750) setahun. Bagaimanapun, bulan ini Kim Kardashian mengumumkan penamatan aplikasi tersebut mulai tahun 2019 berikutan kurangnya sambutan pelanggan. 2. Permainan Video ‘Kim Kardashian Hollywood’ Pada mulanya, permainan digital yang membolehkan peminat ‘menjalani hidup glamour’ seperti Kim Kardashian ini mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. Dibuat dengan kerjasama Glu Mobile pada 2014, mereka mengaut keuntungan lebih ASD43.4 juta (RM182 juta) dalam suku tahun pertama. Bagaimanapun, sambutannya semakin menurun dan tahun ini permainan digital itu hanya mampu mendapat pulangan ASD8.1 juta (RM34 juta) dalam suku tahun pertama dan berdepan risiko untuk ditamatkan. 3. Siri ‘Keeping Up With the Kardashians’ Penonton siri realiti popular tersebut jatuh menjunam pada tahun ini. Tayangan kemuncak musim ke 15 hanya menarik 851,000 penonton berbanding 1.3 juta pada tahun sebelumnya. Kejatuhan bilangan penonton sebanyak 37 peratus adalah prestasi paling buruk siri tersebut. Nampaknya, walaupun siri realiti musim ini penuh dengan drama kehamilan tiga beradik Kardashian-Jenner dan kecurangan Tristan, nampaknya penonton sudah muak dengan kisah mereka sekeluarga. Lebih membimbangkan keluarga itu, inilah produk terbesar mereka selama ini. 4. Rangkaian Kedai ‘Dash’ Awal April tahun ini, keluarga Kardashian mengumumkan penutupan rangkaian kedai fesyen mereka, Dash selepas 12 tahun beroperasi. Ini berikutan jualan yang tidak memberangsangkan dan keuntungan tidak setanding dengan sewa kedai yang mahal. Ramai berpendapat pakaian yang dipasarkan di kedai tersebut ketinggalan zaman. Bagaimanapun, di sebalik kegagalan empat projek tersebut di tahun 2018, keluarga ini masih boleh berbangga dengan kejayaan jenama kosmetik Kylie, kerjaya model Kendall, kosmetik KKW Kim dan bayaran review lumayan di media sosial mereka. Nampaknya Kardashian bakal berdepan cabaran sukar untuk terus relevan pada tahun 2019. - CARI
|
7
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Victorioussss replied at 24-12-2018 10:54 AM
Maaf bertanya, y kanan sekali tu siapa ye
For academic purposes
Victorioussss: Maaf bertanya, y kanan sekali tu siapa yeFor academic purposes
weezerfan replied at 24-12-2018 01:36 PM
Aku salah seorang peminat kuwtk dr 1st season lagi.. X pernah aku miss. Latest season 15 ni hauk sgt ...
armin replied at 25-12-2018 09:00 AM
Season 15 mmg hambar. Lagi satu sebab i bosan dgn kebodohan masing2. Dpt laki curang macam Tristan ...
armin replied at 25-12-2018 09:00 AM
Season 15 mmg hambar. Lagi satu sebab i bosan dgn kebodohan masing2. Dpt laki curang macam Tristan ...
weezerfan replied at 25-12-2018 10:18 AM
Walau scott tu biawak tp adalah sumbangan dia utk show to. Khloe tu yg aku paling x bleh hadam. Du ...
nurelle replied at 24-12-2018 05:05 PM
mungkin makcik jenner kena create another publicity kot..
example...dia pulak tukar jadi lelaki.. ...
weezerfan replied at 24-12-2018 01:36 PM
Aku salah seorang peminat kuwtk dr 1st season lagi.. X pernah aku miss. Latest season 15 ni hauk sgt ...
MarissaMiller88 replied at 25-12-2018 09:59 PM
siot tauuu...tersembur sunflower seed dr molot ku bila bca komen ni..
ADVERTISEMENT