Tular sebuah video yang merakamkan kumpulan Seventeen dan peminat yang sedang menyaksikan pertunjukan mereka ketika tsunami Krakatoa menghempas pantai Indonesia, menyebabkan 222 kematian setakat ini.
Video mengerikan itu menunjukkan momen ombak gergasi menghempas pentas pertunjukan ketika band Seventeen sedang membuat persembahan di pantai Tanjung Lesung, Sabtu lalu. Ketika kumpulan itu masih menyanyi, tiba-tiba ombak besar muncul dari belakang dan menghanyutkan semua anggota kumpulan band dan peminatnya. Kedengaran juga jeritan orang ramai yang cuba menyelamatkan diri masing-masing. Sehingga kini, pihak berkuasa melaporkan 222 kematian kebanyakannya berlaku di sepanjang pantai Selat Sunda. Lebih 840 lagi dilaporkan cedera, lapor Agensi Mitigasi Bencana. Pemain gitar bass kumpulan Seventeen, Bani dan pengurus mereka, Oki antara yang terkorban. Di Instagram kumpulannya, penyanyi Riefian Fajarsyah atau Ifan mengumumkan kematian Bani dan Oki. Isteri Ifan, pelakon Dylan Sahara dan beberapa lagi kru mereka antara yang masih hilang. Tsunami kali ini dipercayai berpunca dari runtuhan tanah di bawah laut disebabkan letupan gunung berapi Krakatoa. Selat Sunda terletak di antara pulau Jawa dan Sumatra yang menyambungkan Laut Jawa kepada Lautan India. Sehingga kini, dilaporkan ratusan lagi masih hilang dan angka kematian dijangka akan bertambah. - CARI
|
12
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jargon replied at 24-12-2018 09:15 PM
Dah viral tuan abdul khalid kata nnti feb 2019 gelap 17 hari,petanda kiamat bln mac..ramai yg share ...
jargon replied at 24-12-2018 09:15 PM
Dah viral tuan abdul khalid kata nnti feb 2019 gelap 17 hari,petanda kiamat bln mac..ramai yg share ...
ADVERTISEMENT