“Sambutan Hari Natal mempunyai unsur-unsur syirik sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam."
Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak menyambut Hari Natal atau Krismas esok kerana ia merupakan hari kebesaran penganut Kristian yang bertentangan dengan akidah Islam. Sinar Harian melaporkan, sambutan Krismas dilihat sebagai perbuatan mensyirikkan Allah dengan tiga sifat ketuhanan. Mereka mendakwa Tuhan ada anak, sedangkan ia bertentangan dengan pegangan kita dalam Islam. “Mereka (penganut Kristian) menyambut Hari Raya Krismas dengan memasukkan unsur-unsur ini dan mereka mendakwa Nabi Isa sebagai anak tuhan,” katanya.
Muhammad Khalil bagaimanapun berkata, terdapat ulama berpendapat menyambut perayaan itu adalah dibolehkan selagi tidak melibatkan pegangan akidah dan cuma melibatkan budaya sahaja. “Hari kebesaran bukan Islam tidak boleh diraikan oleh orang Islam kerana melibatkan pegangan dan kepercayaan agama yang salah, sebaliknya ia diizinkan jika hanya melibatkan perbezaan budaya. “Sebagai contoh, perayaan Tahun Baru Cina, ia adalah budaya bukan agama tapi yang melibatkan agama, contohnya Hari Deepavali, kita tidak boleh sambut,” jelasnya. Selain itu, umat Islam diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memberi ucapan sambutan perayaan itu menerusi laman sosial. “Lain keadaan sekiranya ada jiran kita beragama Kristian, boleh ucap sebagai tanda menghormati mereka. “Namun, tidak boleh suka-suka untuk ucap kepada mereka melalui status yang ditulis secara umum contoh di laman sosial Facebook, ia seolah-olah menunjukkan keredaan kepada agama mereka. “Ada ulama berkata, sebagai meraikan masyarakat majmuk, diizinkan kepada orang-orang tertentu sahaja, namun dalam ruang lingkup yang terhad yang tidak digambarkan melalui perbuatan dan pemakaian kita,” katanya. - CARI
|
12
Bagus |
15
Marah |
8
Terkejut |
20
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dua_chzy replied at 24-12-2018 04:37 PM
Tidak balik kampung ka?
Muntz replied at 24-12-2018 01:48 PM
Tapi PAS Sabah cakap lain pulak..
Sabah PAS cleric urges Muslims to celebrate festivals together ...
ADVERTISEMENT