CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raih Simpati Dengan Ulas Produk Sebab Dah Sendu? Ini Respons Noorkhiriah

26-12-2018 02:37 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 8795| Komen: 28|Original author: Oleh: Ain

“Mungkin ada yang menganggap saya seperti meraih simpati apabila tiada tawaran berlakon hingga sanggup buat ulasan produk atau perkhidmatan di Instagram."


Pelakon Noorkhiriah tidak kisah dengan pandangan negatif orang ramai yang menyindir dia membuat ulasan produk di laman sosial kerana sudah 'sendu'.



“Saya percaya apa yang dibuat pasti memberi perspektif baik atau buruk kepada orang yang melihatnya.

“Tak kisahlah apa orang nak cakap, saya hanya cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang ada sebaik mungkin,” katanya kepada BH Online.

Norkhiriah Ahmad Shafie, 42, yang sering membuat ulasan dengan gaya bersahajanya yang melucukan bersyukur kerana ulasannya di Instagram mendapat sambutan positif.


“Saya hanya menghebahkan sesuatu barangan atau servis dengan kelebihan yang ada. Selebihnya, saya percaya rezeki sudah tertulis untuk kita semua.

“Syarikat produk atau perkhidmatan memberitahu mereka mendapat perhatian yang lebih hasil perkongsian saya. Itu sudah membuatkan saya bersyukur. Setidak-tidaknya, perniagaan mereka maju dan ada rezeki dikongsi,” katanya.


Kredit foto: IG Norkhiriah

Norkhiriah mengakui ada menerima tawaran berlakon, tetapi memilih untuk menolaknya dan hanya menunggu penggambaran drama Nur 2 dimulakan.

"Saya sangat teruja kembali ke set penggambaran drama itu, tidak lama lagi,” ujarnya. 

Kenapa orang selalu cakap seseorang artis itu sudah sendu dan tidak lagi laku kalau membuat ulasan produk di laman sosial? Rasanya, ramai lagi artis yang masih aktif turut membuat ulasan di laman sosial, kan? - CARI
6

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 26-12-2018 03:37 PM
dh tu ramai yg pemes tu duk wat ig review?
Quote Spicymami 26-12-2018 03:42 PM
Wau 42 ka beliau. She look 30+.
Quote gigahertz 26-12-2018 04:02 PM
siapa sini baca apa yang beliau cakap sambil.imagine suara beliau yang serak serak basah dan muka sedih {:run
Quote orgsepang 26-12-2018 04:09 PM
Akak minat dia ni
Quote aldinaa 26-12-2018 04:27 PM
She cakap kadang bunyi macam nak bergaduh pun ada huhu
Quote dreamdaddy 26-12-2018 04:32 PM
netizen yang sebenarnya forever sendu takde life duk hadap membawang hal retis tapi ada hati nak menyendukan orang pulak. kang kalau dia sebat semua job korang jugak yang bising kan kata boring asik muka dia keluar la, tak selektif tak jaga kualiti la, asal boleh tangkap muat la.

si debah nor tu nak jual rumah pun korang kata dia dah jatuh miskin terdesak nak cari duit la. tah pape tah la korang nih
Quote dekmieDandy 26-12-2018 04:36 PM
masih terngiang lagi dia berlakon jadi oku tu
Quote munchkin 26-12-2018 05:07 PM
Dia ni poyo. biarlah dia nak buat apa nak cari rezeki.
Quote putehkundor 26-12-2018 05:35 PM
buat la apa pun khiriah, yg penting kau dpt duit dan tak kacau org lain
Quote kibodwatriuh 26-12-2018 05:39 PM
Sebenarnya kalau sendu, orang tak minta rebiu produk.
Quote besarkecik 26-12-2018 06:00 PM
muka muda dia ni!
Quote LautBiru52 26-12-2018 06:23 PM
Kira ok la tu dia buat review. Bukannya dia tadah tempurung dari rumah ke rumah pun. Semua benda nak kecam
Quote mohdcrow 26-12-2018 08:15 PM
Berita camni pun kira marketing la utk ig review dia...kalau tak org tak perasan pun dia buat ig review...sekarang orang dah tau...bijak bukan?
Quote diss69 26-12-2018 08:22 PM
Apa salahnya janji rezki halal...netizen pon, sendu2 duit masyukkk tau...
Quote huehue 26-12-2018 08:36 PM
Iolls setuju. Sendu sendu sheolls bak kata netizen, tetap juga orang hadap nak buat review.

Anyway, kengkadang mmg bila tgk ig dia, dia sentap jua dgn netizen macam nak bergaduh. Tp kalau difikirkan balik, selayaknyalah dia sentap kalau dah netizen dok ngomen menyakitkan hati 24/7. Disebabkan i kosser tengok dia sentap sentap, i unfollow je acik khiriah ni. Esok esok ada cerita best i follow balik
Quote belilies 26-12-2018 09:08 PM
Iols xfhm napa org xsuka dia ni. Suka tengok dia berlakon, so talented. Y sheols xdpt tawaran?
Quote Yeehaw 26-12-2018 10:26 PM
Dah rezeki dia.
Quote de_ikea 26-12-2018 10:29 PM
Masa dia sendu bertahun-tahun x de job, takde pulak dia buat paid review. Padahal org yg buat paid review zaman tu, sempat kaya raya. Contoh kokping.
Skrg ni ok lah. Naik balik lpas nur. Keep it up nor!
Quote weezerfan 26-12-2018 10:30 PM
Review produk tah apa2.. Jahanam habis kesihatan org lain sbb kau sendiri xda ilmu. Amiklah tanggungjawab sikit oi.. Jgn sbb duit. Aku sialkan jah retis yg review produk timbangkati ni. Cilakak betul

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.182429 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top