Bercerita mengenai parkir kereta sememangnya boleh membuatkan ramai yang hilang pertimbangan. Berebut tempat parkir, menanda tempat dengan berdiri di kawasan parkir dan 1001 cerita membuatkan situasi di Malaysia juga sangat hangat. Bagaimanapun, isu yang dibangkitkan oleh netizen ini memakan diri sendiri. Apabila dengan sinis dia menyatakan kereta yang berada di tempat parkir yang dikhaskan pada kenderaan hijau menonjolkan sisi kelakar rakyat Malaysia. Mungkin baginya, kereta hijau bermaksud kenderaan yang menjimatkan minyak dan bukannya kereta kompak buatan Malaysia yang berwarna hijau ini. Namun, tanpa disedari kereta Axia ini juga sebenarnya berada dalam kategori hijau! "Ya, orang Malaysia memang pandai switch kebodohan dan terus jump to conclusions. Its EEV and its a green vehicle." Menyedari belum ramai lagi yang peka dengan kepentingan kenderaan yang mengurangkan pelepasan asap ini, alternatif mewujudkan tempat parkir sebegini haruslah diberi pujian. Namun, apabila ada pula yang memandai-mandai dan memuat naik status di media sosial, maka harus bersedia menerima akibatnya. Status tersebut mengundang kecaman netizen yang memahami ciri-ciri kenderaan mesra alam sekitar ini. Bagi mereka yang mengetahui bahawa produk tempatan juga sudah setanding dengan industri automotif luar, maka setiap rakyat Malaysia tidak boleh memandang rendah keupayaan anak tempatan. Atau sekurang-kurangnya tidak menuduh sebelum membuat siasatan. Bagaimanapun, apabila melihat jawapan balas di status ini, sebenarnya masih ramai yang belum peka dengan wujudnya 'kereta hijau' ini dalam kalangan kereta tempatan. Jawapan sinis seperti asap hijau adalah lambang pemikiran segelintir anak muda sekarang. Tidak salahnya jika tidak tahui mengenai jenis kenderaan. Tetapi adalah salah jika menyebarkannya tanpa menyiasat kesahihan terlebih dahulu. Jadi, jika anda membeli kereta dan nampak simbol daun hijau di 'dashboard', itu bermakna kenderaan anda adalah kereta hijau. Ini kerana ia menggurangkan penggunaan petrol sekaligus mengurangkan pencemaran asap dan ia dinilai bukan berdasarkan warna kereta, sebaliknya simbol daun. - CARI |
ADVERTISEMENT