Mayat ahli akademik Turki, Prof. Dr. Ramazan Gencay, yang dilaporkan hilang di bandar Medellin, Columbia sejak 6 Disember lalu, telah ditemui mati pada 24 Disember lalu di tebing sebuah sungai bandar berkenaan. Ramazan disyaki telah diberi minuman atau makanan mengandungi scopolamine, satu dadah yang menjadikan seseorang itu tidak berupaya bergerak, dan digunakan secara meluas oleh golongan pencuri di Colombia. Ramazan telah ke Columbia pada 28 November lalu untuk menghadiri beberapa seminar di Pusat Penyelidikam Ekonomi dan Kewangan di Universiti EAFIT, Medellin. Kali terakhir dia dirakam oleh kamera CCTV adalah 6 Disember kira-kira jam 10.30 malam bersama sekumpulan orang yang tidak dikenali di sebuah kelab salsa di Medellin. Barangan peribadi dan pasport Ramazan telah ditemui di bilik hotelnya tetapi dilaporkan bahawa kad kredit miliknya telah digunakan pada 7 hingga 8 Disember. Oleh itu, diharapkan semua orang agar berhati-hati jika ke luar negara terutama ke kawasan-kawasan hotspot seperti Columbia. Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini dan mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan negara-negara terlibat. - CARI
|
16
Bagus |
21
Marah |
16
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT