Padah memasak telur menggunakan ketuhar gelombang mikro, seorang remaja mengalami buta sementara di mata kirinya apabila telur itu tiba-tiba 'meletup' dan terkena wajahnya.
Mirror melaporkan, ketika kejadian, Courtney Wood, 19, sedang menyediakan sarapan dan memutuskan untuk memasak telur di dalam ketuhar. Ia bukan kali pertama gadis itu melakukannya, namun kali ini nasibnya malang apabila telur itu meletup ketika dia mengeluarkannya dari ketuhar berkenaan menyebabkan wajahnya melecur. "Saya masukkan sebiji telur ke dalam jag dengan sedikit air sebelum memasaknya selama satu minit di dalam ketuhar gelombang mikro seperti yang saya selalu lakukan sebelum ini. "Namun, ketuhar itu tidak berbunyi selepas seminit sudah berlalu," katanya yang kemudian meletakkan telur itu di tepi sementara dia menyiapkan makanan lain. Bagaimanapun, sebaik dia berpaling, telur itu meletup dan menyebabkan mukanya melecur. Courtney kemudian menjerit kesakitan dan cuba untuk mencuci wajahnya dengan air paip sebelum memanggil rakannya kerana tidak tahan menanggung rasa sakit. Rakannya kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum Courtney dikejarkan ke hospital sebaik ambulans tiba. Doktor memberi jaminan bahawa kecederaannya tidak serius walaupun kedua-dua korneanya tercalar dan meyakinkan gadis itu, kerosakan matanya tidak kekal. Menurut Courtney, penglihatannya kembali dalam masa 48 jam, namun dia masih tidak dapat melihat dengan jelas menerusi mata kirinya. Gadis itu diberitahu doktor bahawa matanya akan mengambil masa seminggu atau mungkin lebih lama untuk pulih sepenuhnya. - CARI
|
15
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
anakkerengga replied at 31-12-2018 02:43 PM
Mn blh rebus mcm tu dlm microvawe..mmg lah meletup
namirulmukminin replied at 31-12-2018 04:11 PM
Hahahaha.. aku dah penah kena... habis besepai telur tu dlm microwave.. sib baik meletup kat dlm t ...
minguk replied at 31-12-2018 11:43 AM
kenapa tak macam umur 19 je? ke kisah pengalaman dia 20 tahun lepas?
nuryakmal replied at 1-1-2019 08:03 AM
iols salahkn 5 mins craft , tasty etc . dlm video diy selalu ada telur scramble msk dlm microwave. a ...
dua_chzy replied at 1-1-2019 10:00 AM
Scrambled egg ok la kot masak dalam microwave. Ni seketul telur masuk cenggitu jah memang mendapat ...
ADVERTISEMENT