Sudah lebih
60 tahun merdeka tetapi tidak dapat dinafikan, diskriminasi kaum masih lagi
menebal di kalangan masyarakat Malaysia. Tidak kiralah semasa mencari
pekerjaan, mahupun ketika mencari rumah sewa, masih ada pemilik yang lebih memilih
kaum atau agama tertentu, malahan secara terang-terangan di dalam iklan. Lihat sahaja
di mana-mana ruangan iklan suratkhabar. Pasti ada tapisan untuk 'Melayu sahaja', 'Muslim sahaja', 'Indian Only' ataupun 'Chinese Only'. Sehinggakan perkara ini
sudah sebati dalam masyarakat dan dianggap biasa. Baru-baru ini Divyang Hong, seorang bakal guru keturunan kacukan India dan Cina (atau Chindian) memuatnaik status di Twitter menceritakan kepayahannya mencari rumah sewa. Memetik sumber World of Buzz, dengan latar belakangnya
dari dua kaum utama di negara ini, Divyang menyangka peluangnya untk mendapat
rumah sewa akan lebih mudah, tambahan pula beliau boleh bertutur dalam bahasa Mandarin
dengan fasih. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya! Divyang telah menelefon pemilik sebuah rumah di Pulau Pinang yang mengiklankan untuk 'Chinese Only'. Pada mulanya beliau dilayan dengan baik ketika berbual dalam bahasa Mandarin. Bagaimanapun apabila mendapat tahu ibu beliau adalah seorang India, tuan rumah serta merta menolaknya. 'Kami tidak terima kacukan, hanya seratus peratus Cina' katanya. Kes seperti ini tidak terhad kepada suku
kaum Cina sahaja, tetapi kerap berlaku kepada suku kaum lain juga. Divyang dalam
tweetnya menggesa warga Malaysia Baru
untuk mengubah persepsi negative masing-masing terhadap sesebuah kaum. Memetik kata-kata Divyang, mungkin sudah sampai masanya pemilik rumah perlu memilih penyewa
berdasarkan kriteria yang adil dan munasabah, bukannya berdasarkan kaum. - CARI |
8
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 31-12-2018 07:50 PM
Ala apa bezanya dgan rumah sewa utk perempuan muslimah shj.... melayu tapi tak muslimah tak erebb ta ...
Sang_Pencinta replied at 31-12-2018 08:10 PM
Tudung labuh sahaja ke sis?
Orix: Ala apa bezanya dgan rumah sewa utk perempuan muslimah shj.... melayu tapi tak muslimah tak erebb tak leh sewa gittuhhhhhhh
Spicymami: Sukati tuan rumah la dia susah payah beli umah tu ikut suka diala nk preferences dia nk tenant mcm mana sekalipun.
Orix replied at 31-12-2018 03:05 PM
Kann... sama jugak kalo company tak bg pekerja pakai tudung ke hapa, sukati tokey company la sus ...
JunkMail replied at 31-12-2018 03:35 PM
Aku bab menyewakan rumah ni terus jadi racist. Tak sudi aku nak sewakan kat orang Melayu bukan profe ...
Spicymami replied at 31-12-2018 02:35 PM
Sukati tuan rumah la dia susah payah beli umah tu ikut suka diala nk preferences dia nk tenant mcm m ...
Sang_Pencinta replied at 31-12-2018 09:55 PM
Tuan rumah kadang2 ada pengalaman penyewa lalu yg tak bagus. Terus cop kaum tu semua serupa.
PongKang replied at 31-12-2018 03:34 PM
Sian.. if aku tuan umah mmg aku okey je pape bangsa cuma nak tgk apa pekerjaan dia..mcm bank gak ada ...
ADVERTISEMENT