Nelayan-nelayan
di China boleh mencari pendapatan tambahan dengan mengesan 'peralatan di bawah permukaan
air yang meragukan' di sekitar perairan negara berkenaan.
Seperti
dilaporkan oleh South China Morning Post pada 1 Januari, sebanyak 11 nelayan
dari wilayah Jiangsu dan tujuh individu lain menerima ganjaran tunai dalam satu
majlis anjuran pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.
Sebagai
gambaran, seorang nelayan dari Lianyungang menerima ganjaran sebanyak 50,000
yuan (AS$7,300) kerana menemukan peralatan di bawah permukaan air pada Januari
2018. Sebanyak
11 peralatan dilaporkan kepada Kementerian Keselamatan Negara China pada 2018
di mana enam daripadanya adalah 'peralatan milik negara asing yang berupaya
melakukan penyiasatan, identifikasi dan pengintipan'.
Walau
bagaimanapun, butiran terperinci tentang 11 peralatan tersebut dan jumlah
sebenar ganjaran yang diberikan kepada kesemua nelayan berkenaan tidak
didedahkan.
Nelayan-nelayan
di Jiangsu mempergiatkan usaha mencari peralatan di bawah permukaan air di
sekitar Laut China Timur di mana kapal-kapal tentera laut Jepun dan Amerika
Syarikat sering melakukan rondaan. Tindakan
kerajaan China menggerakkan orang awam dalam usaha membanteras kegiatan
pengintipan di sekitar perairan negara berkenaan bukan satu perkara yang
baharu.
Pada
2009, dua bot nelayan China menyertai tiga kapal tentera laut negara tersebut
mengusir kapal pengintipan milik Tentera Laut Amerika Syarikat, USNS Impeccable
di Laut China Selatan, berhampiran selatan Hainan.
Selain
itu, media China melaporkan, seorang nelayan dari Wenzhou menerima ganjaran
tunai kerana menemukan dron di bawah permukaan air milik negara asing di pantai
berdekatan kampungnya.
Mungkin
kerajaan Malaysia juga boleh memperkenalkan insentif serupa bagi menggalakkan
nelayan-nelayan tempatan menyumbang dalam usaha menjaga keselamatan negara. -
CARI |
5
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT