CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tersentuh! Penyakit Tak Halang Kanak-Kanak Ini Untuk Hadir Ke Sekolah

2-1-2019 01:43 PM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 4250| Komen: 21|Original author: Oleh: Myeonir

Maka bermulalah sesi persekolahan untuk tahun 2019. Memang seronoklah semua murid sebab dapat jumpa kembali dengan rakan lain setelah lama bercuti.

Bagi murid Tahun 1 yang baru ingin merasa suasana persekolahan, pasti risau kerana tidak berada di samping ibu bapa. Pun begitu, ibu kepada Hazim Hafifi berkongsi di Facebook bahawa anaknya itu begitu teruja ingin ke sekolah walaupun pergerakannya terbatas.

Kredit foto: Facebook
Hairan kan? Hazim sebenarnya merupakan penghidap ESRF iaitu sakit buah pinggang tahap kronik. Dia juga telah memulakan rawatan dialisis sejak berusia 1 tahun 6 bulan. Kesiannya.

Walaupun tidak boleh aktif seperti kanak-kanak lain, Hazim tetap bersemangat ingin bersekolah sampaikan dia mahu turut serta beratur bersama rakan sekelas yang lain sewaktu perhimpunan.


Kredit foto: Facebook

Hazim cuba mengikuti sesi persekolahan seperti biasa tetapi pergerakannya terbatas kerana kekangan yang tak dapat dielakkan. Pemakanan Hazim perlu dipantau selain bangku sekolah yang disediakan tidak bersesuaian dengan ketinggian kanak-kanak tersebut.




Kredit foto: Facebook
Hazim juga hanya mampu menghadirkan diri ke sekolah sebanyak tiga hari sahaja manakala dua hari berbaki perlu dihabiskan di hospital untuk menjalani rawatan dialisis.

Kredit foto: Facebook
Semoga Hazim dapat meneruskan sesi persekolahannya tanpa sebarang masalah -CARI


16

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
22

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 2-1-2019 01:52 PM
siannya adik ni..
smoga Allah berikan kesembuhan
dn semoga dipermudahkan sgala urusan
Quote paz 2-1-2019 02:00 PM
Semangat yang kuat adik. Semoga cepat sembuh and terus berjuang yer.
Quote shernazz 2-1-2019 02:03 PM
Bebudak ni depa nak ada kawan..
Sapa x teruja nak.masuk darjah 1 kan..
Lagi plak dia slalu hadap doc n nurse n parents je..nak juga borak dgn kawan kawa  sekelas..
Moga adik dipermudahkan urusan ya...
Jauhi buli
Tingkatkan prestasi
Quote pearl.silver 2-1-2019 02:03 PM
{:cryrun
Adik..
Aunty kagum dgn adik..
Semoga sihat selalu..dapat habiskn sekolah sampai form 5 dan masuk U
Jadi mcm org lain juga yg ada cita2
Quote nazzse 2-1-2019 02:09 PM
paz: Semangat yang kuat adik. Semoga cepat sembuh and terus berjuang yer.


Dah takda peluang utk sembuh dah sis, kecuali dia buat trasplant klu lah ada..dialysis just as penyambung hayat

Semoga terus kuat adik hazim. Comelnya awak
Quote adda001 2-1-2019 02:48 PM
cepat2 cari tisu lepas baca citer ni tabahnya adik ni dan keluarga dia, kecik2 dah kena dialisis
Quote airmineral 2-1-2019 02:49 PM
semoga adik dpt ganti buah pinggang cepat2 dan menjalani hidup normal seperti kanak2 lain. aminnn. kuat semangat awak dan parent awak.
Quote kucingitam 2-1-2019 03:14 PM
baru baca pasal adik ni..kesian..kuat semangat dia...
Quote munchkin 2-1-2019 04:41 PM
Comel adik. Selamat maju jaya adik.
Quote zuri154 2-1-2019 04:58 PM
kawan iols citer yg MILnye dialisis dah 11 tahun akibat buah pinggang mengecut. tapak dialisis kt tubuh tu pulak x bole ulang pakai. kena cari urat tempat lain pulak. abis urat dah pakai maklumla dah 11 tahun dialisis. skrg last tapak urat kt leher. kalau urat kt leher dah x bole pakai, x tau la nk pakai urat mana plak. mcm takut je dgr.
Quote SweetShera 2-1-2019 05:04 PM
semoga dipermudahkan adik.....

btw comel cikgu dia
Quote Artemesiaa 2-1-2019 05:07 PM
Kuat semangat pengalaman hari pertama masuk sekolah pasti buat dia rasa gembira
Quote retnoel 2-1-2019 07:22 PM
Ololo kecik comelnya dia..bagus dek kuat semangat ya..
Quote eizzlin 2-1-2019 07:36 PM
Murid Aku tadi sedih jgk..tahun satu...katanya baru lepas operation ..bila tanya sakit apa...kanser otak stage one...
Quote kamil8891 2-1-2019 10:29 PM
orang kuantan ,,,
semoga cepa cembuh,tapi based on experience la pesakit buah pinggang pergi cuci sbb mcm nak tambah hayat je
mostly mereka tak panjang umur
tapi dengan kuasa tuhan siapa yang tahu kan
Quote mizziaz 2-1-2019 10:43 PM
Bagusnya adik ni...kuat semangat. Muka determine. Semoga dimudahkan semua urusan & berjaya dunia & akhirat.
Quote mawar_mustika 3-1-2019 10:32 AM
moga adik ni terus kuat semangat mcm kawan iols zaman sekolah dlu...dlu doktor menjangkakan umur dia 14 thn je...tp kawan iols tu kuat sgt semangat dia...slalu dtg sekolah tgn berbalut...kadang2 mak dia dukung dia hantr ke kelas sbb xlarat jalan jauh...alhamdulillah sekarang dh 33thn die hidup...all the best adik moga dipermudahkan semua urusan di dunia & akhirat
Quote Putriputeh 3-1-2019 08:55 PM
Kesian nye, kuat semangat dia nak pegi sekolah
Quote adila39 4-1-2019 02:16 PM
baru lepas hantar anak and sebak pulak terbaca ni. moga allah lindungi adik ya syg

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065876 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top