CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minuman Yang Melegakan Harian Anda!

3-1-2019 11:20 AM| Diterbitkan: Q.Hanna| Dilihat: 5440| Komen: 17|Original author: Oleh: Q.Hanna

Air merupakan mineral yang sangat penting bagi tubuh manusia dan bukan sahaja melegakan tekak, malah memberi booster terhadap kesihatan tubuh badan!

Minuman yang penulis cadangkan ini pun tidaklah pelik-pelik namanya dan senang untuk didapati di pasaran selain harganya yang murah.


AIR CINCAU

Hah, bukannya susah pun nak cari air cincau ni, kan? Air cincau sebenarnya boleh meredakan demam atau rasa lesu pada tubuh. Jadi, untuk penggemar cincau atau dikenali sebagai grass jelly-like yang biasa dihidangkan dalam kebanyakan pencuci mulut di Malaysia, anda tidak perlu menelan panadol sedangkan boleh minum air cincau yang sedap lagi menyihatkan!


Tetapi, kalau demamnya tidak reda, makanlah ubat. Jangan degil tau! Hal ini disebabkan, cincau hanyalah penyejuk panas dalam tubuh  dan salah satu petua orang dulu-dulu.





MINUMAN TEH

Untuk penggemar teh, ini berita baik untuk anda! Minuman teh ada pelbagai perisa dan boleh dikatakan banyak jenis teh membawa kebaikan terhadap kesihatan manusia yang tersendiri.


Teh O biasa boleh menjaga saluran pencernaan.

Selain membantu menurunkan berat badan, teh o juga dapat membantu menjaga saluran pencernaan. Terdapat pelbagai bakteria aktif dalam sistem pencernaan. 

Polifenol yang ada dalam air teh dapat meningkatkan produktiviti bakteria baik dan mencegah perkembangan bakteria yang bahaya dalam proses pencernaan. Itulah sebabnya kalau minum air teh o, proses penyahtinjaan ataupun defaecation akan menjadi baik dan masalah cirit-birit dapat diredakan.



Teh Hijau ataupun Green Tea dapat kurangkan masalah diabetes!

Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke-2 sebanyak 42 peratus. Diabetes Jenis kedua adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin.

Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah. Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko rendah untuk menghidap diabetes. Jadi, pengambilan teh hijau dapat mengurangkan tahap glukosa dalam darah dan mampu mengurangkan lebihan glukosa yang boleh diproses kepada lemak terkumpul pada tisu badan kita, sekali gus masalah obesiti boleh ditangani!

Teh hijau juga mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31peratus.

Ada yang mengatakan minumlah sekurang-kurangnya dua hingga lima cawan sehari teh hijau. Tetapi, ikutlah penerimaan tekak dan selaras dengan diet pemakanan anda ya. 



Teh Bunga Krisantemum Sebagai Antibiotik Semula jadi!

Hah, teh bunga krisantemum boleh didapati dalam minuman tin di pasaran. Kalau boleh, pilihlah yang kurang manis, barulah sihat. untuk pengetahuan anda, teh ini mengandungi antivirus kerana bunga krisantemum mengandungi vitamin C dan efektif untuk meredakan masalah sinus. Jangan minum yang sejuk, minum yang suam-suam lagi bagus!



Teh Halia Selesakan Penghadaman Perut!

Teh halia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti potassium, magnesium, vitamin B6 dan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan keseluruhan. 

Teh halia amat disarankan untuk mengurangkan masalah sistem penghadaman seperti masalah angin disebabkan oleh gastrik, pedih ulu hati, muntah, pening, dan kurang selera makan. 

Apabila dalam perjalanan jauh, teh halia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan dan mabuk perjalanan. Jadi, yang mabuk dalam perjalanan untuk bercuti dan sebagainya, bolehlah minum air teh halia untuk menghilangkan rasa mabuk itu.

Kandungan halia iaitu gingerol juga terkenal dengan sifat anti-radang dan amat sesuai digunakan bagi individu yang mengalami masalah keradangan otot ataupun sakit sendi. 

Malah, wanita mengalami kesakitan ketika datang haid boleh cuba melegakan kesakitan melalui pengambilan halia. Suatu kajian dari University of Miami mendapati halia mengurangkan kesakitan sendi sebanyak 40 peratus.


Kredit foto: Carian Internet

Okey! Jadi, itu sahajalah informasi yang penulis kongsikan pada kali ini. Moga-moga, dapat memberi sedikit pengetahuan am walaupun tidak seberapa. - CARI
9

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 3-1-2019 12:17 PM
Info menarik dan selalu amalkan
Quote EvieWanKenobi 3-1-2019 12:23 PM
teh halia tu nampak power..
Quote gigahertz 3-1-2019 06:05 PM
teh hijau tu mana nak cari?
Quote Tweety_Senrose 5-1-2019 02:39 PM
gigahertz: teh hijau tu mana nak cari?

Kat mana2 supermarket ada. Cari kat section tea ada je tu. Green tea japanese brand paling bagus walaupun a bit pricey tapi quality daun bagus.
Quote smileyy 6-1-2019 10:58 AM
nice info
Quote irise666 9-1-2019 11:37 PM
Kalau dah haus & kepanasan air kosong lah yang terbaik antara yang terbaik!
Quote irise666 9-1-2019 11:41 PM
Bagi penghidap cyst & fibroid patut elakkan minuman bergula, bersusu, krimer or seangkatan dengannya bagi mengelak tumbesaran cyst & fibroid.
Sebaik-baik air adalah air kosong.
Quote rallyram 14-1-2019 12:01 AM
But, some drinks are contain high sugar level and it may create burden to healhty. So, we can choose low sugar or no sugar drinks too.
Quote duffyduck 20-1-2019 03:25 PM
green tea letak several slices of ginger yasssss
Quote puanbintang 24-1-2019 03:29 PM
info yang bagus, tapi air kosong jugak yang menarik hati..
Quote moonbug 25-1-2019 04:59 PM
Minum air rebus serai dengan halia, sedap
Quote Q.Hanna 29-1-2019 01:37 AM
smileyy replied at 6-1-2019 10:58 AM
nice info

Thankiu awak cik Q berbesar hati
Quote Q.Hanna 29-1-2019 01:40 AM
irise666 replied at 9-1-2019 11:37 PM
Kalau dah haus & kepanasan air kosong lah yang terbaik antara yang terbaik!

Betul tu wakkk skyjuice is like the best hoho
Quote Q.Hanna 29-1-2019 01:41 AM
rallyram replied at 14-1-2019 12:01 AM
But, some drinks are contain high sugar level and it may create burden to healhty. So, we can choose ...

Yes we shud choose the ones with less sugars xD
Quote diss69 9-3-2019 10:01 AM
Info yg bagus.. Tq tt..
Quote HannahMontana 9-3-2019 05:54 PM
hanggggggggggg gila ke hangg promote minuman ni semua???????
Quote lee_sakura 9-3-2019 11:46 PM
aku minum green tea ngan lemon je tiap hari...buat dalam botol 2liter, minum la sepanjang hari...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048245 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top