Bekas paderi Giuseppe Matarazzo, 45, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman 11 tahun penjara kerana didapati bersalah melakukan penderaan seks terhadap dua orang kanak-kanak perempuan, ditemui mati dibunuh di Naples. Polis percaya beliau ditembak oleh pembunuh upahan yang diupah oleh salah seorang daripada bapa mangsanya.
Perbicaraan kes Giuseppe Matarazzo lebih 10 tahun dahulu mengejutkan orang ramai berikutan kekejaman yang dilakukannya terhadap dua orang kanak-kanak itu. Susulan perbicaraan itu, salah seorang mangsa kemudiannya dijumpai mati menggantung diri pada tahun 2008 akibat tekanan melampau. Matarazzo ditembak 5 kali oleh penumpang sebuah kereta di Frasso Talesino, Itali apabila pemandu kereta itu pura-pura bertanyakan arah kepadanya. Polis kini menahan dua orang lelaki bernama Generoso Nastam dan Giuseppe Massaro yang disyaki pemandu dan penumpang kereta tersebut. Sementara itu adik kepada Giuseppe Matarazzo mengutuk pembunuhan abangnya. Dalam poster pengkebumian, Teresa Matarazzo mempertahankan abangnya dan berkata beliau dijatuhkan hukuman tanpa bukti DNA yang kukuh. Polis kini menjalankan siasatan kemungkinan dua orang lelaki tersebut diupah oleh bapa kepada salah sorang daripada mangsa Matarazzo berdasarkan bukti rakaman telefon. Adakah cash untuk pedofilia ini? - CARI
|
7
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
slavehunter: Macam mana paderi tu boleh dapat access kenal 2 budak perempuan tu? Mesti berlakon alim ulama sama la macam kat sini.
ADVERTISEMENT