Seorang kanak-kanak lelaki dari Bandung, Indonesia akhirnya boleh bernafas secara normal dengan tanpa mengeluarkan bunyi aneh setelah wisel yang tersangkut dalam kerongkongnya selama dua bulan berjaya dikeluarkan baru-baru ini. Memetik laporan Kompas pada 20 Disember 2018, pada Oktober 2018, Asep Yaya, 9, mengeluarkan wisel plastik berukuran kira-kira tiga sentimeter yang dipasang pada tapak sandal kanak-kanak agar ia berbunyi setiap kali dipijak.
Ketika Asep meniup wisel itu, seorang
adik saudaranya melompat ke atasnya, sekali gus menyebabkan dia terjatuh sebelum
tertelan alat bunyian tersebut. Sejak itu, Asep akan mengeluarkan bunyi yang
pelik setiap kali dia menarik nafas. "Selama dua bulan, bunyi halus dan
nyaring kedengaran semasa dia mencungap kepenatan atau ketika dia tidur nyenyak," kata bapanya, Subandi. Laporan stesen televisyen RCTI tentang insiden Asep tertelan wisel. Kredit video: YouTube Namun, Subandi bersyukur kerana wisel
itu tidak mengganggu selera atau sistem pencernaan Asep. Katanya lagi, wisel tidak dapat dileluarkan
dari kerongkong Asep dengan segera kerana keluarganya tidak mempunyai wang untuk menampung kos perubatan. Mereka terpaksa memohon pembiayaan pelan
penjagaan kesihatan nasional di bawah sebuah agensi kerajaan di Indonesia dan sementara menunggu permohonan diluluskan, Asep menjalani
pemeriksaan di beberapa buah hospital selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu, Asep sering ponteng
sekolah kerana murid-murid lain sering membulinya disebabkan oleh bunyi
nafasnya yang pelik. Akhirnya, Asep menjalani bronkoskopi di
Hospital Hasan Sadikin, Bandung pada 20 Disember lalu dan wisel itu berjaya dikeluarkan
selepas 30 minit prosedur tanpa pembedahan itu bermula. Semoga insiden yang berlaku terhadap Asep menjadi pengajaran kepada semua kanak-kanak agar tidak meletakkan alat mainan yang kecil berdekatan mulut mereka. - CARI |
10
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT