CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Disyaki Dera Bayi Dengan Mencucuh Rokok

7-1-2019 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2469| Komen: 12

Polis menahan lelaki berusia 47 tahun pada Khamis kerana disyaki mendera cucunya selepas pegawai perubatan hospital menemui dua kesan cucuhan rokok di bahu kanan dan kiri perut bayi lelaki itu.


Sinar Harian melaporkan, kesan cucuhan itu dikesan ketika mangsa dibawa pengasuhnya untuk mendapatkan suntikan imunisasi di Hospital Batu Gajah oleh pengasuhnya.


Foto: Sinar Harian

"Ketika ditanya, pengasuh itu mengakui kesan cucuhan rokok itu dilakukan datuk mangsa.

"Ketika kejadian, mangsa dijaga suspek di rumah lelaki itu di Kampung Baru Batu 1, tanjung Tualang pada Rabu lalu kerana pengasuh terbabit menghadiri sesi pendaftaran persekolahan anaknya," kata Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri.


Tambahnya, kejadian berlaku apabila suspek menanggalkan baju dan seluar bayi itu kerana membuang air besar dan ketika itu, lelaki berkenaan sedang menghisap rokok.

Dipercayai, rokok itu terkena pada bahu sebelah kanan mangsa sebelum jatuh terselit pada lampin pakai buang yang dipakai bayi terbabit, namun tidak membawa mangsa ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan, sebaliknya hanya meletakkan kicap pada kesan terbakar itu.

Difahamkan, mangsa dijaga sepenuhnya oleh pengasuh sejak lahir kerana ibu bapanya sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah atas kesalahan dadah.

Sebaik menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital, polis menahan dan mereman lelaki itu hingga hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Suspek didapati mempunyai empat rekod kesalahan lampau membabitkan kes jenayah dan dadah, namun ujian urin mendapati dia negatif dadah," katanya.

Mangsa kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). - CARI
8

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 6-1-2019 10:58 PM
Adoi!
Family apa ni
Sian baby tu
Quote koko2 6-1-2019 10:58 PM
Speechless...
Quote koko2 6-1-2019 10:58 PM
Speechless...
Quote MarryPottet 6-1-2019 11:43 PM
sangat kasihan dengan nasibnya. moga Allah pelihara, selamatkan & lindungi bayi ini sentiasa serta direzkikan beliau dengan takdir2 yg baik di dunia juga diakhirat. aamiin Ya Rabb
Quote Victorioussss 7-1-2019 01:24 AM
MarryPottet replied at 6-1-2019 11:43 PM
sangat kasihan dengan nasibnya. moga Allah pelihara, selamatkan & lindungi bayi ini sentiasa serta d ...

Aminn            
Quote cmf_premierleag 7-1-2019 01:26 AM
ya Tuhan.aku x tahu kenapa Tuhan bagi baby tu kat parents taik dadah
padahal kapel yg semenggah, bertahun menunggu nak dpt anak sendiri
Quote leylapple 7-1-2019 09:05 AM
family rosak teruk. kembirikan satu keluarga kecuali baby tu.. bby tu bagi kat orang lain
Quote nuralisa 7-1-2019 09:18 AM
ambahnya kejadian berlaku ketika suspek sedang menghisap rokok dan mahu menanggalkan pakaian bayi berkenaan kerana membuang air besar, tetapi rokok yang dihisapnya telah terkena bahu sebelah kanan sebelum terjatuh terselit pada lampin pakai buang dipakai mangsa.


telah terkena??
Quote pyropura 7-1-2019 09:20 AM
Batu Gajah? Tajudin Rahman bahlol punyer suku sakat ka?
Quote bambimo 7-1-2019 09:28 AM
sedih betul.mengenang nasib2 anak2 teraniaya cmni...ya Allah lindungi lah mereka
Quote ice_sky92 7-1-2019 09:31 AM
Bukan baru haritu ada kes bunuh bangla ke kt batu gajah? Wtf happened to that place...
Quote arm_band 7-1-2019 11:56 AM
hmmmph elok la tu... yang bapak pencinta rokok tak reti nak letak rokok, yang si anak muda2 dah mendadih sampai laki bini masuk penjara. yang jadi mangsa budak kecik yang tak berakal jugak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043803 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top