Orang kata cinta pertama susah dilupakan. Kalau sudah berkahwin, tak boleh dilupakan juga ke? Itu okey lagi. Lebih sadis, apabila pasangan anda mahu menamakan anak sempena nama bekas kekasih. Argh, pasti remuk hati!
Lapor METRO, sepasang suami isteri berdepan perceraian apabila si suami bertekad menamakan anak mereka yang bakal lahir dengan nama bekas kekasihnya. Menerusi sebuah laman yang membincangkan mengenai perhubungan, wanita berusia 23 tahun ini bertanya kepada orang ramai sama ada wajar atau tidak untuk menamakan anak mereka sempena bekas kekasih suaminya. Sebaik mengetahui anak yang bakal dilahirkan adalah perempuan, suaminya mahu menamakan bayi itu dengan nama bekas teman wanitanya.
Difahamkan, hubungannya dengan bekas teman wanita terbabit adalah yang paling lama bertahan dan paling disayanginya. "Dia (suami) tidak pernah menyembunyikan perasaannya itu dan saya menyangkakan kasih sayangnya terhadap mantan kekasihnya kian pudar apabila wanita berkenaan sudah tiada dalam hidupnya. "Namun, saya silap kerana kini, dia mahu menamakan anak kami dengan nama wanita itu, sementara saya boleh menamakan anak kedua kami," ujarnya. Suami wanita itu mengakui dia mahukan sesuatu untuk terus mengingatkannya kepada bekas kekasihnya. Adakah ini bermakna, setiap kali lelaki itu memandang atau memanggil anaknya ia akan mengingatkannya kepada bekas teman wanita dan bukan isterinya? Kalau sebab namanya indah dan cantik, mungkin boleh diterima pakai. Tapi tidak, dia mahu menggunakan nama bekas teman wanita untuk anaknya kerana mahu terus mengingati wanita yang telah mematahkan hatinya itu! Eh, ada juga yang orang seperti ini? Langsung tidak memikirkan perasaan pasangan! - CARI
|
13
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
salmon-suki: Lelaki tu bodoh..kalau rasa xleh move on ngn ex,tlg jgn cari org lain..sila mereputzzzz dg angau kt ex tu..not just guys ye,y gegels pun sama..Kalau d ...
ADVERTISEMENT