CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terpaksa Lelong Korset MLM Sebab Mentor Lari - Ramai Pekerja Gomen Berhutang

8-1-2019 12:36 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 81121| Komen: 179|Original author: Oleh Azza


Sebut sahaja Perniagaan Jualan Langsung atau nama glamournya Multi Level Marketing (MLM) pada kebanyakan pekerja kerajaan, mereka akan menggeleng kepala. Ini kerana ramai yang terjerumus dalam bisnes sah ini dengan modus operandi 'mencekik' mereka supaya membuat pinjaman bank hingga berpuluh ribu ringgit semata-mata mahu hidup mewah seperti idola mereka.


Setelah membayar harga barang yang tidak masuk akal ini, mangsa diminta pula mencari 'kaki' untuk mendapatkan keuntungan daripada modal yang telah lebur. Ia meleret-leret dengan janji manis puak pemangsa hinggakan ramai yang terpedaya membuat pinjaman bank hingga bertahun-tahun untuk menyelesaikannya. Ia berlaku antara awal tahun 2000 hingga 2010.

Lebih malang, barang tersebut tersadai dibawah katil kerana tidak terjual sementara pemangsa pula sakan menayangkan kemewahan bercuti di luar negara dengan alasan berjaya dalam bisnes. Sampai bilakah 'lintah darat' ini harus dibiarkan?


Kredit foto: Twitter


Produk-produk seperti korset, penapis air dan sabun dijual dengan harga tidak munasabah kepada mangsa sehingga mangsa pula terpedaya membelinya lalu mencari pula mangsa lain. Sedangkan jika mereka peka, barangan tersebut sebenarnya boleh dibeli menerusi laman sesawang dengan harga yang tersangat murah.

Biarpun dikatakan MLM seperti sudah berakhir, namun impak negatifnya boleh di lihat di media sosial dengan mangsa-mangsa mahu menjual produk 'overpriced' yang mereka beli dengan harga lelong kerana mentor lari.


Kredit foto: Twitter

Ramai netizen simpati dengan nasib mangsa yang terpaksa menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit ini. Sedangkan jika duit itu disalurkan pada perkara yang lebih berfaedah seperti duit pendahuluan rumah, bercuti menambah pengetahuan dan sebagainya berbanding membayar RM20,000 untuk membeli 10 korset yang 'overpriced'.

Namun ini sebenarnya boleh dielakkan jika masing-masing tidak tamak untuk menjadi cepat kaya kerana pemangsa memang bijak meminta mangsa meminjam duit daripada sesiapa pun hatta daripada ibu bapa sendiri.

Kredit foto: Twitter


MLM akan menggunakan apa sahaja ayat manis untuk mengabui mata mangsanya asalkan hajat mereka tercapai. 

Kredit foto: Carian Internet

Biarpun telah diberi peringatan untuk tidak terjerumus ke kancah perniagaan tidak bermoral, namun ramai juga yang tertipu kerana mahu kaya cepat. Ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka atau kawan mereka yang juga pekerja kerajaan dalam isu ini.

Ada yang berasa lega kerana terselamat daripada penipuan ini, tetapi ada juga yang terpengaruh sehingga terpaksa berhutang bertahun-tahun untuk produk yang tidak berguna ini.









Kredit foto: Carian Internet

Biarpun seperti tidak kedengaran lagi sistem MLM ini, perlu diingatkan mereka berselindung disebalik menjual barangan. Jadi, jangan terpedaya serta nasihatkan orang terdekat dengan anda supaya tidak menjadi mangsa. - CARI

7

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 8-1-2019 12:45 PM
Allhamdulillah...sehingga hari ni x terlintas lg kat hati ni benda2 mcam ni
mmg x berminat pun berniaga ni..cukup la dgn gaji yg gomen beri
main kutu pun x berminat walaupun tiap tahun ada jerk achik2 gomen yg pelawa main kutu

Quote suiskipas 8-1-2019 01:19 PM
Wowww....dah bertingkat2 banglo hanis kene roboh kat bod sebelah, now masuk cari news plak. Huhuhu. Ramai gile org kene tipu dgn die Kesian. Tp hidup hanis yg menipu pon x senang jgk. Hutang sane sini. Aset pon takde. Tax tak bayo. Kene cerai ngan laki talak tiga. Tudung pon terbang. Baju makin kurang kain. cari skandal negro. Dah tu bankrap plak.

Tu la hanis. Ramai org sumpah kau. Diorg setel bayar loan masih hidup mcm biase. Hidup kau plak makin caca marba. Takkan tenang hidup kau sampai mati. Rasakan la.
Quote littleblossom 8-1-2019 01:27 PM
Kesiannya..semoga di permudahkan segala kesulitan
Quote nuryakmal 8-1-2019 01:46 PM
suiskipas replied at 8-1-2019 01:19 PM
Wowww....dah bertingkat2 banglo hanis kene roboh kat bod sebelah, now masuk cari news plak. Huhuhu.  ...

entahnya. kesian my forumer. mmg tak adil and biased
so harap admin pun buat benda yg sama jugakla ya kat sini. kt sana u tutup so kat sini jgn buat tak nampak. hummphh
Quote bluebellvine 8-1-2019 02:02 PM
dulu penah hampir terjebak dgn korset ni lah, member lama ajak jumpa. ingatkan nk jumpa psal apa, rupanya nk promote korset ni, hampir terpedaya gak lah. sbb mcm menarik je bunyinya, tp bila dgr kena buat loan smp 20k dgn bsn. terus tak jadi sbb time tu baru kejer, mana nk ada duit nk buat loan bagai.

Syukur alhamdulilah, kalau tak, rasanya aku salah sorang yang meroyan tgk korset yg byk tak terjual2 tu.
Quote umbut 8-1-2019 02:07 PM
Dulu waktu muda2 naif  bendul. Pernah pergi mlm cam cam.. tapi takat dtg dengar talk.. pastu balik.. rasa eee nak jual2 cari org.
Koserrr.. akhirnya terkubur begitu saja.
Siap ckp doktor,lawyer pun buat.. fuhhhh.. tapi x minat. Haha
Quote umbut 8-1-2019 02:08 PM
suiskipas replied at 8-1-2019 01:19 PM
Wowww....dah bertingkat2 banglo hanis kene roboh kat bod sebelah, now masuk cari news plak. Huhuhu.  ...

Roboh knp. Kena banned ke..
Quote umbut 8-1-2019 02:12 PM
Edited by umbut at 8-1-2019 07:16 PM

Kak pam pun gemuk. Babat sana sini..pki korset leh kurus.. hahaha
Quote Victorioussss 8-1-2019 02:16 PM
In 2004 member kencing bawak iols gi seminar mlm
Ape khaboorr saudagar laksooorrr


Harap dah mampus bawah lori hendaknya
Quote RatuDunia94 8-1-2019 02:17 PM
Most bisnes MLM mmg x lama pon.. sbb ko kena cr org kena c org lain pon kena cari org lain dan kena cari org lain jugak.. sampai sudah x habis..
Baik meniaga mcm biasa je..
Quote mieymiey 8-1-2019 02:18 PM
Ni kalau Queen Hanis Haizi nampak artikel ni ada mention nama dia, agak-agak dia buat report tak?
Quote myakayina 8-1-2019 02:22 PM
sapa la yg nak beli selai korset harga beribu mcm tu..
Quote makton 8-1-2019 02:25 PM
kalau datang di kueen babat tetel tu, kompem runtuh plak rumah ni
Quote azwanaliori 8-1-2019 02:29 PM
Korset mahal tu kalau pakai terus bakar lemak ramping instantly ke atau takat buat sesak napas jah
Quote friedfishsoup 8-1-2019 02:39 PM
Jeng jeng jengggggggg
Quote friedfishsoup 8-1-2019 02:45 PM
nuryakmal replied at 8-1-2019 01:46 PM
entahnya. kesian my forumer. mmg tak adil and biased
so harap admin pun buat benda yg sama jugakl ...

Tapi ni thread wartawan. Hmmm
Quote pinksarah 8-1-2019 03:04 PM
Hanis haizi sekarang up one level, main merata and now gigih homewrecking someone else's marriage..

Merata2 cerita dgn org beserta gambarajah!

Gmbr bogel pon dah tular..

Gambar lepas senggama atas katil dgn lanre pakwe pak itam pon dia show off..

Nak blame netizens lg?

Go figure la..

Klu sendiri broadcast merata..



Quote pinksarah 8-1-2019 03:05 PM
makton replied at 8-1-2019 06:25 AM
kalau datang di kueen babat tetel tu, kompem runtuh plak rumah ni

Babat tetel?

Ni babat liat wey
Quote Nana_Man 8-1-2019 03:06 PM
Ada kwn aku ni indirectly ajak kuar. Padahal tak rapat langsung. Lepas skola jd stakat kawan2 fb n ig jer. Dia ckp lah hw her products are so gd, her desire to stay at home and generate income.. blahx3... ingat aku tak tau ke yg dia trying to recruit.. cepat2 ckp aku tak minat..

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.165300 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top