Benda paling yang ditakuti bagi setiap lelaki adalah memilih barber yang salah. Cuba bayangkan jika anda dapat barber yang tidak kemas potongannya, boleh murung sebulan dibuatnya. Seorang lelaki
di China boleh dikatakan agak bernasib malang apabila mendapat pemotong rambut
yang agak lurus pemikirannya. Mana tidaknya, barber itu mencukur bentuk segi
tiga di kepalanya. Ya anda tidak salah baca, bentuk segi tiga! Lelaki ini telah membuat temu janji
untuk memotong rambutnya dan persiapnnya juga rapi, dia telah bersedia dengan
video berkenaan gaya rambut yang dimahukan. Semuanya telah disiapkan dengan
rapi iaitu temu janji, gaya contoh rambut dan apa yang diperlukan hanyalah
untuk hadir ke kedai gunting rambut itu. Tetapi tidak semua yang kita mahu
dalam dunia ini akan kita dapat. Untuk menunjukkan
contoh rambut yang dia mahukan, lelaki itu tidak screenshot tetapi menghentikan (pause) video
itu dan menunjukkan kepada barber tersebut gaya rambut tersebut. Simbol play terpampang di video itu, dan itulah perkara yang pasti akan diingati
lelaki ini sampai bila-bila. Tanpa bertanya
panjang, barber itu menyangka bentuk segi tiga itu adalah sebahagian daripada
style rambut itu dan terus mencukur rambutnya tanpa disedari lelaki itu. Insiden
kelakar ini telah dimuat naik oleh influencer blogger, Tian Xiu Bot di laman
Weibo miliknya. Post itu mendapat perhatian ramai dengan hampir 20 000
comments dan 78 000 likes. Menurut post itu lagi, sebenarnya barber itu ada bertanyakan kepada lelaki itu jika dia masih mahukan bentuk segi tiga itu dan tanpa berfikir panjang lelaki itu terus bersetuju. Mungkin sedang mengantuk barangkali. Lelaki itu dikatakan gembira dengan
kejadian ini kerana dia lebih yakin dengan gaya potongan itu, disamping
mendapat perhatian ramai. Asalkan dia gembira, ya tak? Pengajarannya lepas ini jangan pula salah
gunting rambut. Pastikan contoh rambut yang anda nak tu betul dan bukannya
paused video. Jadi bahan jenaka nanti! -CARI |
5
Bagus |
11
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT