CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendarahan Dalam Kepala, Bayi 7 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

10-1-2019 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4145| Komen: 24|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut di bawah jagaan pengasuhnya akibat pendarahan dalam kepala di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur.

Ibu mangsa menyedari kejadian tersebut apda jam 12.15 tengah hari ketika melihat bayinya di rumah pengasuh.

Harian metro melaporkan, dia mendapati anaknya tidak sedarkan diri dan tubuhnya pucat selain hidung berdarah serta bawah mata kanannya bengkak.

Dia bertindak mmenghubungi suaminya sebelum bayi itu dikejarkan ke ke sebuah klinik swasta di Taman Melati, namun doktor kemudian mengarahkan bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Foto: Harian Metro
Malangnya bayi itu disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit menerima rawatan.


Bapa mangsa berusia 33 tahun mendakwa anaknya berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuhnya pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata,

“Bedah siasat oleh bahagian forensik HKL mendapati punca kematian bayi berkenaan adalah kecederaan dan pendarahan dalaman di bahagian kepala, mungkin akibat terjatuh.

“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan dan siasatan berhubung punca sebenar kejadian ini sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001." -CARI

11

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 10-1-2019 08:54 AM
Seram nya

Nanti adalah yg tak kerja sebut

Nilah sebab sy tak keje sanggup jaga anak sendiri di rumah
Quote noor2 10-1-2019 08:55 AM
onexox97 replied at 10-1-2019 08:54 AM
Seram nya

Nanti adalah yg tak kerja sebut

Dah tu kenapa. ...betullah apa yang mereka sebut tu. ..salah ke?
Quote DARSITA 10-1-2019 08:56 AM

Kes mcm ini dah berpuluh kali berlaku tapi apa tindakan kementerian? NADA!

Apa kebengap kementerian kebajikan masyarakat  sampai sekarang tiada undang undang tegas keatas penderaan kanak kanak?

Tiada penangkapan? kenapa tiada tahanan reman?
Quote Remyda 10-1-2019 08:59 AM
KUALA LUMPUR: : Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala dipercayai ketika dijaga pengasuh di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari Selasa, ibu mangsa yang ke rumah pengasuh untuk melihat anaknya selepas menerima panggilan, mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri dengan tubuhnya kelihatan pucat serta terdapat kesan lebam pada bawah mata kanan selain hidung berdarah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Noor Azmi Yusoff berkata wanita itu kemudian menghubungi suaminya sebelum membawa bayi berkenaan ke klinik swasta di Taman Melati.

"Bagaimanapun, doktor mengarahkan mereka supaya membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak HKL," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata bapa mangsa mendakwa bayi itu berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuh pagi Selasa.

"Bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian adalah akibat kecederaan dan pendarahan dalaman pada bahagian kepala," kata Noor Azm.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA
Quote jazaa100 10-1-2019 08:59 AM
Kg setia jaya tu bkn mcm rumah setinggan ke.....yg tak dpt di runtuhkn...skrg rasanya indon je yg duduk situ
Quote DARSITA 10-1-2019 09:10 AM
noor2 replied at 9-1-2019 04:55 PM
Dah tu kenapa. ...betullah apa yang mereka sebut tu. ..salah ke?

That's nice but not everyone boleh duduk rumah. Mereka terpaksa berkerja sacrificing for their kids so they can have a better life than them.

I’m guessing money is tight and this pengasuh was affordable. Manalah emak dia tau anak dia akan dibunuh.


Quote arasham 10-1-2019 09:25 AM
DARSITA replied at 10-1-2019 09:10 AM
That's nice but not everyone boleh duduk rumah. Mereka terpaksa berkerja sacrificing for their kid ...

This is never ending. Berkali- Kali. Kesedaran parents pun perlu dar. Nak hantar anak ke pengasuh at least kena kenalpasti. Lagi Satu lagi kalau gaji around 1k+ lebih baik duduk rumah jaga ank sambil buat something yg boleh Jana pendptan sampingan. Baru2 ni I got an offer from my rakan masjid yg buka taska n tadika, dia minta I ajar mengaji n jaga budak transit aje, ajar mengaji Tak de masalah sbb I am certified kafa teacher( ambil kursus utk ajar ank asalnya) tapi urus budak mmg malaslah. Sebenarnya mak2 yg Ada ank sesuai keje ni. Mcm mak2 ni equipped diri dgn kemahiran, menjahit, menyulam, jahit manik, masak/ baking banyak kerja2 yg boleh buat dari rumah. Say ckp ttg gaji yg sediiit, yg gaji banyak merekan hantar anak mostly to tpt yh elok2 n kadang Ada maid..
Quote clarizsa 10-1-2019 09:29 AM
Kesiannyaa
Kenapala pengasuh ramai cuai skrg?
Sian baby
Dahla susah nak dapat skrg ni
Hmmm takziah buat family arwah
Quote minguk 10-1-2019 09:58 AM
kesiannya baby...
pengasuh pun takkan biarkan je dah budak tu siap berdarah hidung..
Quote Remyda 10-1-2019 12:34 PM
‘Gambar pakai kopiah ini gambar terakhir sebelum dihantar ke pengasuh’ – Bayi 7 bulan meningg4l dunia akibat pendarahan dalam kepala

January 10, 2019admin

Luluh hati pasangan suami isteri apabila bayi mereka berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala ketika dalam jagaan pengasuh di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut si ibu, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari ketika dia pergi ke rumah pengasuh untuk melihat keadaan anaknya sebelum mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan tubuhnya pucat selain bawa mata kanan serta hidung mangsa berdarah.

Si ibu kemudian menghubungi suaminya dan membawa bayi mereka ke sebuah klinik swasta di Taman Melati. Namun doktor mengarahkan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas beberapa minit menerima rawatan.

Menurut bapa mangsa berusia 33 tahun mendakwa, anaknya berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuhnya pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, bedah siasat yang dilakukan bahagian forensik HKL mendapati, mangsa meninggal dunia kerana kecederaan dan pendarahan dalaman di bahagian kepala yang dipercayai akibat terjatuh.

“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan dan siasatan berhubung punca sebenar kejadian ini sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Menurut ibu saudara mangsa, Shaqifah Abd Razak, kakak iparnya menerima panggilan dari pengasuh yang memaklumkan anaknya, Muhammad Aisy Fawwaz, 7, tak boleh bernafas.

Apabila pasangan suami isteri itu tiba di rumah pengasuh, mangsa dah betul-betul dalam keadaan lemah dan terkulai ketika didukung serta darah penuh di hidung sehingga menyekat pernafasannya, selain bawah matanya lebam.

“Abang saya terus bawa Fawwaz ke klinik berdekatan sebab tak sempat nak ke HKL. Doktor cuba selamatkan Fawwaz, tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak. Doktor cakap nadi Fawwaz dah tak ada.

“Terus bawa ke HKL, zon merah. Doktor pun sahkan Fawwaz sudah tiada.

Doktor scan x-ray semua, banyak pendarahan di kerongkong dan saluran pernafasan, bukan tersedak susu

“Fawwaz sekarang sedang bermain di taman syurga. Rehatlah kamu sayang, kamu ihsan terpilih. Mummy Iqa sayang kamu sangat-sangat. Semoga abang dan Kak Wani tabah dengan dugaan ini.

“Rasa sebak bila kakak ipar cakap, ‘Ika, ambillah susu Fawwaz ini bagi Uwais. Dah tak ada siapa boleh minum’.


“Lagi sebak rasa sebab pagi tadi sebelum ke rumah pengasuh, Fawwaz dapat rasa air susu badan uminya buat kali terakhir. Dan semalam kakak ipar kata, dia temankan uminya berjaga siapkan kerja sekolah.

“Gambar pakai kopiah ini, gambar terakhir abinya snap pagi tadi sebelum uminya bawa ke rumah pengasuh. Masa hantar baby, sihat walafiat.

Biarlah polis buat siasatan ke atas pengasuh, semoga anak buahku dapat pengadilan di atas kematiannya. Damailah dikau di sana wahai anak. Sebak masa mandikan jenazah tadi. Cium wajah bersihnya buat kali terakhir,” tulisnya.



Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan semalam. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
Quote Remyda 10-1-2019 12:35 PM
Gambar terakhir sebelum di hantar
Quote gigahertz 10-1-2019 12:43 PM
clarizsa replied at 10-1-2019 01:29 AM
Kesiannyaa
Kenapala pengasuh ramai cuai skrg?
Sian baby

ni kes nak pengasuh murah.jumpa kat fb.baru kenal kurang 1 tahun. yang ramai ramai jadi pengasuh ni bukan betul betul nak mengasuh semua nak $$$.
kalau taska berdaftar mahal. satu budak dah berapa
Quote gigahertz 10-1-2019 12:44 PM
onexox97 replied at 10-1-2019 12:54 AM
Seram nya

Nanti adalah yg tak kerja sebut

kalau bini keje gaji rm1k tak payah la keje.
Quote Artemesiaa 10-1-2019 12:45 PM
Awal2 tahun dah tersiar semula kes sebegini macam tak ada penghujungnya pulak
Quote Lolalala 10-1-2019 12:48 PM
Rezeki jika dapat pengasuh atau taska yg baik.. tolak ansur juga penting. Jaga la elok2 hubungan dgn pengasuh.
Jangan ko kekwat dgn pengasuh, blaim semua benda lepas tu harap pengasuh jaga anak ko baik2... ni pengalaman kawan sendiri. Dia terlebih siasat pengasuh, interview macam2. Bg arahan macam2. Sudahnya taska tu ambil keputusan x nak jaga alasan anak dia kuat nangis dan perlukan penjagaan lebih. Diorg x mampu provide. Dia igt betul2 la anak dia kuat nangis. Tapi iolls yakin pengasuh situ x nak ambil risiko dgn mak begitu.

Semoga ada keadilan untuk anak syurga ni
Quote moonbug 10-1-2019 03:22 PM
Salam takziah. Menjadi-jadi kes dera
Quote caprut 10-1-2019 03:58 PM
skit2 kes dera. aku x rsa pon dera. mak bapak bdk sndri pon bresepah x reti jaga anak. klo dok jabatan kecemasan byak gak kes bayi mnggal bwah jgaan mak ayah. lgpon cash la mak ayah tau beranak je pastu bayar pengasuh brp ratus je pastu nk servis tiptop
Quote Zaien 10-1-2019 04:11 PM
tingat kes ank buah aku (arwah) 3 bln masa tu..(kes ni dh 10thun yg lalu) mak ayah bkerja so antr kt pengasuh ( pengasuh ni ade jaga anak2 lain n anak2 dia pun kcik)..
pagi helok je antr aktif.. tgh ari tu pengasuh tu call katanya baby tu muntah2 bila mnum susu n mcm lemah je.. so pengasuh suh akak ipar aku ambik.. bw g klinik.. doktor suh cpt2 g emergency spital..
kt situ kena tahan trus masuk ICU..
kepala retak blakang..  dgn wyar berselirat, mata pun dh ttup ngn kapas.. n bergantung dh ventilator..
kalau dlm islam dh xde dh baby tu.. mesin je running jantung..  sedih sgt2 anak first plak tu kan..
pengasuh x nak ngaku taw kesilapan dia.. tpi doktor ckp kemungkinan shake trlalu kuat ataupun pgg then trhantuk kpala mcm tu.. kes ni pnah msuk paper metro.. meroyan akak ipar aku.. trpaksa la cbut mesin tu.. mmg dh x boleh buat apa2.. kalau survive idop doktor ckp cacat..

kdang aku trp.k x ckup tgn then dia x prasan prilaku anak2 yg lain. mne la taw anak dia umo 3/4thun nk dukung2 baby trlpas ke kan.. dia bz handle baby yg lain.. huhuhu

aku plak nunggu bulan due.. risaw bila bc brita2 cmni dgn pnah de history ank buah kena cmtu.. nk benti keje serba salah faktor kewangan.. nk antr pengasuh risau cmnu.. dilema btol..

Quote talapia 10-1-2019 04:11 PM
yang berniat nak jadi pengasuh pon.. preparela mentally.. physically... condition rumah biar sesuai dengan baby... make sure semua elok.. Banyak kes jadi sebab asalnya bukan sengaja. Terjatuh.. pastu panic xtau nak buat apa.

Kalau dah budak tu jatuh... tak boleh ke ko sendiri bawak budak tu ke hospital berdekatan ke.. mintak tlg jiran hantarkan ke.. or kalau nampak dah teruk.. call ambulance terus ke.. ini masing2 dok gigih call parents datang. Dah bazir masa kat situ. Manala tau kalau tindakan pantas diambil dapat selamatkan nyawa. Parents ni pulak kebanyakan bila dah pengasuh call.. kena tunggu husband la hape la.. mmgla lambat.

Parents pon... kalau gaji sikit.. lebih baik work from home.. bole jaga anak sendiri. Lebih berbaloila...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050820 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top