CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anjing Mati Lepas Masuk Masjid, Tapi Saya Yang Disiasat" - Pengurusan Masjid Difitnah?

10-1-2019 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11771| Komen: 136

"Anjing masuk ke dalam masjid dan mati tetapi saya yang disiasat."

Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights, Seremban terkilan dituduh sebagai pembunuh anjing di media sosial.

Memetik Kosmo!, Mohd. Asna Amin tular di media sosial berikutan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan kematian beberapa ekor anjing di Taman Lavender Height dipercayai akibat diracun, baru-baru ini.

Mohd. Asna berkata, namanya mula tular selepas sebuah persatuan haiwan mendakwanya terlibat dalam kematian anjing berkenaan.


Kosmo!


"Heboh satu negara mengatakan imam masjid membunuh anjing sedangkan haiwan itu ditemukan mati di luar masjid. Jarak anjing yang mati dengan masjid kira-kira 1 kilometer," katanya dalam dialong antara penduduk dengan pihak berkuasa berhubung isu kematian anjing terbabit.

Difahamkan, polis menyiasat Mohd. Asna susulan laporan dibuat seorang penduduk berhubung kematian tiga ekor anjing termasuk seekor miliknya yang mati diracun di taman perumahan itu antara 1 hingga 4 Januari lalu.

Tangkap layar perbualannya dengan penduduk berhubung isu anjing di perumahan itu menerusi aplikasi WhatsApp menjadi tular, sekali gus menyebabkan dia menjadi sasaran kecaman.

Hasil pemeriksaan telefon bimbitnya, polis menemui gambar kejadian anjing mati, namun Mohd. Asna menegaskan ia gambar lama; kira-kira tiga minggu sebelum kejadian baru-baru ini berlaku. 

Sementara itu, seorang penduduk, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi yang tekad mempertahankan Mohd. Asna berkata, penduduk lain turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap ancaman anjing di kejiranan berkenaan.

Selain membunuh banyak haiwan peliharaan penduduk seperti arnab dan kucing, Abd. Rahim mendedahkan dia dan isteri turut pernah diancam anjing yang berkeliaran ketika beriadah.

"Kami tak kisah mereka bela anjing di dalam rumah atau anjing mereka bising dan menyalak, tetapi ada anjing yang menyerang dan mengancam keselamatan penduduk walaupun aduan telah banyak kali dibuat," katanya. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan dan meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan kerana dikhuatiri menimbulkan kekecohan. - CARI
23

Bagus
11

Marah
16

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 8-1-2019 10:30 AM
Semoga kebenaran sentiasa di pihak yg benar.
Quote gujiwa 8-1-2019 10:33 AM
kat umah iols mmg banyak anjing liar smpai gigit mak budak yang jemput ank dia kat tadika..

nasib mak budak yang kena smpai koyak kat tumit kaki..
ngadu kat majlis daerah habis di angkut

begitu juga ngan kucing...
jiran pagi2x ngadu.. kucing berak atas cermin kereta terselit kat wiper.. esk majlis daerah datang.. kutip kucing2x..

berfungsi juga la wasap group ada orng majlis daerah ni..
longkang pecah sampah tak kutip.. buat ayat perli2x sket.. datang la depa..
Quote namirulmukminin 8-1-2019 10:37 AM
Suruh NGO Pencinta haiwan tu kutip bela anjing2 liar tu.. Jangan menyusahkan orang lain... pi kutip bawak balik tido sebantal dengan anjing tu pon takpe... Dah sayang sangat kan... Duk memekak tu pasal apa?? Bodoh punya NGO Pencinta haiwan!! Bukan anjing je, kucing pon sama gak... panjat kereta orang becalar2 habis... Pi suruh NGO Pencinta Haiwan tu kutip bawak balik semua anjing & kucing liar tu!!! Makan tido dengan kucing anjing tu.. Bangang!!!
Quote famri7 8-1-2019 10:38 AM
Saya percaya jah kalau betul lobai2 racun...ingt pahlawan epic bawak bow nk panah hanjing persisi perang di padang paser dulu..
Quote haryatie 8-1-2019 10:45 AM
elok la anjing tu yg mati drpd org yg mati digigit anjing
sape yg syg kt anjing tu ambil la bela jgn nnti pulak biar berkeliaran
aku mmg takut giler dgn anjing ni, klau anjing liar lg la takut

Quote ninja boy 8-1-2019 10:55 AM
Majlis perbandaran tak buat kerja walau aduan banyak
Ambik mayat anjing 10 lempar ke pintu majlis badaran kahkahkah
Quote arasham 8-1-2019 10:57 AM
Ada screen shot perbualan ajk masjid nikan??? Tgk Kat fb..
Quote supermum 8-1-2019 10:59 AM
Bukan whatsapp perbualan dorang ni dah tersebar ke
Quote pokaibanktokyo 8-1-2019 11:17 AM
Tak kisah lah siapa yang racun. Yang pentingnya hanjeng penyebab masalah keselamatan semua diracun. Siapa banyak songeh...kasi penampo sekali
Quote SuRiaGreeNz 8-1-2019 11:21 AM
dlu (4-5 thn lps) rutin msa blik keja bg mkn sekor anjing kurap depan pintu pagar opis.
pas2 satu hari msa brenti kreta nk bg mkn (bg mknan kucing je)
nmpk 1 van brenti tepi jln.. anjing tu bila nmpk aku, dia nk mai dekat lah
pas2 tiba2 nmpk dia mcm cuak giler mcm nk lari.. sat dia ke depan pas2 ke blkg..
rupanya dia taw dah van tu org2 majlis.. diorg kluar bwk kayu pnjang
anjing tu pndang aku.. sian giler tgk mata dia berair..
pas2 org majlis dtg tngkap dia..
Quote sekngucing 8-1-2019 11:27 AM
kesian anjing
aku anggap nyawa binatang lebih bernilai dari manusia
Quote ellZack 8-1-2019 11:27 AM
famri7 replied at 8-1-2019 10:38 AM
Saya percaya jah kalau betul lobai2 racun...ingt pahlawan epic bawak bow nk panah hanjing persisi pe ...

Dekat Twitter bertebaran screencap whatsapp diorang siap tunjuk makanan beracun tu dengan bangkai. Number phone yang berbalas sembang tak ditutup. Memang kena la.
Quote teky 8-1-2019 11:30 AM
jenis2 kafir qurais la ni yg reti mmbela saat2 anjing2 tu comel dan masih muda.. bila da tua.. berkurap langsung dilepaskan tanpa bersalah..

jejak la pemilik anjing tu..then kompaun kan skali.. dasar nyusahkan org...
Quote famri7 8-1-2019 11:32 AM
sekngucing replied at 8-1-2019 03:27 AM
kesian anjing
aku anggap nyawa binatang lebih bernilai dari manusia

Too bad dlm ajaran semenanjung bunuh hanjing ni mcm bunuh cicak..katanyalah..

Kalau elohim benarkan pelihara hanjenh dah lama saya adopt biar gigit2 acik kepam sekeliling.
Quote pyropura 8-1-2019 11:35 AM
Edited by pyropura at 8-1-2019 11:47 AM
namirulmukminin replied at 8-1-2019 10:37 AM
Suruh NGO Pencinta haiwan tu kutip bela anjing2 liar tu.. Jangan menyusahkan orang lain... pi kutip  ...


Animal shelter ni ada masalah bajet gak, bayak bergantung pada donation orang, tak hanya itu, ada yang dicemuh dipulau dihalau pun ada, macam pompuan Melayu yg bela haiwan terbiar di Melaka dulu, bagitu juga pasangan atuk nenek kat Kedah nun.
Quote pyropura 8-1-2019 11:43 AM
Double stendet Mulayu:
- Ular tedung bahaya, dilepas balik utk idup
- Anjing kurap, dipanah diracun, dibunuh
Quote pyropura 8-1-2019 11:47 AM
Aku percaya je lobai2  kon masjid ni yg buat, sedangkan manusia pun boleh dilepuk diluku dek mereka, apatah lagi hanjeng kurap nan hina dina
Quote coughtlava 8-1-2019 11:48 AM
banyak lagi anjing patut diracun

bersepah sini sana berak merata

kearah malaysia zero anjing



Quote sekngucing 8-1-2019 11:48 AM
famri7 replied at 8-1-2019 11:32 AM
Too bad dlm ajaran semenanjung bunuh hanjing ni mcm bunuh cicak..katanyalah..

Kalau elohim bena ...

tqk pernah pylak kau dengar bunh anjing dpt pahala
kalau anjing tak haram lama dah aku bela
anjing di tapak pembinaan ni selalu adik aku kasi mkaan sampai dah kenal dia
dekat tasek yg aku joging tu kau bg anjing nasi...ta snangka anjing makan nasi juga ya...kesian sangat hujan2 follow aku sebab nak makanan

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073049 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top