Sejak dipilih sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima banyak ucapan tahniah dan namanya sering disebut-sebut.
Berita itu disambut baik seluruh rakyat Malaysia, malah ada yang menyatakan hasrat ingin baginda sultan terus ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat! Baru-baru ini, Sultan Nazrin menerima banyak pujian selepas gambarnya menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bersama keluarga tular di media sosial.
Selain memuji sifat rendah diri baginda, kecantikan isterinya, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan kelakuan baik anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safya turut mendapat perhatian netizen. Malah, ramai juga yang mengambil kesempatan itu berkongsi pengalaman berharga pernah terserempak dengan baginda tuanku. Lebih menarik, Sultan Nazrin dikatakan sering dilihat mengunjungi sebuah kedai buku terkenal, Kinokuniya. Melihat komen netizen, teruja sungguh mereka walaupun tidak menyapa baginda dari dekat. Ada juga yang mahu berswafoto, tapi takut ianya tidak dibenarkan. Selain itu, ramai netizen menyifatkan baginda seorang sultan yang tidak banyak ragam dan merendah diri. Seronok melihat komen netizen yang teruja dapat bertemu baginda Sultan Perak di ruang awam. Sampai ada yang terkelu lidah dek kerana teruja sangat! - CARI
|
14
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix: TMJ pernah masuk Kinokuniya tak ? {:nose
RatuDunia94: X perlu ke hulu hilir berjubah putih pon kan utk nampak zuhud..
RatuDunia94 replied at 10-1-2019 07:01 PM
X perlu ke hulu hilir berjubah putih pon kan utk nampak zuhud..
ADVERTISEMENT