CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Venue Olimpik Rio 2016 Kini Terbengkalai, Lihatlah Gambar Berikut!

11-1-2019 11:25 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 4209| Komen: 16

Siapa masih ingat lagi Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil? Acara terbesar dunia ini berlangsung selama lebih kurang dua minggu bermula dari 5 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos 2016. 


Persiapan untuk Olimpik Rio menelan belanja hampir ASD12 bilion. Ya, 12 bilion iaitu bersamaan hampir RM50 bilion!


Gambar: Olympic.org

Jika anda masih ingat, banyak isu timbul ketika persiapannya sedang dijalankan seperti tenaga kerja yang dibayar murah, gaji dibayar lambat serta pelbagai isu lain lagi.

Setelah hampir tiga tahun, kebanyakan kemudahan sukan di Rio kini tergendala dan rosak. Stadium yang dahulunya penuh dengan penonton dan diterangi dengan bunga api, kini hanyalah tempat yang dipenuhi dengan semak samun.



Gambar: Business Insider

Kolam renang yang dahulunya kebiruan dan penuh dengan penontong kini tidak digunakan lagi. Ada juga ura-ura mengatakan lokasi kolam renang ini akan digantikan dengan dua buah sekolah, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan daripada pihak berwajib. 


Gambar: Business Insider

Selain kolam di luar stadium bertukar ke warna gelap, hiasan luar stadium renang juga telah rosak.


Gambar: Business Insider


Gambar: Business Insider


Gambar: Business Insider

Ini pula Stadium Maracana yang digunakan sebagai venue Olimpik, Paralimpik dan perlawanan akhir Piala Dunia.


Gambar: Business Insider


Gambar: Business Insider

Tanpa penjagaan rapi dan pengurusan cekap, stadium yang dahulunya gah kini suram.


Gambar: Business Insider


Gambar: Business Insider


Gambar: Business Insider

Ini pula lokasi Taman Olimpik yang menempatkan banyak jenis sukan.


Gambar: Business Insider

Satu kerugian sebenarnya apabila kemudahan sukan yang bertaraf dunia ini terbiar begitu sahaja tanpa penjagaan dan pengurusan yang elok. 

Kemudahan seperti ini jika diteruskan penggunaanya pasti dapat dimanfaatkan rakyat Brazil, malah mungkin mampu melahirkan atlet bertaraf dunia.

Koleksi gambar berikut diambil pada tahun 2017, lima bulan selepas sukan Olimpik itu dianjurkan. Jika baru lima bulan pun dah teruk sebegini, bagaimana pula sekarang yang sudah menginjak tahun 2019? - CARI
10

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hessa 11-1-2019 11:29 AM
sayangnya..tp i mmg kagum waktu tu bila Brazil kelihatan 'mampu' anjur sukan taraf Olimpik ni..
Quote kucingitam 11-1-2019 11:32 AM
satu pembaziran utk negara2 yang kehidupannya ala2 je..kesian kat rakyat..
Quote Artemesiaa 11-1-2019 11:56 AM
Sayangnya dah berbelanja sebegitu banyak dibiarkan rosak bergitu sahaja.  
Quote nisako 11-1-2019 12:01 PM
wow mmg bazir………….
Quote sharlenetexas 11-1-2019 12:15 PM
Gajah putih?
Quote epis 11-1-2019 12:33 PM
Mmg membazir.. tapi time tu brazil kira all out gak la, dgn olimpik lps tu piala dunia lagi anjurkan... mmg gigih..
Quote mieymiey 11-1-2019 02:50 PM
Ruginya
Quote RatuDunia94 11-1-2019 03:39 PM
Bila terlalu bercita2 tinggi nk tunjuk pd dunia yg dia "mampu".. tp sebaliknya memudaratkan je..
Quote Supersirap 11-1-2019 03:48 PM
Sedihnya, sudah ada fasiliti tetapi tidak mengambil kesempatan ke atasnya
Quote hyie 11-1-2019 04:29 PM
brazil memang sebuah negara miskin ye?
Quote grouper 11-1-2019 05:05 PM
Utk venue olimpik akan dtg perlunya ada rekaan bangunan yg boleh buka atau recycle balik..byk olimpik lepas cuma buat repurpose je fasiliti tu selalunya perkampungan sukan la senang nak repurpose. Nak tgk mcm mana tokyo buat lepas olimpik 2020 nnt sbb bab planning org jepun mmg no1
Quote ohnoLia 11-1-2019 05:59 PM
Ai thot brazil ni negara maju mcm jepun?   Kalau mcm ni malaysia wayy better
Quote finn 13-1-2019 08:08 AM
Ingatkan brazil ni negara kaya ala2 usa
Quote chinta89 13-1-2019 10:11 AM
kalau latih atlet2 sedia ada bolehlah terer masing2 punya skill..
Quote DeeHanania 13-1-2019 12:01 PM
Sayang yer,
Terbiar mcmtu...
Quote runiadreamer 22-2-2019 04:03 PM
kenapa tak buka utk orang ramai je kenakan bayaran, at least ada org guna duit tu pon boleh dibuat utk penyelenggaraan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.042200 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top