CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingin Bercuti Ke Vietnam? Anda Mungkin Berfikir 10 Kali Setelah Baca Pengalaman Ini!

15-1-2019 12:35 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12302| Komen: 48|Original author: Oleh: intan

Cuti panjang yang bakal menjelang tiba ini mungkin membuatkan anda pening ke manakah destinasi yang ingin dituju. Mungkin dalam 'list' destinasi percutian anda ingin ke Vietnam, tapi mungkin anda perlu mengambil langkah berjaga - jaga jika ingin ke sana.

Sering ditipu atau kena 'scam' semasa melancong di luar negara sangat ditakuti pelancong kerana beberapa faktor seperti masalah komunikasi, budaya yang berbeza dan masalah perundangan yang lain daripada negara asal kita. Jom kita ikuti perkongsian Khairuddin Ariffin daripada laman Facebook mengenai pengalamannya ditipu di negara Vietnam.

Baik lain macam...


Setiap kali kalian tengok orang pergi travel mesti rasa seronoknya kau! Tak semuanya manis ya kawan-kawan.Kebanyakan ada cerita pahit sebenarnya,termasuk saya haha

Saya cuba kongsi pengalaman buruk pada trip saya pada tahun 2016.

Inilah trip pertama kali kami ke Vietnam dan ini ‘unplanned trip’.Beli tiket return,dan hanya beli hotel sehari dua sebelumnya.Tiada plan langsung untuk cari itinerary atau tourist guide.
Acah-acah backpackers betul haha

Selesai check in,saya dan isteri turun periksa kawasan sekitar dan survey lokasi untuk dilawati hari seterusnya.Pengalaman kami,kawasan sekitar vietnam tak sama macam di Indonesia atau negara Asia yang lain.

Dengan bau dan makanan yang tak berapa sedap di tekak melayu ni,pertama kali rasa datang dan terus rasa nak balik pada hari yang sama.


Asyik tengok cincin isteri...



Tapi kami gagahkan diri untuk hari seterusnya.Kami disapa oleh seorang pakcik yang bermotosikal dan dipelawa untuk ronda-ronda sekitar bandar Ho Chi Minh.Oleh sebab pertama kali sampai,rasa nak cuba tapi kami biasa tanya harga dulu.

Nampak baik.

“How much for the trip ?”
“Around rm60”

Beliau pun tunjuk ada beberapa buku testimoni dari rakyat Malaysia yang lain yang dia bawa.Gambar cantik semua orang happy ja.Nampak berbaloi,saya dan isteri setuju untuk bonceng dengan mereka.

Pengalaman baru ni.Dua motor baru rm60 untuk pusing bandar untuk tengahari.Pertama kali pusing bandar jadi pembonceng

Naik motor kan murah,jadi pembonceng je pun.Dapat setel semua best spot dekat Ho Chi Minh.Kami di bawa melawat beberapa tempat yang wajib pergi di Ho Chi Minh seperti St Mary Cathedral,Post Office Saigon dan Museum War.

Sekitar jam 1 tengahari kami dah habis pusing.Tapi kami try ajak selfie dengan ‘pakcik’ tu tapi dia asyik tolak.Katanya “agama” yang tak bagi.

Pelik.

Kami dibawa di tempat yang agak jauh dari bandar untuk minum kopi vietnam katanya dan tempat last untuk trip.Kami pun tulis lah testimoni yg baik dekat buku.Akhirnya dia minta untuk bayar dia rm600

RM600 untuk 2 orang.

??

Memang kami terkejut.dia kata rm60 tu untuk sejam.5 jam jadi rm300 untuk 1 motor,2 motor total rm600.

Kenapa tak cakap awal-awal dengan lagi detail?
Dia senyap dan bagi macam-macam alasan.

Memang panas.marah,bengang,tak puas hati semua ada.Masa tu dekat kawasan yang memang asing dan jauh dari hotel.Sambil bincang dia asyik tengok barang kemas isteri(walaupun pakai cincin kahwin).Rasa nak lari tapi tak berani nak buat kacau di negara orang.

Terus terang saya kata kat pakcik tu,ada rm300 je.Selepas nego selama 1 jam,baru dia setuju.Akhirnya kami dibawa ke hotel dengan ber huhuhu
Trip separuh hari untuk dua orang dah rm300.

Kena tipu🤕


Perkongsian Khairuddin mendapat maklum balas serupa melalui ruangan komen post tersebut. Tak sangka dan menakutkan!

Kena paksa keluarkan semua duit dengan alasan nak tolong tukar duit Vietnam..


Polis pun terlajak Scam..

Kena tipu beli ketika beli durian..



Tidak kira di masa destinasi yang dituju, pastikan anda berhati hati supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Stay safe! - CARI 

9

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 15-1-2019 01:14 PM
Tak boleh nak komen sebab tak sampai Vietnam lagi tapi kena 600 untuk naik motor half day tu agak hanat juga lah
Quote Jorja 15-1-2019 01:19 PM
Lebih rela p jakarta banding vietnam
Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 01:36 PM
Saya sudah pernah bercuti dua kali ke Vietnam secara solo backpacking

Syukur tak pernah kena tipu macam ni sebab awal2 dah baca langkah berjaga2
Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 01:37 PM
Ingat nak sewa apa2 ke luar negara kena tanya betul2 rate sewa tu untuk SEJAM ke atau PER TRIP atau PER PERSON PER TRIP atau PER PERSON PER HOUR etc
Quote MeghanK 15-1-2019 01:41 PM
kalau g negara asean camni tak payah backpackers sangat la hai..berani pulak tu naik moto dengan strangers
meols pegi taun lepas berdua ngan adik (sama2 perempuan) alhamdulillah selamat

yang penting nak g negara orang (yang kurang kemudahan public transport) tak payah nak acah berani..amek airport transfer je..dah tentu2 selamat..banyakkan membaca dan research..travel insurance tu penting..jangan kedekut sangat
Quote fushimi 15-1-2019 01:42 PM
sebenarnya yang pergi ni baru first time travel ke

takkan pergi travel pergi buta buta je takde knowledge
Quote doubleA 15-1-2019 02:09 PM
HCM vietnam dengan penjual2 pun memang jahat. Mujur la tak kena tipu teksi sebab ambik vinasun dan grab je kat sana. Dah harga barang yg sama beli kat sini harga lain, kat sana harga lain. Beza lebih 2 kali ganda kot. Patut la negara miskin sampai sekarang
Quote Levespa 15-1-2019 02:29 PM
memang ramai penipu kat sana.. tapi kalau baca dulu tips2 sebelum pergi insyaaAllah boleh elak dari terkena..kat cari ni pun banyak org share info2 berguna kat thread pelancongan sana nun
Quote leylapple 15-1-2019 02:36 PM
dah 3 kali pegi sana.. so far alhamdullilah ok...

yg penting kena ambik tau negara yang kita nak lawat tu, baca pengalaman orang lain..sekrg bersepah cerita orang dan pengalaman orang kat internet

Quote Potpouri 15-1-2019 02:50 PM
alhamdulillah dh 3 kali pergi tak pernah kena tipu sbb mmg dh bc tips2 kat cari ni before travel. I lebih prefer naik bas berbanding taxi.. selamat
Quote Artemesiaa 15-1-2019 02:52 PM
Sebab tu penting buat research dan cari info apa yang ok dan tidak sebelum ke sesebuah negara tu kalau main redah je takut kes sebegini boleh terjadi
Quote paz 15-1-2019 04:13 PM
Paz tak berminat nak pergi Vietnam lagi. Walau pengalaman tu tak ada masalah.

Quote d_anne04 15-1-2019 05:07 PM
patutla suami akak x brp berkenan dengan vietnam ni..
dia ckp nak travel better pi negara maju
Quote EvieWanKenobi 15-1-2019 06:35 PM
memang kena hati2 terutama
bila offer harga murah..

syukurlah hari tu pergi takde
sebarang masalah..
Quote Melorqe 15-1-2019 07:43 PM
iols pergi HCMC lebih kurang 10 tahun lepas. pergi melawat office kat sana.  iols dgn kawan ofis jalan kaki je pegi shopping. dah mlm baru naik teksi sebb dah larat sgt nak jalan. kat benthan mkt tu kena tau harga. kalau tak memang kena  tipu.
Quote SleepingChica 15-1-2019 08:46 PM
Trauma pergi HCM ni.. Bapak cheq kena ragut orang sekeliling tengok je tak peduli.. Bila pegi balai macam lahanet kena tunggu lama, dah la polis depa tak faham English lepas tu tak bagi letak dalam report kena ragut.. Suruh tulis dlm report polis passport hilang atas kecuaian sendiri... Bila pegi office duta Malaysia.. rupanya kes kena ragut, pick pocket tu biasa berlaku kat sana.. Then after that pegi immigration office rupanya ramai foreigner lain kena jugak.. Masing2 story trauma dah pegi sana... Actually shopping pun tak best mana kat sana.. Overated sgt.. Memang kena hati2 sangat pergi sana.. Syukur staff hotel yg assist bapak cheq budak baik.. Bekali2 mtk maaf sebab bapak cheq kena experience benda macam tu kt negara dia.. Dia pun banyak tolong translate kat polis tu.. Nak harap kami ja cakap ngn polis tu alamatnya kena lukis gambarajah kronologi jenayah tu baru depa faham agaknya .. Syukur alhamdulillah consulate Malaysia pun sangat membantu waktu tu..
Quote SleepingChica 15-1-2019 08:51 PM
1 lagi toksah pecaya orang mai promote bawak testimonial bagai ni.. Kami jumpa gak orang macam ni beria promote ajak kami pegi china town.. Siap tnjuk buku bukti pelancong Malaysia ramai ambik service dia.. Kami pi sendiri naik grab.. Kat sana guna je grab nak kemana-mana kecuali tempat jauh2 macam mekong river tu kena ambik tourist guide package yg registered.. Bukan main sauk je murah2.. Ambik murah tu tak salah tapi biar rasional sikit..
Quote bungarose 15-1-2019 11:01 PM
Belum raser nak g vietnam
Bila baca banyak pengalaman ngeri....lagi ler takut nak g
Quote bawangkecik 16-1-2019 08:24 AM
jangan cuba bargain kalau nak beli barang dekat sana. pengalaman aku tanya harga saja depa dah anggap kita nak beli. kalau tak beli bersedia untuk kena maki dan boleh sampai ke tahap tarik lengan paksa beli

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.099512 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top