CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

OK... Apa Maksud Asalnya?

1-2-2019 11:49 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 3976| Komen: 17|Original author: Oleh: Archaiv

Sumber foto: anewdayanewthing


Asyik menyebut perkataan OK atau Okey, anda tahukah asal usulnya? TAPI, Sebelum memulakan cerita sejarah ini, jom panaskan minda sebentar dengan beberapa fakta tentang teori perkataan tersebut. 

Bacalah teori rujukan awal sekejap ya! Dipendekkan dan ringkas saja.


(Kalau rasa bosan membaca sejarah persilakan langkau dua perenggan, ok?)

Scotland= Och Aye (oh yes)
Latin= Omnes Korrecta (everything correct)
Finland= Oikea (correct)
Greek= Ola Kala (everything fine)
Jerman= Ohne Korrekten (without correction)
Natif Amerika Choctaw = Okeh (it is so)

Perancis Au Quai (at dock) 


Ada yang berpendapat bahawa OK merupakan singkatan nama seseorang bernama Obadiah Kelly yang menggunakan OK sebagai tandatangannya. Seorang lagi bernama Old Keukuk; Ketua Natif Amerika yang menandatangani perjanjian damai dengan tandatangan bertulis OK.

Bagaimanapun, seorang professor linguistik dari Amerika di Universiti Columbia pada tahun 1960, Allen Walker Read berpendapat bahawa ianya bermula daripada jenaka golongan intelektual dalam dunia penerbitan surat khabar 1839. Dalam kajian lingustik beliau, ketika itu media massa bebas menulis perkataan-perkataan yang boleh menarik minat pembaca tidak kiralah ianya bersifat sarkastik atau menyindir dengan ejaan yang sengaja disalahkan.

Pada 23 mac 1839, akhbar Boston Morning Post telah mendedikasikan perkataan kepada Anti-Bell Ringing Society sebagai sindiran kerana telah mengharamkan untuk membunyikan loceng meja makan di Ney York. OK dimaksudkan All Correct sengaja disalah eja sebagai jenaka media dalam fonetik menjadi Oll Korrect. Pada zaman ini juga terdapat banyak  lagi perkataan yang dijadikan jenaka singkatan seperti KY iaitu Know Yuse/no use, KC iaitu Knuff Ced/enough said dan OW iaitu Oll Wright/All Right.


Sumber imej: Quora

Ok sekarang, bagaimana pula perkataan ini berkembang sehingga mempunyai maksud universal ke serata dunia? Selain daripada bersifat fancy dan telah diguna pakai akhbar selain Boston Morning Post, penyokong kepada calon presiden 1940, Martin Van Buren yang diberi gelaran Old Kinderhook telah membentuk Kelab OK dan membawa slogan OK!

Hal ini menyebabkan konteks OK dijadikan bahan mainan politikal lawannya dengan memaksudkan sebagai  Out Of Kash!, Out of Karacter! dan lain-lain. Dan akhirnya pada tahun 1864, perkataan OK telah dimasukkan ke dalam perkamusan slanga bahasa kesat.


Sumber imej : History-first


Sumber Imej : virginia memory

Kemudian, pada tahun 1890 selepas telegraf dicipta, singkatan OK menjadi perkataan popular kerana dijadikan standard sebagai mengisyaratkan tanda terima mesej. Nah, bila sudah popular, artis dan penulis pun tolong sebarkan dalam hiburan mereka. 

Sehingga ke hari ini, 'OK' sudah menjadi bahasa slanga yang jelas dan menjadi salah satu perkataan yang boleh menjadi kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata seru.

Ok? Adakah artikel ini ok? Pembaca okey tak? Atau tulisan ni sekadar okey saja? - CARI
7

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • safriehalim


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 1-2-2019 03:55 PM
OK infonya
Quote Archaiv 1-2-2019 04:09 PM
Artemesiaa replied at 1-2-2019 03:55 PM
OK infonya

Terima kasih baca.
Quote KakiSelpi 1-2-2019 10:53 PM
ok bah....
Quote wallame 1-2-2019 10:59 PM
Thankssss
Quote gummiebear 1-2-2019 11:19 PM
OK
Quote Archaiv 1-2-2019 11:28 PM

bah, terima kasih baca boss.
Quote Archaiv 1-2-2019 11:29 PM

terima kasih baca. Ok...
Quote Archaiv 1-2-2019 11:30 PM

Emmm... terima kasih baca. okey?
Quote sapeka 1-2-2019 11:36 PM
owh
baru ku tawu
ok
Quote Archaiv 1-2-2019 11:37 PM

Terima kasih baca. Ok kan?
Quote sapeka 1-2-2019 11:47 PM
Archaiv replied at 1-2-2019 11:37 PM
Terima kasih baca. Ok kan?

ok
okeh sangat ni
Quote diss69 2-2-2019 11:31 AM
Oooo... Ok, baru tau..
Quote Archaiv 2-2-2019 12:05 PM
diss69 replied at 2-2-2019 11:31 AM
Oooo... Ok, baru tau..

Terima kasih baca.
Quote NmeeraR 2-2-2019 12:49 PM
Ok. ok . ok. I DAH TAU
Quote Archaiv 2-2-2019 12:51 PM
NmeeraR replied at 2-2-2019 12:49 PM
Ok. ok . ok. I DAH TAU

Terima kasih baca
Quote batmana 2-2-2019 05:41 PM
itu OK
klu K.O.

sapa cipta plak?

Quote Archaiv 2-2-2019 06:30 PM
batmana replied at 2-2-2019 05:41 PM
itu OK
klu K.O.


Terima kasih baca.  Hahaha...  Nanti kalau ada masa saya carikan.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061136 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top