Bukan sesuatu yang luar biasa jika pasangan bercerai dan berkahwin baru masih mengekalkan persahabatan demi anak-anak. Tetapi, mungkin tidak ada yang dapat menandingi kemesraan pelakon Gwyneth Paltrow, 46, dan bekas suaminya, penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin, 41.
Menurut Gwyneth dalam temu ramah Live with Kelly and Ryan yang ditayangkan Rabu lalu, beliau telah membawa bekas suaminya, Chris Martin ketika berbulan madu dengan suami barunya, pengarah Brad Falchuk, baru-baru ini. Mengulas lebih lanjut, Gwyneth berkata, oleh kerana anak-anaknya dengan Martin dan anak-anak Falchuk dengan bekas isterinya turut serta, beliau merasakan tidak ada salahnya bekas suaminya itu dibawa bersama kerana ianya bertujuan untuk menggembirakan anak-anak mereka. "Ini bulan madu gaya moden," kata Paltrow tersenyum. Pelakon yang pernah memenangi Oscar itu sememangnya mempunyai hubungan mesra dengan bekas suaminya dari dulu lagi sejak bercerai pada 2016. Paltrow berkata, kini beliau sudah menganggap Chris Martin sebagai abangnya dan tidak menyesal membawanya bersama ketika berbulan madu. "Kami dapati, ianya mengurangkan kesedihan kepada anak-anak kerana mereka sentiasa mahu ibu bapa duduk semeja ketika makan. Jadi, kami meneruskan tradisi itu," tambahnya. Paltrow berkahwin dengan Falchuk, seorang pengarah televisyen pada September lepas. Sebelumnya, Paltrow dan Chris Martin mempunyai dua orang anak iaitu Apple, 14, dan Moses, 12. Sesuatu yang ganjil bagi kita, tetapi nampaknya, ia membawa kebaikan kepada keluarga ini. Bagaimana dengan anda? Mampukah serapat dan semesra ini jika ditakdirkan berpisah dengan pasangan? - CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 16-1-2019 08:20 PM
anyway iols still rasa deyols cerai sebab Gwyneth yg wat hal sbb Chris ckp dia depression setahun le ...
epalsearch replied at 17-1-2019 04:02 PM
sampai skrg ai ols masih tak dpt terima cm dgn dakota johnson
Orix replied at 17-1-2019 04:07 PM
Sama lah... sebab dakota tu di mata iols dh mcm pornstar pulekk
Iols harap CM jumpa so ...
ADVERTISEMENT