Sumber imej: Robin Moore, Global Widlife Conservation Entahlah macam mana nak tulis pendahuluan ni, kita dah lama bujang. Tak apalah, kita ucap tahniah pada katak ini dan pasangannya ya! Spesies katak Sehuencas yang Dinamakan Romeo ini telah ketemu jodohnya, Juliet. Romeo merupakan satu-satunya spesies katak ini yang ditemui masih hidup dalam dunia. Kisahnya, Romeo pernah terselamat daripada kebakaran habitat asalnya di Bolivia. Selama sepuluh tahun, dia satu-satunya spesies katak Bolivia yang ditemui oleh para konservatif dan saintis. Kasihan, selama berada dalam jagaan konservatif, Romeo selalu menyanyikan lagu cintanya keseorangan. Namun, para saintis sungguh terinspirasi kerana Romeo bersabar dalam kelangsungan hidupnya. Spesies Sehuencas atau sebutannya say-when-cuss merupakan salah satu spesies yang mungkin pupus. Faktanya, 40 peratus spesies katak akan pupus dan 1/3 spesies katak dalam kategori terancam.
Akhirnya, para saintis berjaya menemui 5 ekor katak air Sehuencas di pelosok hutan Bolivia. mereka berjaya menyelamatkan 3 ekor jantan dan 2 betina. Walaupun demikian, para saintis masih berasa ragu tentang kecukupan tersebut untuk menjamin populasi spesies katak ini. Seekor katak betina yang aktif mereka pasangkan dengan Romeo, dan dinamakan Juliet. "[Juliet] dia kuat, perenang pantas. Dia kelihatan baik dan sihat." Kata Teresa Camacho Badani, ketua herpetologi di muzium dan saintis yang menemui katak-katak itu. Sebelum itu, para saintis telah giat membuat kempen pungutan derma sebagai tajaan penjelajahan di hutan Bolivia bagi mencari dan menyelamatkan spesies ini. Romeo dan Juliet sedang dijaga rapi dalam simpanan konservatif. Mereka masih mencuba memasangkan kedua-dua katak ini. Namun langkah berhati-hati haruslah diambil kerana kesihatan katak. Lagipun, Romeo ni pemalulah. Adakah cinta mereka berputik dalam sebuah tangki peliharaan? Sweet tak cerita ni? Asalkan ending tak sama macam Romeo and Juliet, spesies mereka boleh membiak. Ehm... ehm... Katak dah jumpa jodoh, kita yang asyik berdoa saja kena step-up our game. Ikhtiar! - CARI Sumber rujukan: https://www.sciencealert.com/the-endangered-frog-with-a-dating-profile-romeo-has-finally-found-his-juliet
|
10
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SuriNate replied at 17-1-2019 03:45 PM
Hahahah ini sangatlah comel...buat penghibur petang
rantaikendoq replied at 17-1-2019 05:59 PM
KATAK NI ANTARA PERTAPAAN DALAM HUTAN ADALAH
NGANGAN MULUT SELAMA 40 HARI MENUNGU AIR HUJAN TURUN
...
epis replied at 17-1-2019 05:27 PM
Breed dgn spesies lain x blh eh? Sian die sesorg..
Artemesiaa replied at 17-1-2019 05:53 PM
Syukurlah bertemu juga jodohnya
awanearisu replied at 17-1-2019 05:23 PM
Terhibur baca kisah romeo dan juliet ini. Seperti plot filem Rio. Ternyata kisah realiti di mana di ...
moonbug replied at 17-1-2019 04:12 PM
Setiap makhluk kan dicipta berpasangan, tahniah Romeo dah jumpa Juliet
onexox97 replied at 17-1-2019 11:07 PM
Katak pun dah bertemu jodoh
Mana jodoh i ni
Archaiv replied at 17-1-2019 11:47 PM
tak apa, kita layan sama-sama saja lagu Afghan "Jodoh pasti bertemu" ya... hehehehe
kay781 replied at 17-1-2019 11:49 PM
Tahniah..comel sangat!
Penantian 10 tahun berbaloi..sedang I masih lagi sendiri haha
Archaiv replied at 17-1-2019 11:59 PM
hah! apa yang kita perlukan cuma beberapa orang saintis tolong carikan kita pasangan, kan?
hehehe ...
kay781 replied at 17-1-2019 11:49 PM
Tahniah..comel sangat!
Penantian 10 tahun berbaloi..sedang I masih lagi sendiri haha
ADVERTISEMENT