Laporan bedah siasat pasangan Instagam popular yang jatuh di gaung Yosemite pada bulan Oktober lalu menunjukkan bahawa mereka dalam keadaan mabuk. Mayat mendiang Meenakshi "Minaxi" Moorthy, 30, dan Vishnu Viswanath, 29, dijumpai 800 kaki di bawah Taft Point pada 26 Oktober oleh sepasukan pakar penyelamat. Pasangan ini adalah pemilih Instagam popular @holidaysandhappilyeverafters dengan 25,000 pengikut dan menampilkan pengembaraan mereka seluruh dunia. Laporan bedah siasat dari Jabatan Koroner Stanislaus mendedahkan kedua-dua pelancong itu meminum alkohol seperti bir, wain dan arak lainnya sejurus sebelum kematian. Dipercayai ini adalah punca utama pasangan itu hilang pertimbangan ketika mengambil selfie. Bagaimanapun, tiada bahan terlarang dadah dijumpai dalam sistem badan mereka. Walaupun penyiasatan rasmi belum selesai, abang kepada Viswanath memberitahu pasangan itu terjatuh ke dalam gaung ketika mengambil selfie dengan tripod. Ironiknya, dalam posting beberapa bulan sebelum mereka dipecayai jatuh, Moorthy sendiri pernah memberikan amaran kepada pengikut Instagramnya untuk berhati-hati ketika mengambil selfie. 'Ramai antara kita sanggup bertindak bodoh membahayakan diri demi untuk mengambil gambar, ini berbahaya dan boleh mengakibakan tragedi' kata status lama mendiang. Kedua pasangan yang berasal dari India itu bertemu ketika menuntut di universiti dalam bidang kejuruteraan sebelum berpindah ke San Jose kerana Viswanath mendapat kerja dengan Cisco. Kakitangan Taman Negara Yosemite bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen pada ketika ini. - CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT