CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Mamak Buat Hal Lagi, Gantung Tangkal Azimat Seluruh Kedai

22-1-2019 12:00 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 14261| Komen: 84|Original author: Oleh: Nia M

Rakyat Malaysia memang sudah terbiasa dengan kedai mamak sejak bertahun-tahun yang lalu. Fenomena lepak di kedai mamak untuk menonton bola hingga lewat malam, dan makan roti canai sudah sebati dengan orang kita.


Kredit foto: kuali.com

Tapi, pernahkah kita terfikir apa istimewanya restoran mamak hinggakan perniagaan restoran melayu tidak laku jika bersebelahan kedai mamak?

Akhir-akhir ini terlalu banyak berita yang tidak sedap didengari tentang restoran mamak. Banyak yang diarahkan ditutup disebabkan isu kebersihan. 

Ada yang dikatakan menguli doh roti canai menggunakan kaki dan ada juga yang membasuh pinggan mangkuk pelanggan menggunakan air longkang di belakang kedai. Yang paling mengejutkan, menguli doh dengan tangan berkudis!


Terkini, kecoh di laman sosial apabila sebuah restoran mamak di Pasir Gudang yang telah beroperasi selama 18 tahun didapati memiliki lebih 30 azimat sakti di dalam premisnya. 


Kredit foto: Facebook

Azimat berkenaan ditulis dalam tulisan jawi yang tidak jelas maksudnya serta digantung di dalam bingkai dan botol. Ia pastinya bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedainya.

Amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Justeru, premis itu diarahkan untuk menurunkan semua tanda azimat yang digantung pada dinding kedai. 


Kredit foto: Facebook

Penemuan itu berlaku ketika serbuan pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa untuk memeriksa sijil halal restoran berkenaan.

Selepas pemeriksaan dilakukan, restoran terbabit juga didapati tidak mempunyai sijil halal walaupun pemiliknya seorang Muslim. Selain itu, hanya dua pekerja restoran didapati beragama Islam, manakala 21 pekerja lagi adalah bukan Muslim. 


Kredit foto: Facebook

Lihatlah betapa banyak penipuan restoran mamak yang sudah terbongkar. Hanya orang bijak sahaja tahu memilih kedai mana yang terbaik. Sampai bila kita ingin diperdayakan oleh golongan mereka? - CARI
12

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 17-1-2019 06:25 PM
TANGKAL dan azimat yang ditemui di sebuah restoran mamak di Bandar Seri Alam. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Quote Remyda 17-1-2019 06:34 PM
Ribuan terima kasih kepada brother yang menampar haritu.

Rentetan itu sehingga kini sudah hampir 70 kedai makan mamak diperiksa di seluruh negara.

Beserta belasan kedai kotor telah dijumpai termasuk sabah serta penggunaan logo halal dan ayat2 suci oleh pemilik warga India
Quote anony-mous 17-1-2019 06:36 PM
Mak ai seram. Eii boikot la mamak2 ni. Tgk lantai pon geli. Bygkan kedai melayu pon byk je yg kotor, apatah lagi mamak. Sometime i masak sdri klau sayur tergolek pon mcm mengeluh kne basuh balik. So i mmg doubt klau kedai2 ni akn cuci elok2
Quote Remyda 17-1-2019 06:42 PM
Serbuan kedai mamak di Alor Setar pula

Restoran mamak 'palsu' di mana-mana
Suzalina Halid

[email protected]

DUA restoran nasi kandar di Alor Setar dikenakan tindakan berikutan bukan sahaja disyaki mengambil keuntungan tinggi namun turut mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran meskipun pemiliknya bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Chin Ching Chung berkata, tindakan itu dibuat terhadap kedua-dua restoran terbabit berdasarkan aduan orang ramai berikutan mengenakan caj sehingga RM8.50 bagi sepinggan nasi goreng ayam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kedua-dua restoran itu turut diberi amaran dan diarah menurunkan ayat al-Quran yang digantung di restoran mereka berikutan mengelirukan pelanggan sedangkan pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan asas langsung mengenai agama Islam ketika disoal siasat.

“Kedua-dua restoran itu kita ambil tindakan kelmarin melalui operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Jabatan Kesihatan negeri, bermula Isnin lalu hingga 31 Januari ini.

“Rentetan itu, kita mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana mengambil keuntungan tinggi tidak munasabah dan diminta memberi maklum balas dalam tempoh 10 hari.

“Bagi kesalahan meletakkan ayat al-Quran pula, anggota penguatkuasa JAIK meminta pemiliknya menurunkan semua ayat itu kerana ia boleh mengelirukan pelanggan beragama Islam, ” katanya kepada NSTP, di Alor Setar.

Terdahulu, Chin menghadiri Seminar Keselamatan Data Peribadi dan Kewangan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada masa sama, katanya, secara keseluruhan sebanyak 44 buah restoran diperiksa sejak Isnin lalu melalui operasi bersepadu itu.

Sementara itu, melalui operasi pemeriksaan di kantin sekolah pula, sebanyak 25 buah kantin sekolah sudah diperiksa sejak Ahad lalu membabitkan daerah Kulim dan Langkawi (lima); Sungai Petani (lapan); Baling (tiga); Kubang Pasu serta Alor Setar (dua).

Katanya, melalui operasi itu, tiada pengusaha kantin sekolah yang diambil tindakan berikutan mereka mengikut peraturan ditetapkan seperti meletakkan tanda harga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 3:41 PM
Quote SissySembah 17-1-2019 06:56 PM
selepas ayat2 pelaris itu di turunkan apa yg mereka akan lakukan pada ia? takkan nak buang atau lupuskan shj? atleast buat la pengelap bontot atau meja etc. ada jua faedahnya... bknnya ada mukjizat pun...
Quote Remyda 17-1-2019 07:08 PM
SissySembah replied at 17-1-2019 06:56 PM
selepas ayat2 pelaris itu di turunkan apa yg mereka akan lakukan pada ia? takkan nak buang atau lupu ...

Cuba hang perati wanita inggeris di negara pesat yang membangun Ini. Ternyata, tarikan agama Islam juga yang membuatkan depa memeluk islam.

Manis kan depa.
Quote SissySembah 17-1-2019 07:17 PM
Remyda replied at 17-1-2019 11:08 AM
Cuba hang perati wanita inggeris di negara pesat yang membangun Ini. Ternyata, tarikan agama Islam ...

good for them... jgn beberapa bulan selepas itu terus keluar balik sudah
Quote Remyda 17-1-2019 08:06 PM
SissySembah replied at 17-1-2019 07:17 PM
good for them... jgn beberapa bulan selepas itu terus keluar balik sudah

Toksah kalut aih

Golongan muallaf muslim apabila telah masuk fasa menjadi seorang islam. Depa akan bersungguh- sungguh mendalami ajaran Islam yang sebenar. Malah kebanyakannya lebih alim, wara' & bertakwa dari manusia yg benar2 di lahirkan sebagai seorang muslim.

Hang jangan khuatir. Golongan yang hang cakap keluar Islam ni terdiri dari golongan munafik & fasik. Macam hang ka dak ?

Islam kian membangun di negara pesat. Bukan macam hang. Duduk luar negara terus kejutan budaya. Depa sana banyak buat kajian tentang islam. Banyak doktor, pensyarah, saintis yg memeluk islam selepas depa kaji.

Bukan macam hang. Duduk luar negara terus kejutan
budaya. Hang masuk negara ceruk mana ni

Quote sharlenetexas 17-1-2019 08:09 PM
Diorang yg buat pemeriksaan takde yg terbuka hijab nampak makhluk bergentayangan ke?
Quote najib888 17-1-2019 08:17 PM
Boikot je la kedai mamak ni..

Dok ngadap apa lagi? Kadang harga makanan tak menasabah..
Dulu nasi kandaq boleh minta teloq ayam rebuih separuh.. ayam separuh..
La ni, tak bleh dah..  

Setahun dua tiga kali nek harga...

Quote Remyda 17-1-2019 08:17 PM
Kejadian semalam semasa ops

Tukang uli capati ini dtg dari India (warga asing)
Hangpa tengok & perati sendiri.

Kalau dia ada penyakit tibi ka hiv ka atau wabak penyakit yg berjangkit ka mana kita tahu.  

Tangan lagu tu pastu tak pakai glove. Ini kerja depan kedai belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi

Hangpa pulak dok sedap makan ja
Quote Remyda 17-1-2019 08:18 PM
Tak nampak ka ?
Meh kasi zoom sikit
Quote Orix 17-1-2019 08:39 PM
Remyda replied at 17-1-2019 08:17 PM
Kejadian semalam semasa ops

Tukang uli capati ini dtg dari India (warga asing)

hiv tak transfer melalui makanan lah.
Quote Remyda 17-1-2019 08:47 PM
Orix replied at 17-1-2019 08:39 PM
hiv tak transfer melalui makanan lah.

Bukan melalui makanan. Maksudnya kalau tangan hang pun kebetulan luka. Kalau terusik tangan pesakit hiv yang lukanya pun memang terbuka. Bepontensi la bejangkit

Dan satu lagi kalau darah dia kebetulan meleleh sikit termasuk dalam makanan hang. Hang pun telan. Tetapi dalam mulut hang ada luka atau ulser. Pun boleh bejangkit
Quote walava 17-1-2019 09:08 PM
bongok la bukak kedai makan pakai pelaris.

kau masak sedap, tak berkira dgn customer, jgn buat muka palat bila customer mintak nasi lebih cam pak si lazim

sure ramai orang datang punya

Quote Remyda 17-1-2019 09:14 PM
walava replied at 17-1-2019 09:08 PM
bongok la bukak kedai makan pakai pelaris.

kau masak sedap, tak berkira dgn customer, jgn buat mu ...

Itu lah laba.
Pakai pelaris, kotor, harga cekik darah

Quote walava 17-1-2019 09:17 PM
Remyda replied at 17-1-2019 09:14 PM
Itu lah laba.
Pakai pelaris, kotor, harga cekik darah

pernah dulu kat satu kg, tokei kedai makan pakai pelaris, pastu dia mati xcident, masa lepas masuk dlm kubur, tetiba banyak ular, jengking, katak, ikan piranha datang makan mayat dia.

laris betul mayat dia.






Quote Joannalee 17-1-2019 09:17 PM
Remyda replied at 17-1-2019 08:18 PM
Tak nampak ka ?
Meh kasi zoom sikit

Pelita wei... geli

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.205404 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top