CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas! Tali Leher Sebenarnya Tidak Baik Untuk Kesihatan

22-1-2019 12:50 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 5908| Komen: 23|Original author: Oleh: Archaiv

Sumber imej: gettyimages; Timothy Malone/EyeEm/Getty

Kajian baru-baru ini mendapati memakai tali leher tidak baik untuk kesihatan. 7.5% aliran darah berkurangan jika anda memakai tali leher. 

Selain itu, tekanan bendalir mata juga akan meningkat dan menyebabkan risiko glaukoma dan kataraks.

Bermula daripada dinasti Qin di China, Tentera DiRaja Qin Shuang telah memulakan ragam berpakaian tali leher. Cuma pada abad ke-21, memakai tali leher merupakan bertujuan untuk menunjukkan profesionalisme jika dipakai bersama set pakaian formal. 


Ianya juga menjadi lambang status mengenai kelas pekerjaan seseorang dalam lapisan masyarakat. Kebiasaannya mereka berkolar putih.

John T.Molloy dalam bukunya "Dress for Success" 1975 ada bertulis (terjemahan)
"Tunjukkan saya tali leher lelaki, dan saya akan beritahu siapa dia dan siapa dia cuba jadi." 

Robin L Ddecke dan rakan sekerjanya di Universiti Hospital Schleswig-Holstein, Jerman, telah mengimbas 15 otak lelaki sihat sebelum dan selepas mereka memakai tali leher. Keesokan harinya, mereka menjalankan semula kajian ini bersama 15 orang lagi. Dalam kajian mereka, aliran darah ke otak berkurangan sebanya 7.5 peratus kepada pemakai tali leher berbanding daripada mereka yang tidak memakai tali leher.
 
Namun, 7.5 peratus tidaklah memberi kesan yang besar terhadap kesihatan, diulas daripada Steve Kassem daripada Kajian Neurosains Australia. Baginya, risiko kesihatan cuma terjadi sekiranya pemakainya mempunyai tekanan darah yang luar biasa sama ada rendah atau tinggi, perokok atau sudah berumur. Pemakai yang mempunyai komplikasi ini dan memakai tali leher dalam jangka masa yang panjang akan berasa loya dan pening kepala.

Dalam satu lagi kajian di Universiti Hospital Kiel, bendalir mata turut terjejas dan kesannya tidaklah baik untuk kesihatan mata. Memakai tali leher akan menghalang urat termasuklah arteri karotid dalam pengaliran darah dan menyebabkan tekanan darah ke mata akan meningkat. Tekanan bendalir mata yang meningkat merupakan penyebabnya glaukoma dan kataraks, juga akan menjadikannya lebih teruk.


Pendapat pakar-pakar kesihatan ini mengharapkan anda yang suka memakai tali leher untuk kelihatan korporat dan profesional agar meninggalkan fesyen ini. Apa kata anda? -CARI

Sumber rujukan : iflscience, Businessinsider
9

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 22-1-2019 01:19 PM
la ye ke.....................................
Quote cahaya_almas 22-1-2019 01:28 PM
Panas....anak i tk suka pakai tali leher...kena msk sek jd kena jgklah ikut semua arahan...
Quote Archaiv 22-1-2019 01:29 PM
nisako replied at 22-1-2019 01:19 PM
la ye ke.....................................

Terima kasih membaca.
Quote Archaiv 22-1-2019 01:31 PM
Edited by Archaiv at 22-1-2019 01:32 PM
cahaya_almas replied at 22-1-2019 01:28 PM
Panas....anak i tk suka pakai tali leher...kena msk sek jd kena jgklah ikut semua arahan...


Terima kasih membaca.
Kalau dah peraturan, susah sikit.  Minta tolong kat guru kelas sajalah untuk beri kelonggaran semasa PnP
Quote RatuDunia94 22-1-2019 02:21 PM
Iols x paham knp kena pakai tali leher.. xde kepentingan pon..
Quote NekNgah 22-1-2019 02:23 PM
Di office ayah tak pakai tali leher tapi anak-anak di sekolah wajib pakai setiap hari.... hmmmm
Quote Archaiv 22-1-2019 02:58 PM
NekNgah replied at 22-1-2019 02:23 PM
Di office ayah tak pakai tali leher tapi anak-anak di sekolah wajib pakai setiap hari.... hmmmm

Terima kasih baca. Betul juga tu. Setuju sangat.
Quote Archaiv 22-1-2019 03:06 PM
RatuDunia94 replied at 22-1-2019 02:21 PM
Iols x paham knp kena pakai tali leher.. xde kepentingan pon..

Terima kasih baca.  Memang tiada fungsi pun selain daripada stail saja.
Quote dekmieDandy 22-1-2019 03:10 PM
x suka pakai and takkan suka pakai

suka tengok orang pakai je
Quote Artemesiaa 22-1-2019 03:15 PM
Zamans sekarang pekerja pejabat pun kebanyakannya dah berpakaian casual untuk ke pejabat tak perlu lagi bertali leher setiap hari kecuali hati2 tertentu yang mewajibkan mereka berpakaian formal.
Quote Archaiv 22-1-2019 03:33 PM
dekmieDandy replied at 22-1-2019 03:10 PM
x suka pakai and takkan suka pakai

suka tengok orang pakai je

Terima kasih baca.
Quote Archaiv 22-1-2019 03:36 PM
Artemesiaa replied at 22-1-2019 03:15 PM
Zamans sekarang pekerja pejabat pun kebanyakannya dah berpakaian casual untuk ke pejabat tak perlu l ...

Terima kasih baca. Ya, betul juga.  Mungkin tali leher juga punca tekanan pekerjaan memandangkan ianya menghalang aliran darah ke otak. Mungkin...  Mungkinlah ya..
Quote OttoVonBismark 22-1-2019 05:15 PM
orang bodoh je pakai tie ni, nampak korporat kononnya.
Quote Archaiv 22-1-2019 05:23 PM
OttoVonBismark replied at 22-1-2019 05:15 PM
orang bodoh je pakai tie ni, nampak korporat kononnya.

Terima kasih baca dan memberi pendapat anda.
Quote OttoVonBismark 22-1-2019 05:30 PM
Archaiv replied at 22-1-2019 05:23 PM
Terima kasih baca dan memberi pendapat anda.

sama sama
Quote DeeHanania 22-1-2019 09:54 PM
memang x berapa elok pun tuk ksihatan sbenar yer,
nasib laa anak2 laki kita tali leher diaorg berzip,
Bole longgar kan,
siap pesan kat anak2 jgn ketat2 sngat,
kita dlu pun msa jdik pengawas sekolah Men memang x suka pkai tali leher,
masuk kelas cepat2 buka,
x selesa,rimas
Quote MakareyumSuciey 22-1-2019 09:55 PM
Uniform sekolah di malaysia ni silalah mansuhkan pemakaian tie...dgn cuaca panas...classroom panas....kesian budak....worst case....pengawas dgn vest bagai...long sleeve berbutang....please lah....
Quote Archaiv 22-1-2019 11:03 PM
MakareyumSuciey replied at 22-1-2019 09:55 PM
Uniform sekolah di malaysia ni silalah mansuhkan pemakaian tie...dgn cuaca panas...classroom panas.. ...

Terima kasih baca. Setuju sangat.  
Quote Archaiv 23-1-2019 11:17 AM
DeeHanania replied at 22-1-2019 09:54 PM
memang x berapa elok pun tuk ksihatan sbenar yer,
nasib laa anak2 laki kita tali leher diaorg berzi ...

Terima kasih baca.  Ya, tapi masih ada sekolah termasuklah cikgu yang tidak membenarkan sedemikian. Dulu,  toleransi sifar diguna pakai untuk memastikan disiplin pelajar terkawal.  Tapi tidak semua.  

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.123061 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top